Friday, July 6, 2012

Aku anak kampung

Aku anak kampung.

Walaupun denai ini kecil sahaja, tapi ia cukup membahagiakan kerana saya adalah seorang anak kampung. Biarpun sudah lama merantau tapi saya masih merindui segarnya alam dibawah lindungan pohon-pohon kayu. Dulu sebelum ada jalan tar, jalan menuju ke rumah saya dari baruh itu adalah melalui sebuah denai kecil sahaja. Ia dikelilingi rumput-rumput segar yang hijau dan pokok-pokok yang renek. Tapi itu lama dahulu.

Biarpun beribu kali orang memandang hina terhadap anak-anak kampung dan biarpun anak-anak kampung tidak ada standard seperti anak-anak orang bandar, kata sesetengah orang, tapi tidak ada ruginya menjadi anak kampung, melihat embun segar setiap hari, memanjat dan memetik manggis dari pokoknya, menunggu durian jatuh, mandi air sejuk di perigi, mendengar kicau-kicau burung dan sebagainya. Semua membahagiakan.

Dan denai kecil sebelah food court di taman perumahan saya seperti gambar di bawah telah mengembalikan kenangan saya sewaktu di kampung. Walaupun denai tersebut sangat kecil tapi saya tetap bahagia melaluinya.



*Denai - kalau di ikutkan istilah sebenarnya bermaksud jalan-jalan kecil yang dilalui oleh haiwan liar di hutan, tapi saya juga menggunakan istilah berkenaan untuk jalan-jalan kecil seperti di atas.