Thursday, March 29, 2012

Cerita hantu.

Rakyat Malaysia apa-apa bangsapun memang sangat suka dengan cerita hantu. Tapi bukan rakyat Malaysia sahaja, kerana saya dapati filem-filem barat dan timur juga banyak memaparkan cerita hantu.

Saya sebenarnya kurang berminat dengan perkara-perkara mistik. Kalau boleh saya memang mahu mengelak dari terbabit dengan perkara-perkara seperti ini. Ia akan menimbulkan masalah jika tidak ditanggani dengan baik. Bukan semua orang boleh mengawal perkara-perkara mistik ini. Jadi lebih baik jangan terlibat. Mohonlah perlindungan dengan Allah Yang Maha Esa.

Tetapi saya ada beberapa pengalaman mistik semasa tinggal dikampung dulu, selalunya pengalaman ini dilalui secara tidak sengaja. Namun tidaklah semuanya berkaitan dengan hantu, dan pengalaman-pengalaman mistik yang saya lalui itu hanya semasa di kampung sahaja. Cuma sekali sahaja terjadi semasa di Universiti, iaitu semasa ternampak rakan satu floor melintas di hadapan kira-kira 20 meter dari saya, yang jadi mistiknya, kawan itu baru sahaja saya hantar ke stesen bas pagi itu. Dan yang lagi best, esoknya bila kawan saya itu balik dia terjumpa epal yang dicacak dengan pisau dalam biliknya. Bilik itu berkunci, tak ada siapa yang bukak pun. Jadi?

O.k, balik kepada cerita saya di kampung, inilah senarai-senarai perkara mistik yang pernah saya lalui secara tidak sengaja semasa di kampung dulu :

