Friday, January 27, 2012

melaka oh melaka

Saya pernah pergi banyak kali juga ke Melaka kerana kakak dan pakcik saya tinggal di sana selain dari kursus-kursus yang diadakan di negeri Melaka ini seperti BTN, ITU Melaka dan yang terbaru di A Famosa Resort . Tetapi berjalan secara khusus dan menyeluruh dikawasan-kawasan perlancongan Melaka ini hanya sekali iaitu ketika remaja bersama kawan-kawan sekolah. Itupun pada tahun 1996, selepas tamat tingkatan 5. Sungguhlah memang banyak perubahan pada negeri yang banyak bersejarah ini. Tidaklah banyak tempat yang saya pergi, tetapi lebih dari yang sebelum-sebelumnya. Namun Kota A Famosa yang gagah itu tidak saya daki kali ini.





Semua maklum tentang kejatuhan empayar Melaka pada 1511 dengan kedatangan Alfonso D'Alburquerque. Sejarah itu amat memilukan bagi bangsa melayu yang memahami cerita sebenar disebalik kejatuhan Empayar itu. Pada zaman itu keagungan empayar Melayu Melaka adalah hampir setanding dengan keagungan ketamadunan Cordoba, Andalusia. Ia menjadi tempat ilmuan dan perdagangan yang hebat.

Saya tidak mahu menulis dengan begitu teliti dan terperinci tentang empayar Melaka ini dan kejatuhannya kerana ia tidak begitu sesuai diceritakan di blog peribadi. Tetapi saya ringkaskan di sini, dalam perperangan menentang tentera Belanda itu, tentera Melaka yang terdiri dari askar-askar upahan antaranya dari Goa dan Jawa telah mengalami kekalahan. Perlu juga diceritakan, penduduk Melaka ketika itu adalah kaya raya dan mungkin tidak ramai yang mahu bekerja sebagai tentera. Kita sering diberitahu, bangsa melayu menggunakan keris dan parang untuk melawan tentera Belanda, tetapi cerita sebenar tidak diceritakan dengan betul demi menjaga hati bangsa lain yang turut sama mendiami negara ini sekarang.

Tentera Melaka ketika itu setanding dengan tentera Belanda dari segi kekuatannya. Kejatuhan dan kekalahan itu adalah akibat sikap tamak haloba, dengki dan pengkhianatan sesama bangsa sendiri.

Segala kuburan dan batuan binaan istana dalam negeri Melaka itu kemudian ditanggalkan dan diproses semula untuk dijadikan sebuah kota yang gilang-gemilang. Dan itulah batuan nisan dan istana yang telah digunakan untuk mendirikan kota A'Famosa yang gagah itu!!! Bagi yang pernah ke Melaka dan benar-benar menghayati sejarahnya akan merasakan satu kekurangan di dalam negeri Melaka itu sendiri, iaitu tiada tinggalan istana dan kubur lama negeri Melaka yang bersejarah seperti negeri-negeri tanah melayu yang lain. Istana yang ada di negeri Melaka itu kini hanyalah sebuah replika dan muzium.

Apa yang paling saya takuti sejarah negeri melaka itu seolah-olah sedang berulang kembali pada zaman ini... masa kini...

No comments:

Post a Comment