Sunday, January 13, 2013

arah kiblat yang mencelarukan di stadium negara

Heboh di sana-sini tentang jemaah yang bersembahyang mengikut arah kiblat berlainan semasa perhimpunan satu parti politik baru-baru ini di Stadium Negara. Seorang pemilik akaun you tube telah membuat komen begini di dalam satu video:

"mungkin ramai yg jarang pegi stadium, sbb kiblat di stadium mmg mengelirukan kerana bulatan, perkara ini sudah byk di bincangkan membabitkan kiblat stadium bukit jalil..harap semua take note".

Pada saya dalam dunia yang penuh dengan teknologi ini tidak susah untuk mencari arah kiblat sebenarnya. Kenapa perlu susah-susah. Buka saja google earth atau wikimapia atau google map anda boleh mencari sendiri arah kiblat. Zaman ini ramai orang sudah punya telefon pintar atau laptop yang boleh berhubung dengan internet dan boleh dibawa kemana-mana. Isu seperti ini tidak sepatutnya timbul. Kita sendiri yang hendak sembahyang, kenalah berusaha. Janganlah main taram sahaja dalam urusan menyembah Allah. Orang bukan Islampun ketawa sahaja. Memalukan


Stadium Merdeka dari pandangan wikimapia

Masjidil haram dari pandangan google map



No comments:

Post a Comment