Saturday, July 14, 2012

Coldplay dan videonya

Saya harus mengaku bahawa, dalam banyak-banyak artis barat hanya beberapa video sahaja yang saya berani benarkan anak-anak saya menontonnya. Antaranya ialah Coldplay dan satu dua lagu dari kumpulan Muse. Baru-baru ini pula saya tertonton video baru kolaborasi Coldplay dan Rihanna, memang video itu tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Bercakap tentang lagu dan video, memang ada yang berpendapat, anak-anak orang Islam tidak boleh langsung mendengar apa-apa lagu dan video bercorak duniawi. mereka hanya boleh didedahkan dengan muzik-muzik berbentuk keislaman SAHAJA. Saya tiada komen berkenaan hal ini. Semua orang boleh berkata apa sahaja. Saya masih beri anak saya mendengar lagu-lagu dari serata dunia tetapi dengan pemantauan dan tapisan yang ketat, terutamanya lagu-lagu bahasa Inggeris.

Dulu saya bersekolah kampung, semua rakan sekolah bercakap dalam bahasa melayu, cikgu-cikgupun bercakap dalam bahasa Melayu. Ada satu hari yang dikhususkan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, iaitu hari Rabu, tapi ia amat jarang diamalkan di sekolah saya, cikgu-cikgu juga tidak mengamalkannya. Satu-satunya kawan yang selalu bercakap bahasa Inggeris dengan saya ialah Ina, tapi kamipun bukannya pandai sangat, 2 x 5 sahaja. Justeru saya menonton cerita-cerita dalam bahasa Inggeris, mendengar lagu-lagu dan stesen-stesen radio-radio berbahasa Inggeris untuk memperbaiki bahasa. Walaupun tidak sepenuhnya berjaya, tapi itu semua banyak membantu dan ia telah memberi impak yang baik juga.

Berbalik kepada kumpulan Coldplay, walaupun saya tidak begitu percaya dengan video artis-artis barat, sekurang-kurangnya video dari kumpulan ini telah memberi satu keyakinan bahawa anak-anak boleh juga menontonnya tanpa saya merasa ragu-ragu. Kebanyakkan video mereka lebih berunsur psikologi dan ada juga yang berbentuk pembelajaran. Tidaklah memuji keterlaluan, kerana artis barat ini bukan boleh dipuji-puji sangatpun, terutamanya dari segi kelakuan mereka. Tetapi jika mereka lebih bijak, mereka akan memperolehi keuntungan yang lebih besar dan jalan yang lebih luas bila mengenepikan unsur-unsur negatif dalam video mereka itu.

Namun kadang-kadang saya bengang juga dengan kebanyakan pembuat video-video lagu Melayu, tak kira dari Malaysia, Indon atau Singapura, sama sahaja, sempit sangat fikiran mereka. Mereka fikir semua orang berminat menonton video-video berunsur percintaan agaknya. Sepatutnya industri Muzik Video di negara kita sudah lama berubah menuju kearah yang lebih matang seperti Coldplay ini, tapi nampaknya tiada perubahan dan mereka masih ditakuk lama, janji ada sudah, kualiti dan pengisian nombor dua. Sekian