Tuesday, February 12, 2013

psy dan litar sepang

Sana sini heboh orang mempersoalkan kedatangan PSY ke Negara ini. Persembahannya hanya mengambil masa selama lebih kurang 8 minit, tetapi khabarnya beliau dibayar sehingga RM2 juta. Satu angka yang amat besar. Para blogger, para cendikiawan, para artis Malaysia, para pemilik facebook dan para-para semuanya berpakat-pakat mengeluarkan kutukan yang sangat bernas dalam hal ini. Ada yang menyumpah seranah, ada yang ketawa girang dan ada yang bermuka-muka pula.

VIDEO YOU TUBE
PSY bukan satu nama kecil dalam industri hiburan antarabangsa. Walaupun hanya satu lagu yang agak entah apa-apa beliau tetap mendapat nama di merata dunia. Tontonan video PSY di You Tube mencecah hampir 1.5 billion dan mendapat lebih enam juta 'like'. Banyak juga pengaruh si PSY ini hinggakan banyak celebriti-celebriti antarabangsa dan ahli-ahli politik ternama berusaha mempelajari cara tariannya itu.

MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah negara yang kecil sahaja. Jumlah penduduknya baru hendak menghampiri 30 juta, itupun entah bilakah akan mencecah. Dalam tempoh lebih sepuluh tahun, kita membina pelbagai bangunan, menghantar angkasawan ke satelit, mencipta pelbagai innovasi baru seperti terowong SMART, membangunkan bandar unik seperti Putrajaya dan melobi pelbagai pertandingan antarabangsa seperti F1, Sukan Komanwel, Le tour de Langkawi dan MotorGP.

BERLUMBA DI LITAR SEPANG
Beberapa tahun yang lepas, saya hadir ke sebuah kursus yang diwajibkan oleh majikan di negeri yang telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Negeri Melaka. Dalam kursus itu saya telah berjumpa dengan ramai pegawai dari pelbagai agensi dan juga berjumpa dengan pegawai yang pelbagai jenis ragam. Ada yang anti kerajaan, ada yang pro kerajaan, ada yang berkecuali dan ada yang tak paham apa-apapun. Sedihnya.
Dalam satu perhimpunan seorang pegawai perempuan telah mengangkat tangan lalu mempersoalkan, akan kepentingan Litar Sepang. Ia tidak memberi satu manfaat apapun terhadap rakyat Malaysia. Katanya, beliau dan rakan-rakannya tidak boleh berlumba di Litar itu sesuka hati. Peniaga air juga tidak dibenarkan membuka gerai seperti dipasar malam atau di pasar tani. Lalu apakah manfaatnya litar itu dibina sehingga beratus-ratus jutaan ringit kalau beliau tidak boleh berlumba di litar itu?

PIALA DUNIA DI BRAZIL DAN OLIMPIK DI CHINA
Brazil adalah sebuah negara yang amat terkenal dengan sukan bolasepak. Tahun 2014 ia akan menjadi penganjur kepada pertandingan bolasepak paling masyur di dunia iaitu Piala Dunia. Negeri China telah menganjurkan satu lagi sukan paling berprestij di dunia pada tahun 2008 dan membina satu stadium berbentuk sarang burung dengan kos yang AMAT MAHAL! Kedua-dua negara ini dengan begitu bersusah payah melobi untuk menjadi Tuan Rumah kepada pertandingan-pertandingan itu. Setiap kali pertandingan itu berlangsung makan jutaan manusia akan berpusu-pusu ke negara yang menganjurkan untuk melihat dan bertemu bintang-bintang sukan ternama dunia secara dekat. Stesen-stesen TV pula berebut-rebut untuk menyiarkan kejohanan secara langsung. Bagi yang tidak mampu untuk ke luar, akan menonton di kaca tv sahaja. Oleh itu kedai-kedai mamak akan memasang layar lebar bagi memudahkan orang ramai menyaksikan pertandingan secara langsung bertemankan secawan teh tarik.

STATISTIK PENDUDUK DUNIA
Statistik penduduk dunia sehingga tahun 2012 dianggarkan berjumlah kira-kira 7 billion orang. Jumlah televisyen yang dimiliki oleh setiap penduduk dunia tidak dapat dianggarkan, tetapi di Malaysia, sekurang-kurangnya sebuah rumah pasti memiliki paling kurang sebiji TV. Dibandar-bandar yang lebih urban pula, kebanyakan rumah memiliki lebih dari satu, mungkin dua atau tiga. Dan kini, terdapat jalur internet yang memudahkan sesiapa sahaja berhubung dengan dunia luar serta mengupload apa sahaja video dan ditonton dimana-mana di serata dunia asalkan mempunyai punca internet.

