Friday, July 13, 2012

Komen saudara Zulkiflee dalam entry Asabiah oleh TDM

Catatan di atas saya ambil dari pemberi komen yang menamakan dirinya Zulkiflee, di dalam blog milik TDM seperti di sini. Saya tidak mengambil konsep perjuangan politik dalam blog saya. Saya juga bukan Pro mana-mana parti politik. Tetapi beberapa isu relevan yang saya rasa sesuai akan di persembahkan juga. Cuma saya tidak setuju dengan pendekatan memburuk-burukkan mana-mana ahli-ahli politik tidak kira dari pihak pembangkang atau kerajaan.
Saya tertarik dengan catatan dari saudara Zulkifli ini yang saya kira telah menjawab jawapan mengapa sesetengah rakyat tidak suka langsung dengan pemimpin kerajaan. Ia bukan atas alasan Datin Sri Rosmah tidak memakai tudung atau sebagainya sebenarnya, kerana semasa PM-PM sebelum ini memerintah pun isteri mereka tidak memakai tudung. Itu hanya satu isu kreatif yang sengaja diwujudkan oleh sesetengah pihak untuk menambah rencah kepada arena politik ini. 
Jadi tuan-puan baca dan nilaikanlah sendiri kata-kata saudara Zulkiflee ini. Saya italickan pada perenggan yang saya rasa harus pemimpin-pemimpin ini beri perhatian (Oh, tapi saya bukan anti poligami) :


zulkiflee
 
July 10, 2012 at 9:15 am | Permalink
 
Assalamu’alaikum Tun

Orang terpengaruh mengikut telunjuk seseorang pemimpin atau ulama’ bukan lah kerana kata-kata nya saja. Kata-kata masih bersifat teori.

Sebaliknya akhlak seseorang memainkan peranan yg lebih besar dalam mempengaruhi orang lain untuk percaya atau mengikut telunjuk nya.

Secara jujur nya,Umno tidak mempunyai seorang pemimpin yg punya kredibiliti akhlak setanding Nik Aziz. Yg kita ada cuma pemimpin-pemimpin yg tinggal di banglo-banglo besar yg sumber kekayaan mereka boleh di ragukan.

Dari sudut Agama kadang-kadang Nik Aziz bercelaru juga. Mengekalkan kebencian terhadap Umno adalah sesuatu yg amat sukar. Namun membina perikatan dgn kafirin DAP adalah jauh lebih sukar.

Namun Nik Aziz berjaya melakukan kedua-dua nya tanpa mengurangi sedikit pun ketaksuban rakyat Kelantan terhadap nya.

Tun, besar kemungkinannya kerendahan akhlak dan kejujuran pemimpin-pemimpin Umno adalah pendorong utama populariti Nik Aziz di Kelantan mahu pun di seluruh Negara.


*Pemimpin-pemimpin kita yg mengambil penyanyi sebagai isteri kedua-ketiga,yg isteri-isteri itu kemudian nya bergemerlapan dgn hiasan berlian,ke sana-kemari dgn kereta-kereta berjenama besar,disamping polisi-polisi yg menghakis Kedaulatan Bangsa….ini lah kombinasi yg mengangkat tinggi martabat Nik Aziz di mata rakyat sebagai pemimpin yg amat sederhana kehidupan nya di tengah-tengah pemimpin-pemimpin Umno yg bergelumang dgn kemewahan luar batasan.


Tun,seandai nya Umno boleh melatih dan melahirkan pemimpin-pemimpin yg pentingkan nilai moral dan kejujuran, ketaksuban terhadap Nik Aziz pasti akan padam sama sekali.


Terima kasih Tun