Wednesday, December 14, 2011

Lenggeng Kampung saya

Bunyi seperti saya banyak bercerita tentang kampung saya kan? Ya.. Saya lahir di sini, membesar disini, bersekolah di sini dan berkahwin juga di sini. Walaupun sudah jarang balik ke kampung, tapi saya punyai satu ikatan yang kuat terhadap kampung ini. Sehingga satu tahap.. hampir setiap hari saya termimpikan kampung saya, rumah papan lama saya, rumah saudara-mara saya, denai-denai dikampung saya...dan segala macam yang pernah saya lalui di sini.... Pekan yang berjarak lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandar Seremban dan 30 minit dari Semenyih/Kajang. Seperti pekan yang terpencil.. tapi ia punya segala kemudahan di sini.







No comments:

Post a Comment