Tuesday, April 24, 2012

Perhimpunan BERSIH

Adoi laa.. BERSIH..BERSIH. tak habis-habis mereka ni nak berhimpun. Siap marah-marah kononnya Dataran Merdeka boleh  buat konsert dan pertunjukkan sebagainya tapi untuk mereka berhimpun, tak boleh pulak. Bukan begitu bang, jika perhimpunan itu bukan sesuatu yang bakal menimbulkan ketegangan, tidak ada apa masalahnya, pergi sahajalah, tetapi perhimpunan seperti ini akan mengundang lebih banyak masalah. Kontrovesi dan ketegangan pasti akan berlaku, dan ia akan membawa kepada suasana yang tidak stabil. Sebab itulah perhimpunan seperti ini dilarang.

Rasanya kalau negara ini tidak stabil, saya ditindas dengan begitu teruk, pasti saya akan menyertai perhimpunan seperti ini untuk membantah kerajaan. Tapi sekarang, negara ini aman, saya mencari rezeki dengan senang hati. Tidak ada penindasan yang berlaku seperti di Myanmar, Cuba, Bangladesh dan sebagaimananya. Penindasan hanyalah untuk orang yang malas bekerja, kerana bumi Malaysia ini begitu aman, carilah rezeki dimana-mana, pasti anda akan berjumpa, cuma buka sedikit luas minda itu dan keluarlah dari kepompong pemikiran yang kolot, pasti anda akan berjaya!

Untuk menggulingkan kerajaan yang ada sekarang, bukan dengan cara perhimpunan yang tidak wajar seperti ini. Perhimpunan seperti ini adalah untuk menunjukkan betapa salahnya kerajaan kononnya dan betapa benarnya mereka. Walaupun saya bukan dari mana-mana belah pihak, tapi saya tidak suka sesuatu yang tidak relevan. Kita bukan negara Indonesia yang suka berhimpun dan tunjuk perasaan, Itu perangai orang-orang yang tidak profesional (dalam kontek negara yang aman).

Sangat menyedihkan, kerana yang terlibat semuanya adalah orang Melayu yang mudah sangat dihasut untuk berpecah belah dan bergaduh. Bangsa lain hanya mengetawakan kita. Dan orang-orang yang menyertai perhimpunan ini adalah orang-orang yang merasakan diri mereka terlalu betul, tidak akan dapat di tegur lagi. Hati mereka seolah-olah telah tertutup untuk menerima pendapat orang lain. Maaflah

2 comments:

  1. perlu ada cara yg lebih diplomatik utk suarakn pendapatkn?
    jmput follow say kmbali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada...yang penting bukan dengan cara yang mendatangkan keburukan kepada mana-mana pihak. Maaf, janganlah dianggap statement saya memihak kepada mana-mana parti. Bukan begitu sebenarnya. Saya sudah buat komen pun tentang jawapan ini dalam entry politik dan agama. Saya sangat sedih kerana org Melayu berpuak-puak dan bergaduh sesama sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. TQ kerana sudi singgah dan menjadi follower saya. Kebanyakan pembaca blog saya adalah silent reader. Saya sudah follow blog puan...

      Delete