Friday, March 2, 2012

Kerja

Semalam saya agak kelewatan. Sepatutnya saya harus berada di pejabat sebelum pukul 7 pagi untuk outstation ke melaka bersama-sama Ketua. Tetapi saya hanya sampai ke ofis, lagi beberapa minit hendak ke pukul 8. Saya merasa dukacita dengan situasi ini, kerana kami sepatutnya memberi ceramah pada pukul 9 pagi. Ketua membawa saya kerana beliau beranggapan sayalah yang akan menggantikannya suatu hari nanti untuk memberikan ceramah tersebut. Justeru saya di usung pergi sekali, atas arahan, "kamu mesti belajar tentang ceramah saya ini". Sebenarnya sudah beberapa kali beliau memberi 'hint' supaya saya belajar untuk memberi ceramah kepada peserta-peserta kursus, tapi saya selalu mengelat atas alasan belum 'bersedia', 'tak cukup ilmu', dan sebagainya. Tetapi kali ini saya sudah tidak boleh memberikan alasan lagi kerana sudah beberapa tahun saya asyik memberikan alasan. Takut pulak kalau-kalau ketua saya itu nanti jemu dan menghalau saya dari seksyennya..he he he. Setakat ini beliaulah ketua paling baik yang pernah menjadi ketua saya. Tapi saya tak bermaksud nak membodek beliau kerana ketua saya itu seorang yang amanah, ikhlas didalam kerjanya  dan tidak makan bodek. Lagipun beliau tidak membaca blog saya ini kerana ada banyak pekerjaan lain yang boleh dilakukannya lagi selain dari membaca blog.

Lalu dalam pukul lapan itu, kami bertolaklah menuju ke Melaka bersama-sama pemandu. Pemandu kami ini seorang yang baik dan cekap ( inipun bukan bodek). Beliau memang disenangi oleh pegawai-pegawai di ofis. Tetapi pada hari yang permai itu, beliau pun berfikiran dengan waras bahawa kami telah kelewatan untuk sampai ke Melaka, takut pulak kalau peserta-peserta kursus tertunggu-tunggu nanti. Lalu dengan Fortuner Jabatan kami itu, beliau telah memandu selaju 140km sejam secara konsisten bermula dari Plaza Tol Kajang hinggalah ke Seremban. Saya sangka sampai ke Seremban nanti, beliau akan memandu lebih perlahan sedikit kerana ada ramai orang yang akan menggunakan lebuhraya untuk keluar bekerja. Tapi sangkaan saya meleset. Beliau telah menambah kelajuan dari 140km sejam tersebut kepada 160km sejam pulak! Mujurlah ketika itu saya sudah siap-siap membuang air di rumah. Kalau tak, mau saya terkeluarkan dialog ini

 "inipun ada rasa nak terkucil tapi kutahan jebatttt!!!".

Saya tidak biasa memandu laju. Semasa di dalam ceramah tersebut sempat saya curi-curi masa menulis pengalaman saya tentang menunggang dan memandu kenderaan. Tetapi saya belum ada masa untuk mengedit dan menyiarkanya. Orang boleh kata saya penakut, saya tidak kisah. Kelajuan paling laju pernah saya catat ialah 120km sejam, iaitu semasa memandu Sorento ke Penang melawat ladang ayam piru. Saya ditahan oleh polis sejurus selepas itu, tetapi tidak di saman, kerana saya seorang kakitangan awam yang sedang hendak menjalankan tugas. Tapi saya tetap diberi peringatan. Kecut jugaklah perut. Balik itu sesat larat saya di Sri Petaling dan Damansara kerana terlalu kecut. Sudahlah memandu sorang-sorang kerana kawan sebelah tak ada lesen.

Balik kepada cerita perjalanan ke Melaka tadi, sepanjang perjalanan terkeluarlah segala istighfar, mengucap dua kalimah shahadah, berzikir dan sebagainya memohon perlindungan dari Allah (SWT). Begitulah tawaduknya saya ketika itu (ketika itu sahaja). Berikut adalah minit-minit awal sms saya kepada suami sebelum sampai di Nilai :

"This Driver drives over 140km nonstop. So Scary. Maybe he wants to punish me for being late. I can't say a word. Speechless. Pray for me I’ll be safe comeback home".


Tak lama kemudian :


"Now almost 160km.  Pray to God"


Dan selepas sampai :


"Thanks God. I've been arrived"


Rasa macam nak pengsan.


Lebih nak pengsan apabila jalan dalam kawasan sekitar kampung pun beliau masih pecut 120km! Ohh..apakah..

Saya memang tidak berani bersuara sepanjang perjalanan itu, kerana semuanya adalah salah saya. Tapi bukanlah saya sengaja lambat, pagi itu saya harus menempuh tiga destinasi sebelum sampai ke Ofis. Namun akibat sudah lambat sangat, saya hanya singgah 1 destinasi sahaja, iaitu rumah pengasuh anak kecil saya. Abang dan kakaknya saya suruh si ayah sahaja hantar. Itupun masih lambat jugak. Semuanya gara-gara si ayah dan si baby yang demam. Lain kali saya akan pastikan saya bangun jam 4 pagi jika ingin bertugas luar pejabat.

Semasa sampai di satu kawasan pekan kecil di Alor gajah, tiba-tiba kami terdengar satu bunyi letupan yang  kuat. Tak lama kemudian di satu kawasan rumah,  saya ternampak  asap tebal di perkarangan. Mulanya saya fikir ada kemalangan, tetapi tak nampak kenderaan pun. Penduduk kampung mula berpusu-pusu menuju ke rumah itu, tapi kami tak berhenti untuk meninjau. Bila saya baca surat khabar hari ini barulah saya tahu, rupan-rupanya ada orang telah melakukan khianat dengan meletakkan bom dihadapan rumah seseorang untuk mengenakan orang itu. Tapi malang, adik beliau yang tak tahu apa-apa pulak yang menerima akibat. Mujur juga bom tersebut tidak meletup betul-betul semasa kami lalu dihadapan pagar rumah itu. Kalau tak, haru..

Dalam perjalanan balik, saya pun berboraklah dengan pemandu (Ketua sudah tidur keletihan dihadapan, sambil tersengguk-sengguk, saya pulak takot nak tido). "Takot boto akak ekau drive sampai 160km. Menggelotar koting akak dibuek eh...akak tak beso..hati kocik..penakut dik oiiii"..Jawab driver saya, " yo ko kak, se bukan apo, kosian ngan Haji ni, takut lambek lak bagi ceramah kang"...  Alahai...Syukur saya kerana Jabatan ini mempunyai seorang pemandu yang begitu memahami kerjaya pegawai-pegawainya. Saya faham, pemandu sudah biasa dengan kerjaya mereka, jadi mereka tahu apa yang mereka lakukan. Selepas itu beliaupun memandulah dengan kelajuan paling maksimum 110km sahaja. Peww...







No comments:

Post a Comment