Tuesday, July 3, 2012

perkhidmatan bas dari Putrajaya ke Kuala Lumpur

Entry ini adalah request dari suami saya.

Sangat menjengkelkan. Itulah sahaja yang dapat diluahkannya berkenaan perkhidmatan bas dari Putrajaya ke Kuala Lumpur.

Kisahnya begini,

Suami saya pergi dan balik kerja menaiki bas, tujuannya adalah untuk mengurangkan kos perjalananan, tetapi yang selalu jadi masalah ialah perkhidmatan bas dari Putrajaya ke Kuala Lumpur ini sangat tidak konsisten kualiti perkhidmatannya. Sering sahaja ia tidak menepati masa malah kadang-kadang bas itu boleh ditangguh pula dari jadual yang sepatutnya, macam kapal terbang pulak. Kadang-kadang sudah ada bas, dan sudah sampai masa untuk bergerak tapi pemandu masih tak mahu jalan. Ada sahaja alasan, seolah-olah pemandu itu sedang mogok.

Walaupun suami saya telah membuat aduan banyak kali, tapi nampaknya pihak syarikat bas masih memandang rendah terhadap aduan-aduan yang dibuat, seolah-olah mereka  adalah syarikat monopoli.
Mereka tidak kisahpun dengan aduan itu, tiada penambahbaikan, seperti mencurah air di daun keladi. Lebih menakutkan bila bas sering sahaja dipandu laju macam tengah merempit. Memang fed-up di buatnya, tapi terpaksalah bersabar dengan karenah syarikat dan pemandu-pemandu bas ini memandangkan tambang ERL terlalu mahal.

Terdapat tiga syarikat bas yang membawa penumpang dari Putrajaya ke KL, iaitu Metro Bus, Sri Indah (kalau masih ada) dan rapid KL.



Kalaulah perkhidmatan bas ini masih tak berubah, susah untuk kita menjadi sebuah negara maju. Walaupun kerajaan galak berkempen agar rakyat menaiki kenderaan awam, tetapi nampaknya usaha itu kurang berjaya, tambahan dengan perkhidmatan bas yang masih ditakuk keldai ini. Keldaipun lebih berdisiplin