Saturday, January 19, 2013

Pengalaman ke Taman Botani Negara Shah Alam

Kali terakhir saya pergi ke TBNSA ialah kira-kira 3 tahun yang lepas, itupun atas urusan kerja. Saya tidak ingat banyak tentangnya. Oleh itu hari sebelum kami kami pergi melawat itu, saya sudah siapkan survey dan kertas kerjanya. Ok, biasa sebelum keluar berjalan atau untuk sesuatu aktiviti yang saya rancang, saya akan buat preparation berupa paper work, walaupun ia bukan urusan rasmi. Tetapi pada hari kejadian, ecewah, suami mengajak saya ke opisnya dulu sebelum ke TBNSA atas satu urusan kerja. Jadi paper work tinggal paper work sahajalah, memang tidak ikut jadual. Katanya, kerja itu sekejap sahaja, sayapun tak kisah. Rupa-rupanya pukul 11 baru siap. Singgah makan di Kg Kerinchi dahulu, akhirnya hampir pukul 1 juga kami sampai di TBNSA. Kali ini saya tidak masak-memasak dan bercadang makan diluar sahaja.




Sebelum pergi itu, kalau ikut perancangan, kami akan masuk ke Plus Highway, keluar tol Batu tiga, kemudian sampai simpang tiga selepas tol belok ke kiri hingga berjumpa dengan bulatan pertama. Selepas bulatan pertama itu pula, ambil no 3 teruskan perjalanan sampailah ke bulatan ke dua dan seterusnya. Segala-galanya telah saya saya print didalam kertas kerja itu. Tapi di sebabkan kami dari dari federal highway, maka map pun berubah dan akhirnya kami tersesat-sesat juga, itu yang buat lebih lambat, walaupun jalan nak kesana tak sesusah mana.

Ok, mulakan cerita tentang pengalaman di TBNSA ini. Ia adalah sebuah taman rimba yang agak besar siap dengan tasik empangan. Terdapat banyak taman di dalamnya, tetapi kami tidakmenjelajah ke semua kawasan, maklumlah, membawa anak kecil. Kami cuma naik tram sehingga ke taman empat musim (memang tujuan utama datang ke sini untuk melawat taman itu) dan kemudian berhenti di taman haiwan. Lain-lain taman kami tidak singgah kerana sudah lewat.













Tram memang disediakan untuk mereka yang tidak sanggup berjalan kaki, tapi ia selalu penuh selain datang hanya setiap 20 minit ( masa kami pergi itu). Jadi, harus beratur lama. Tram ini adalah percuma. Ada juga sewaan basikal bagi yang larat. Tapi tempatnya berbukit, memang penat, kecuali kita biasa bersenam.










Taman empat musim memang sangat sinonim dengan TBNSA. Tambahan pula pada bulan disember, iaitu musim salji. Tapi awal-awal sebelum pergi saya sudah ingatkan anak-anak bahawa salji disini bukan original. Boleh tengok, tapi tidak boleh bermain-main. Kalau hendak tengok salji yang betul-betul kena belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus, kumpul duit, baru boleh pergi ketempat yang ada salji yang 'original'.

Rumah salji itu memang sejuk, walaupun saya menyediakan baju sejuk untuk anak-anak tapi mereka nampak masih tak tahan dengan kesejukan itu. Ayahnya lagilah tak tahan sejuk. Saya yang montel ini bolehla tahan sikit. Sedang ambik gambar, bateri kamerapun habis. Terpaksalah ambil gambar guna kamera H/P.














Berdekatan dengan Taman Empat musim ini ada satu taman lagi yang siap dengan menara tinggi. Ia mempunyai landskaping yang agak menarik. Tapi saya terlupa hendak ke sana, sebaliknya terus ketaman permainan yang berada di bawah Taman empat musim itu  kerana anak-anak sangat teruja untuk ke sana , walhal rumah kami diputrajayapun dekat juga dengan taman permainan. Itulah lumrah kanak-kanak.








Balik dari Taman Empat Musim, kami singgah pula di Taman Haiwan. Taman ini agak menyedihkan. Haiwan seperti kuda tidak mendapat rawatan yang mencukupi. Kandangnya agak kotor. Selain kuda, terdapat landak, iguana, arnab, rusa dan burung-burung. Mungkin taman ini memerlukan peruntukan yang lebih untuk diselenggara dengan lebih baik. Kami tidak lama di sini.




















Memang kami tidak lama di TBNSA. Habis melawat Taman Haiwan itu kami singgah makan di pintu masuk utama. Harga makanan memang standard harga rimba, maklumlah bukan mudah nak keluar masuk membawa barangan basah. Kedai-kedaipun jauh dari sini. Jadi sepinggan mee goreng biasa di cas RM6.00. Janji anak suka, kami beli dua pinggan, saya ambil nasi campur dan suami ambil mee sup. Air kesemuanya air mineral. Kemudian saya tambah sedikit cempedak goreng, semua sekali RM28. Oklah kot.

Informasi tambahan :

Masa buka : 9-5pm
Tiket masuk : RM 4 dewasa
                     RM 2 kanak-kanak
Tiket 4 musim : RM 6 Dewasa
                        RM 4 Kanak-kanak
                       (boleh juga dibeli di pintu masuk taman)
kemudahansurau/ tandas : banyak di setiap point
Kemudahan restoran : ada dibahagian luar, tetapi dibahagian dalam rasanya hanya gerai makanan ringan
Tram : ada (kena beratur panjang masa cuti sekolah)
lain-lain : ada kolam renang, boleh bawa anak mandi.
Penginapan ; ada tapi kena book awal

1 comment:

  1. bestnye dapat bcuti sambil riadah mcm ni...bgus tol blog ni...xsngka tempat ni menarik..thumbs up pada akak empunye blog....

    ReplyDelete