Tuesday, December 13, 2011

Blogger 2



Blog mungkin salah satu cara yang paling baik untuk merekod selain dari facebook, twitter, my space, emel dan sebagainya. Saya juga mempunyai akaun facebook.. tetapi agak kurang menggunakanya kerana tidak begitu bersesuaian dengan jiwa saya. Ia terpulang kepada masing-masing. Saya selesa menggunakan Blog, kerana ia agak lebih privasi dan personal. Saya tidak begitu kisah samada mempunyai pengikut atau tidak dan ada pengkomen atau tidak. Bagi saya, blog lebih kepada catatan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku sebagai ingatan dikemudian hari.

Saya membaca blog nukilan Allahyarham Wan Ahmad Fazil tentang catatan-catatan yang dibuatnya tentang anak-anak beliau...Sesudah berkali-kali membacapun saya masih lagu terharu dan terharu, betapa Tuhan kurniakan keistimewaan kepada beliau yang sempat berpesan-pesan kepada anak-anaknya sebelum menemui ajal... Nah! Disitulah saya memilih untuk menulis blog... dari semangatnya dan bukan sebagai satu ikut-ikutan teknologi....

No comments:

Post a Comment