Saturday, January 19, 2013

Percutian budget di musim cuti sekolah

Bukan semua keluarga kaya dan berada mampu membawa anak-anak bercuti kemana sahaja yang terlintas dihati pada musim cuti sekolah.

Kamipun bukannya keluarga yang sangat berada, tapi sesekali, berusaha juga memberi peluang kepada anak-anak untuk merasa berjalan-jalan. Walaupun kadang-kadang percutian kami bukan percutian yang mewah, tetapi itu adalah lebih baik untuk anak-anak merasa gembira dan dihargai.

Tak guna menunjuk-nunjuk bercuti di sana-sini, apa yang dapat. Namun berkongsi cerita ada baiknya juga, sekurang-kurangnya orang lainpun boleh mengambil pengalaman kita untuk dijadikan panduan. Menulis cerita bercuti-cutian bukan bermaksud kita hendak menunjuk-nunjuk. Memetik kata seseorang, tunjuk dan menunjuk-nunjuk adalah satu istilah yang sangat berbeza. Tunjuk adalah dengan niat untuk memberi tahu supaya orang lain mendapat manfaat. Menunjuk-nunjuk pula biasanya diiringi dengan niat riak dan ujub supaya orang merasa kagum dengan kelebihan yang ada.

Sayapun sebelum merancang membawa anak-anak berjalan pada cuti sekolah kali ini telah membuat banyak survey dari laman-laman blog  untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih. Kalau diikutkan semua tempat yang kami pergi ini adalah tempat-tempat yang budget dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang sangat tinggi. Beberapa tempat yang kami pergi juga, saya membawa bekalan yang dimasak dari rumah, bertambah rendahlah budgetnya.

Berikut adalah cerita-cerita berjalan dimusim cuti sekolah kali ini, Pengalaman di zoo negara, Pengalaman di Taman-Rama-rama, Pengalaman di Planetarium, Pengalaman di Muzium Negara, Pengalaman di Pusat Sains dan Pengalaman di Taman Botani Negara Shah Alam    pengalaman percutian lain




No comments:

Post a Comment