  • Dulu-dulu tandas rumah sangat jauh. Satu malam, saya sakit perut nak terkencing (masa ni umur 5 tahun), jadi, takkanlah emak nak menghantar ke tandas yang jauhnya kira-kira 300meter itu, jadi, emak pun suruh saya kencing di luar rumah dekat tepi semak, sambil dia tunggu depan pintu (tepi semak tau, bukan depan pintu betul-betul, yang ni malu sikit, tapi nak cerita jugak). Lepas tu saya toleh kebelakang dan dalam jarak lebih kurang 15 meter (diukur selepas dewasa) saya ternampak satu lembaga tidak bermuka (muka hitam), memakai jubah, bertongkat dan kaki tidak kelihatan sedang bergerak. Bila saya menjerit kepada emak ada hantu, emak tak percaya dan suruh saya cepat-cepat. Tapi benda itu berhenti bergerak sebaik sahaja saya menjerit hantu. Kebetulan, esoknya jiran yang tinggal di atas darat rumah kami meninggal dunia. Wallhualam. Kejadian ini masih jelas dalam fikiran saya.
  • Kanak-kanak kampung mengaji waktu malam dulu-dulu. Mengaji di rumah seorang guru mengaji yang terletak paling hujung di kampung itu. Jauh rumah saya dengan rumah guru mengaji itu hampir jugalah satu kilometer (atau mungkin dalam 600-700 meter). Rasa macam dalam novel seram kan? Emak akan menjemput kami balik dari mengaji selepas isyak. Satu hari kakak saya tidak mengaji, hanya saya seorang sahaja. Dalam perjalanan itu biasanya mata saya akan meliar memandang sekeliling, harus diingat, itu kawasan kampung jadi ada macam-macam bunyian disekeliling. Tiba-tiba secara spontan saya terus mendongak ke langit, dan ternampak satu cahaya besar yang bulat seperti bulan, tetapi ada ekor di belakangnya berkelip-kelip sedang terbang melintasi kami. Saya pun terus bertanyakan emak saya, apa tu, tapi emak saya suruh saya berjalan cepat-cepat dan beritahu tidak ada apa-apa. Esoknya saya terdengar emak saya berbincang-bincang dengan jiran mengenai benda itu. Rupa-rupanya itulah hantu penanggal. Dan rupa-rupanya juga benda itu memang wujud. Isk-isk...saya pulak yang terpilih nak melihat benda itu terbang,  tapi kalaulah zaman sekarang saya terserempak....mau terkucil agaknya. 
Gambaran benda yang terbang itu
  •  Masih cerita  balik mengaji, tapi kali ini saya sudah besar sedikit, kakak sudah masuk ke asrama. Dalam perjalanan balik dari mengaji itu sayup-sayup saya nampak bintang terbang di langit, tapi kali ini tidak jelas seperti pengalaman pertama tadi. Saya dengan gatal mulut dan tangan tanya pada emak sambil menunjuk kelangit, mak, apa tu??? Hah, terus saya kena jerkah dengan kuat dan emak paksa berjalan laju-laju balik ke rumah. Rupa-rupanya benda itu tak boleh di sapa dan di tunjuk. Sebaik sahaja saya menunjuk dan menegur itu, ia terus jatuh mendarat mungkin mencari kami. Eyyy..kecut perut..mujur kami sempat lari. Selepas itu baru saya tahu, benda-benda mistik ini jangan ditegur dan ditunjuk jika terjumpa. Tapi zaman sekarang mana orang tahu tentang pantang larang ini.
  • Cerita di perigi pula. Jarak bilik air dengan rumah saya memang sangat jauh, mungkin dalam 300meter. Suatu hari emak marahkan saya di kawasan tempat mandi itu, sebab apa saya tak ingat. Kawasan perigi itu pula berhampiran dengan rumpun buluh. Seperti biasa, selepas mandi emak saya akan berkemban. Tetapi apabila hendak balik kerumah emak akan memakai baju dulu. Oleh kerana tak puas hati kena marah saya membebel-bebel sendiri. Emak saya sudah balik masa ini. Tiba-tiba saya terpandang emak saya berdiri didepan pintu bilik air itu sambil berkemban dengan kain batiknya yang biasa itu. So, horror! Emak saya tak ada kepala masa itu! Ia hanya terjadi beberapa saat sahaja. Tapi sangat mencemaskan. Selepas bertenang, saya mandi dan pulang kerumah tanpa menceritakan kepada sesiapa. Padan muka saya kerana tidak redha bila emak marah. Itulah balasannya.
  • Setiap malam dikampung saya ada waktu-waktu tertentu ayam akan berkokok bersahut-sahutan. Tapi ini bukan terjadi pada waktu awal subuh, ia akan berlaku selepas pukul 12 malam (terjadi secara konsisten setiap malam dan pada waktu yang sama). Tapi saya tak pasti samada kampung orang lain turut mengalami peristiwa ini atau tidak. Saya selalu berjaga malam sambil belajar sambil mendengar radio, oleh itu saya kerap mendengar kokokan ayam ini. Rumah kami juga pernah di ketuk bertalu-talu pada lewat malam, tapi bila emak saya buka pintu, tidak ada apa-apapun diluar rumah. Ia terjadi beberapa kali.
  • Apabila perperiksaan hampir dekat saya biasanya akan berjaga malam untuk belajar. Paling lewat ialah sehingga pukul 4 pagi. Sepanjang itu saya akan mendengar banyak kali ampaian saya dilanggar sesuatu. Apabila di intai dari tingkap, saya tak nampak apa-apapun. Mungkin juga burung. Tapi saya kerap sangat mendengar bunyi-bunyian seperti zikir tasmid, tasbih dan tahlil di baca oleh orang lelaki (individu) di sebelah darat atas rumah saya. Tidak ada rumah lain di belakang rumah saya. Rumah jiran yang ceritakan seperti di atas (perkara 1) sudah lama ditinggalkan, lagipun rumah itu sangat jauh, tidak boleh mendengar bunyi dari rumah itu. Rumah saya juga di atas bukit. Jiran lain yang paling dekat adalah kira-kira 200 meter di lembah rumah. Bunyi ini didengari secara konsisten dan dalam jangka yang sangat lama sehingga berjam-jam. Ini juga terjadi banyak kali. Saya tak fikir ada orang cuba mengganggu saya dan keluarga saya dengan cara itu, kerana kalau dari segi logiknya orang yang hendak mengganggu mestilah datang dekat dengan rumah kita dan secara senyap-senyap sahaja, betul tak?  Mungkin juga ia sengaja hendak menguji saya, tetapi Alhamdullillah, setakat itu sahaja, lain, tidak ada perkara yang menggemparkan berlaku kepada saya. Lagipun saya selalu berkata, lakukanlah apa yang kamu nak lakukan wahai makhluk halus, tapi jangan mengganggu saya, ini adalah rumah saya, kata saya didalam hati.
  • Dulu saya pandai melukis dan lain-lain seni kreatif (sekarang dah tak berapa pandai sebab jarang berlatih). Saya suka melukis sesuatu yang eksotik atau lain dari yang lain. Saya pernah melukis gambar ular memanggung kepala dengan mata terbeliak dan lidah yang terjelir keluar. Dibawah ular itu saya lukiskan gambar api yang marak menyala. Dilukis bukanlah atas niat tertentu, tapi saya memang minat melukis apa sahaja yang eksotik. Saya tampal pulak lukisan itu didinding kerana gambarnya yang menarik (ceh, punyi diri sendiri), tapi tak fikir panjang masa tu, gambar macam tu mana boleh di papar didinding (dah besar baru tau, hu hu hu). Suatu hari kakak saya pulang bercuti. Malam itu saya tidur agak awal, dan dia masih berjaga. Besoknya bila saya terjaga gambar itu dah tak ada di dinding. Kakak saya marahkan saya kenapa tampal lukisan macam ini. Katanya mata ular itu bercahaya bersinar-sinar pada malam itu. Woshh..terkedu saya sekejap.
Ok, saya sudah sampai ke penamat cerita hantu ini. Ada beberapa lagi perkara mistik yang berlaku di kampung tapi tidak saya ceritakan disini. Perkara mistik bukanlah sesuatu yang menjadi minat saya sebenarnya. Tetapi saya bukan bercakap besar. Saya cuma tidak berminat terlibat dengan perkara-perkara seperti ini. Seperti yang telah dinyatakan di atas, perkara ini jika tidak di tanggani dengan baik ia akan memudaratkan diri sesiapa sahaja. Kalau tak kena gaya, ibubapa yang terlibat, anak yang tak kena-mengena pun boleh terkena tempiasnya (oh, janganlah menyangka emak saya terlibat dengan benda-benda ini.. tidak sama sekali, keluarga kami clean, insyaallah) . Lagipun ia boleh jadi medan untuk manusia bermusuh-musuhan dan membalas dendam secara halus. How bad it is. Berpijaklah di alam yang nyata. Mohonlah perlindungan kepada Allah (S.W.T). Amin

