Monday, January 7, 2013

pengalaman ke Pusat Sains Negara

Sewaktu berkursus di INTAN Bukit Kiara saya biasa melihat sign board 'Pusat Sains' yang berhampiran. Tetapi saya tidak pernah terdetik untuk melawat pusat itu. Baru-baru ini semasa cuti sekolah saya terfikir, selain dari membawa anak-anak mengenali alam semulajadi, elok juga mereka dibawa ke satu tempat yang boleh memberi pengetahuan dan pengalaman baru. Jadi, selain dari taman Rama-rama dan Taman Botani Shah Alam yang kaya dengan tumbuhan dan haiwan semulajadi, saya terus membuat plan dengan suami untuk membawa mereka ke Pusat Sains Negara.

Sebenarnya saya tidak tahu sangat apa yang ada didalam pusat sains itu. Akhirnya selepas mengoogle-google, saya mendapati PSN adalah sebuah tempat yang agak sesuai untuk membawa anak berjalan Bayaran masukpun tidaklah mahal sangat seperti Aquaria, Kidzania atau Legoland.

pintu masuk


Pilihan kami untuk membawa anak-anak ke pusat itu memang tepat, PSN sangat berbaloi untuk dilawati. Cuma masa lawatan kami selama 2 jam tidak mencukupi. Banyak ruangan yang tidak sempat masuk kerana kesuntukan masa. Maklumlah, kami sudah pergi ke taman rama-rama, planetarium dan zoo negara sebelumnya. Suami kata, lain kali bolehlah kita melawat PSN lagi. Maknanya tempat itu memang ok untuk anak-anak kalau dia sudah beri greenlight. Suami saya agak cerewet dalam memilih tempat untuk membawa anaknya berjalan.

Hari kami pergi itu turut ada pameran Star trek, tapi kata petugas kaunter pamerannya hanya kostum dan replika kapal angkasa. Harga tiket, RM 20 dewasa dan RM 10 kanak-kanak (memang dah tau dari awal di internet). Cuma mula-mula ingatkan ada panggung macam di planetarium, tapi rupanya tak ada, kalau ada rasanya nak juga masuk. Jadi kami hanya masuk ke Pusat Sains sahaja.

Dari pintu utama lagi sudah nampak kemeriahan PSN dengan Akuarium melengkung yang besar. Memang favourite anak dan ayah la tu. Bahagian dalam pula banyak mini peralatan yang menerangkan bagaimana fungsi sesuatu peralatan sains.








Diruang lobi selepas aquarium, menempatkan beberapa mini peralatan sains. Anak lelaki saya agak teruja dengan peralatan-peralatan itu. Tetapi kata suami mungkin peralatan ini tidak dapat diselengara dengan baik kerana banyak tangan yang menyentuhnya. Ada banyak ruangan lagi di dalam pusat ini dan terdapat juga ruangan yang boleh dilawat di tingkat 2, tetapi kami tidak pergi ke sana kerana tidak sempat, mungkin juga ia adalah ruang yang menempatkan pameran star trek tersebut.













Dibahagian dalam terdapat lebih banyak lagi mini-mini peralatan sains yang mengujakan kanak-kanak seperti anak saya. Terdapat juga tempat permainan kanak-kanak yang sangat besar. Ada cermin magic (kononlaa) dan piano yang dipijak dengan kaki (hehehe).

























kawasan permainan yang jadi tumpuan kanak-kanak



muka terhantuk dekat cermin 'ajaib'

piano 'kaki'


Dibahagian luar PSN juga terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan kolam yang besar boleh mandi. Tapi suami saya tidak benarkan anak-anak mandi di situ kerana terlalu ramai pengunjung. Kami lebih suka membawa anak-anak mandi di kolam renang dalam Putrajaya. Selain itu, PSN juga mempunyai replika dinasour di kawasan pintu masuknya. Bolehlah serba setakat untuk bergambar

permainan di kawasan luar



Kolam mandi yang siap ada temapt untuk bermain



Hari sudah petang, pengunjung sudah ramai yang balik


Info Tambahan :

Harga tiket : Dewasa RM 6
                     Kanak-kanak bawah 6 tahun : percuma
                     kanak-kanak 7 tahun ke atas :RM 3

Masa melawat : 9.00-5.00 pm

Kalau ibubapa ingin membawa anak-anak ke tempat yang berinformasi, ada hiburan sesuai, dalam masa yang sama ingin  mandi-manda di kolam dengan bayaran masuk yang murah, PSN adalah tempat yang terbaik. Tetapi sebelum datang pastikan membawa baju yang cukup, tuala dan sebagainya. Bilik persalinan mandi tidak begitu bersih, mungkin kerana ramai orang. Tetapi janganlah risau, kolam itu agak besar juga, tidaklah kotor dan airnya cetek sahaja. Sesuai membawa anak-anak mandi di sini kerana lebih selamat dan mereka boleh bermain dalam masa yang sama.

Lokasi PSN bukanlah ditengah pusat bandar, tetapi jika anda dari Kuala Lumpur bolehlah menambil laluan Kerinchi Link, kerana laluan ini akan terus menghala ke arah Pusat Sains tersebut. Ia terletak berhampiran dengan INTAN Bukit Kiara. Pengangkutan awam? Rasanya paling sesuai menaiki teksi.


taman dinasour





Sebelum balik kami singgah dulu di Amcorp mall PJ untuk makan dan membeli buku di kedai Book Excess. Buku-buku disini agak berkualiti dengan harga yang murah. Kesemua buku adalah diimport dari luar negara. Jangan harap untuk berjumpa buku berbahasa melayu di sini.







No comments:

Post a Comment