Wednesday, January 2, 2013

Pengalaman ke Taman rama-rama

Taman-rama-rama terletak di tengah-tengah kawasan strategik tumpuan perlancongan di Kuala Lumpur. Berhampiran dengan taman ini  termasuklah Lake Garden, Taman Rusa, Muzium Polis, Planetarium, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Burung, Taman Bunga Raya, Taman Orkid, Muzium Islam dan lain-lain. Satu hari memang tidak cukup untuk menghabiskan masa mengunjungi kawasan-kawasan yang disebutkan itu. Berikut adalah peta taman rama-rama melalui pandangan dari google maps.

Dan yang ini dari sebuah website:
Pelawat dinasihat datang awal pagi kerana suhu tidak panas dan tidak ramai orang. Kawasannya kecil sahaja, tetapi sangat meriah dengan tumbuhan-tumbuhan menghijau dan air pancut. Biasa kita tengok rama-rama terbang rendah, tapi disini rama-ramanya terbang berkumpul dikawasan atas sekali. Taman ini di tutup dengan net supaya rama-rama tidak boleh keluar. Selain rama-rama terdapat juga beberapa spesis penyu atau kura-kura dan ikan. Didalam kawasan dalam bangunan pula, terdapat muzium kecil yang memaparkan maklumat-maklumat dan rama-rama yang telah diawet untuk dilihat pengunjung. Ada juga beberapa spesies ulat gonggok, katak dan kala jengking. berikut adalah maklumat tambahan :

Masa                              : 9.00-5.00pm

Tiket                               : RM 10 -dewasa
                                         RM 5 - kanak-kanak
                                       (rate semasa cuti sekolah, kalau hari biasa saya tak pasti)

Restoran                         : Tiada

Fotografi                         : Tujuan personal dibenarkan, tujuan rasmi atau iklan dan sebagainya harus bayar.

Kiosk
cenderamata
dan makan ringan            : ada

Bintang (parameter
diukur dari keseronokan
anak-anak)                     : 3

Ringkasan                       :  Tempat ini bagus untuk pembelajaran alam semulajadi, tetapi kanak-kanak kecil  tidak begitu faham (anak-anak saya berumur dari 1 1/2 tahun hingga 7 tahun). Namun sikap cintakan alam semulajadi harus selalu di semai dengan membawa ketempat-tempat seperti ini.







































No comments:

Post a Comment