Sekian terima kasih

Monday, March 26, 2012

myMetro | Harga rajin RM10,000

Saya simpati, dalam pada masa yang sama berbangga dengan wanita ini. Apakah perasaan bekas suaminya selepas ini?


myMetro | Harga rajin RM10,000

JITRA: Ditinggalkan suami yang berkahwin lain serta terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga parah adalah antara dugaan dihadapi peminjam atau Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Rose Sita Kasim, 48, ketika sedang bertungkus-lumus memajukan perniagaan butik pengantin miliknya di sini sejak 1990.
Rose berkata, kejadian itu adalah dugaan paling besar buatnya sepanjang dia membabitkan diri dalam bidang perniagaan selepas berhenti kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Pulau Pinang pada 1985. “Pada 2000, suami berkahwin lain dan meninggalkan saya dalam keadaan digantung tidak bertali bersama tiga anak kami. Lebih malang lagi, wang simpanan sebanyak RM21,000 dan sebuah kereta turut dibawa suami tanpa pengetahuan saya,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Katanya, pada Jun 2006, dia sekali lagi ditimpa malang apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya. Rose yang menunggang motosikal dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran rumahnya di Permatang Bongor, di sini menyebabkan kaki kiri patah dan rahangnya terkoyak hingga terpaksa dimasukkan besi.
“Saya terlantar lebih sebulan dan tidak boleh melakukan apa-apa kerja. Perniagaan terganggu, tetapi mujur rakan banyak membantu. Pada September tahun sama, malang lagi buat saya apabila saya akhirnya bercerai selepas digantung tidak bertali hampir enam tahun,” katanya.

Ibu tunggal kepada tiga anak ini berkata, semua itu bukanlah halangan untuk dia berjaya dalam perniagaan. Walaupun terpaksa meneruskan perniagaan berseorangan, dia tetap tabah selain mendapat banyak sokongan daripada AIM, anak serta rakan.

