Tuesday, December 11, 2012

Ulang tahun perkahwinan

5 Disember adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan suami. Genap ulangtahun yang ke lapan.

Saya berdoa agar perkahwinan ini dipanjangkan usianya untuk selama-lamanya dengan kebahagiaan.

Saya tidak kisah jika suami saya tidak mampu membelikan saya sebuah kereta yang diimport dari luar negara

atau sebiji rumah sekurang-kurangnya sebuah semi D

atau berhelai-helai pakaian berjenama yang berharga ratusan ringgit

juga gelang tangan atau rantai leher yang bergemerlapan sehingga menyilau mata

Tetapi saya selalu sahaja merasa bangga berkahwin dengannya

Dia yang hadir dengan segera diketika kereta saya kehabisan minyak di sebatang highway

Dia yang turun dari kereta untuk mencari saya di kedai apabila tidak ternampak kelibat kerana bimbang sesuatu berlaku kepada saya.

Dia yang duduk setia setiap malam berteman nyamuk dan kesejukan hospital untuk menemankan saya yang sakit melahirkan

Dia yang setia mendengar cerita-cerita dikala saya sedih, gembira, marah, teruja dan sebagainya

Dia yang menjaga saya dan anak-anaknya dengan baik

Dia yang tidak pernah bercakap kasar dan mengutuk saya walau sekalipun sepanjang mengenali dirinya. Walaupun ketika saya kurus, ketika saya gemuk, ketika saya wangi, ketika saya busuk, ketika saya kemas atau ketika saya sangat selekeh.

Dia yang segala macamnya untuk saya.

Ya, begitu tinggi melangit pujian saya untuk sang suami. Ramai juga lelaki yang baik-baik dalam dunia ini, bukan suami saya seorang sahaja. Namun saya tetap merasa gembira untuk menyatakannya kerana dia adalah salah seorang diantara yang ramai itu. Oleh itu saya sangat menghargai perkahwinan ini. Mungkin tidak ada hadiah untuk saya kepadanya atau hadiah dari dia kepada saya. Tetapi kebahagiaan yang telah dilalui adalah hadiah yang terbaik untuk ulangtahun perkahwinan ini.




10 comments:

  1. assalamualaikum ;

    http://www.nazlee.com/2013/09/dia-yang-segala-macamnya-untuk-saya.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, salam perkenalan dari sheila. semoga perhubungan kalian kekal berpanjangan hingga ke syurga. sebak sheila baca entri ni kak :)

    ReplyDelete
  3. Bahagia dengan segala yang ada itu nikmat jiwa Bukan rupa, atau harta yang menjadi sandaran. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Aminn ...

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangahun perkahwinan. Moga bahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut ulang tahun perkahwinan...singgah blogwalking sini

    ReplyDelete
  6. Semoga ikatan pernikahan kekal hingga ke Jannah.. In sha Allah

    ReplyDelete
  7. Salam kenalan dri blog pcl..semoga akak akan kekal bahagia didunia dan akhirat.Amin..

    ReplyDelete
  8. hai.. mama datang dr blog pcl.. selamat ulangtahun perkahwinan kak... hepi kenal akak tau... :)

    ReplyDelete