Sunday, July 22, 2012

Selamat berpuasa dan komen didalam entry saya

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini kepada semua pembaca-pembaca blog saya yang sudi singgah. Semoga amalan kita di bulan Ramadan ini akan diterima oleh Allah (SWT) dan dilapangkan dada untuk menjalani ibadah. Marilah kita bersama-sama membuang segala perasaan riak, sombong dan takjub dengan diri sendiri itu lalu merendahkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta.

Walaupun traffic saya mungkin tidak setinggi Ben Ashaari atau Hanis Zalikha, tetapi saya tetap gembira kerana ramai yang sudi singgah. Anda mungkin sudah tidak boleh membuat komen di dalam entry saya, tetapi anda boleh mengemel saya melalui meteorburning@yahoo.com, jika masih ingin membuat sebarang komen, bertanyakan sesuatu atau berkongsi pendapat. Tetapi bagi emel melampau, saya tidak akan menjawabnya, saya tidak suka memeningkan kepala saya, harap maklum.

Di hari baik dan bulan baik ini saya mohon ampun dan maaf pada entry-entry sebelum ini mana-mana yang mungkin telah menyinggung perasaan tuan/puan. Bagi yang telah terasa, sila abaikan entry yang tidak spesifik kepada diri anda sendiri kerana ia lebih bersifat general.

Oleh itu lagi sekali saya mohon ampun dan maaf dan mencucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.