Kini, butik pengantin Permata Nabila Huda miliknya itu yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan semakin dikenali di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Berbanding gaji sebanyak RM280 sebagai pekerja kilang, Rose kini memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM8,000 hingga RM10,000 sebulan selain mempunyai seramai 12 pekerja.

Rose berkata, keputusannya menyertai AIM selepas diperkenalkan seorang rakan pada 1991 adalah tepat kerana badan amanah itu jelas banyak membantunya meluaskan perniagaan.
“Masuk AIM ini mudah dapat pinjaman. Nak jual pisang goreng pun boleh pinjam AIM. Pembantu Amanah dari AIM di tempat saya banyak membantu hingga saya mampu menguruskan perniagaan dengan baik,” katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perniagaannya, Rose berkata, selepas mendapat anak sulung pada 1985, dia berhenti kerja kilang dan pulang ke Kampung Lana Bulu, di sini kerana mahu menjaga anak. Dia bersama bekas suami kemudian membuka kedai makan selain berniaga makanan di pasar malam.

“Waktu itu agak sukar, selain terpaksa membawa anak ketika berniaga kerana tidak mampu mengupah pengasuh, saya terpaksa meminjam along RM1,000. “Saya perlu membayar RM13 sehari untuk pinjaman along. Memang tiada masalah daripada segi pembayaran, tetapi saya tertekan untuk membayarnya. Saya pula tiada harta, tiada tanah, rumah dan kereta pun tidak ada. Hanya perniagaan yang diusahakan harta saya waktu itu,” katanya.

Selepas menjadi Sahabat AIM, Rose membuat pinjaman sebanyak RM500 menerusi Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) pada 1994 untuk perniagaan makanannya. Pada masa sama, dia turut menjalankan perniagaan jahitan pakaian.

Rose kini membuat pinjaman RM50,000 menerusi pembiayaan I-Wawasan AIM bagi membesarkan butik pengantin Permata Nabila Huda termasuk mengadakan perkhidmatan mencetak kad jemputan kahwin.

Kini selepas 27 tahun, wanita ini berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Bermula tanpa sebarang harta ketika bekerja di kilang, Rose berjaya memiliki tiga rumah termasuk kenderaan yang semuanya dibeli hasil perniagaan dengan bantuan AIM.

Sunday, March 25, 2012

Riadah

Saya dimaklumkan oleh kawan pesta air Putrajaya dilangsungkan semalam. Kebetulan kami ingin membawa anak-anak mandi di kolam renang, maka kami singgahlah di pesta tersebut. Kedua-dua anak yang besar ingin menyertai pertandingan mewarna yang diadakan sempena pesta tersebut.  Acara seperti ini memang bagus diadakan sekali-sekala sebagai aktiviti kokurikum, kerana ramai ibubapa yang bekerja amat jarang dapat meluangkan masa untuk beriadah dengan anak-anak. Saya sendiri hanya membawa anak-anak berjalan di sekitar Putrajaya pada hari minggu sahaja. Putrajaya pun tidak kurang tempat-tempat yang menarik untuk beriadah. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak atau bermegah-megah dengan tempat yang dikunjungi. Yang penting sekeluarga gembira. ( Tetapi kalau sesekali beriadah di luar kawasan tu tak apalah kan..) Tempat yang selalu kami kunjungi ialah kolam mandi kerana anak-anak saya suka mandi. Kadang-kadang taman di PICC. Sesekali ke Wet land. Sesiapa yang berkemampuan lebih boleh membawa anak menaiki bot. Ada juga muzium alam sekitar.

 Landscaping di Putrajaya memang sangat menarik walaupun bandar ini sudah wujud lebih 10 tahun nan lalu. Berbanding bandar-bandar baru yang lain, bandar ini masih bersih dan terjaga. Kadang-kadang saya berbincang juga dengan suami, mengapa bandar-bandar di Malaysia ini sangat kotor, adakah ia kotor disebabkan perangai rakyat tempatan, atau rakyat asing. Sehingga kini, saya belum ada jawapan yang tepat, kerana kalau di ikut logiknya rakyat Malaysia sudah boleh dikategorikan berpendidikan tinggi, sepatutnya sikap pengotor terhadap alam sekitar itu sudah berkurangan.















































Lepas mandi, makan laa, apa lagi..kat kedai mamak feveret...