MARKETING STRATEGI SKALA BESAR
Apabila ada satu-satu pertandingan atau aktiviti antarabangsa dianjurkandi mana-mana negara, ia akan mendapat liputan meluas dan berita itu akan dibawa ke merata-rata dunia, hatta ke negara yang kita tidak pernah sekalipun mendengar namanya. Berita itu juga akan sampai ke negara yang sedang bergolak, sedang aman, sedang berperang, sedang maju, sedang miskin, sedang membangun ataupun negara-negara yang sedang suam-suam kuku. Kesemua negara ini akan maklum apa yang sedang berlaku dan siapa negara yang sedang menganjurkan. Ia adalah sebuah marketing strategi yang tidak ternampakkan oleh mata-mata kasar rakyat yang marhaen mahupun yang merasa maksum.

BEZA NEGARA TERKENAL DAN NEGARA TIDAK TERKENAL
Di dalam sebuah pasar, diletakkan dua jenis barang yang sama kualiti. Barang A di label sekian-sekian,  begitu juga dengan barang B. Bezanya, barang A adalah berasal dari United Stated of Amerika dan barang B berasal dari negara Gabon. Ok, bagi yang dangkal akan berkata begini, "hoi! jangan beli barangan buatan Amerika, mereka adalah pencipta internet, dalam internet itu ada perkataan Yahudi. Kita kena boikot sebarang benda yang melibatkan Yahudi". Tapi bagi kebanyakan orang biasa yang normal termasuk yang bukan Islam akan memlilih barangan A. Kerana mereka kenal dengan USA dan tahu kredibiliti USA. Itu contoh marketing strategi.

PROMOSI NAMA NEGARA
PSY, Litar lumba Sepang, Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, Program Angkasawan adalah marketing strategi. Setiap kali ada peristiwa besar atau orang ternama datang kenegara kita, negara lain akan turut menyiarkan berita tentang mereka, seperti juga kedatangan Kate dan William dulu. Ia adalah satu usaha promosi nama negara di mata dunia. Orang luar akan nampak negara ini penuh dengan kemudahan dan ada kualiti untuk mencipta barang-barangan. Adakah negara-negara miskin mampu berbuat seperti kita?

PERKARA MEMBAZIR
Skop membazir memang sangat Objektif. RM 2 juta secara kasar kita nampak satu jumlah yang besar. Tetapi kita mendapat satu point di samping itu. Ia adalah pulangan secara jangkamasa panjang. Terdapat beberapa cara untuk mempromosi sesebuah negara.  Cara tradisional dan cara moden.

Korea menghasilkan gelombang artis yang dipanggil K-Pop serta cerita-cerita Televisyen yang ditonton di seluruh dunia. Kemudian mereka membangunkan industri perlancongan dengan menghias negara dan memasukkan hiasan-hiasan itu kedalam industri hiburan mereka. Orang yang menonton akan tertarik dan teringin pula ke sana untuk melihat sendiri keindahan negara itu. Singapura pula tidak mempunyai satu industri hiburan yang kukuh, oleh itu mereka selalu menjemput artis-artis atau figura ternama ke negara mereka. Artis dan figura ternama ini sentiasa mendapat perhatian antarabangsa dan paparazi berusaha untuk mendapatkan berita dimana mereka.

Cara tradisional ialah menghantar duta-duta ke laur negara dan melakukan promosi di sana. Tetapi ia adalah cara yang agak lambat dan kurang meninggalkan impak. Orang ramai tidak kenal dengan duta.

ISLAM DAN MENGAMALKANNYA DINEGARA KITA
Ya, memang agak dangkal tarian PSY itu. Sayapun kurang suka. Tetapi jangan kerana kita tidak suka maka fikiran kita menjadi kuno dan tertutup. Teruskan saja amalan-amalan kita yang baik seperti mengucap, beristighfar, mengaji A-Quran, menutup aurat berzikir dan sebagainya. Walaupun kita banyak mengutuk orang yang tidak sembahyang atau tidak menutup aurat adakah kita yakin amalan-amalan yang kita lakukan  terima Tuhan. Dalam negara ini tidak ada halangan untuk mengerjakan amalan yang mulia ini walau dimana-mana juga.


BUKAN POLITIK
Entry ini bukan berkenaan politik. Ia berkenaan bisnes. Ia sekadar membuka mata tentang sebab musabab sesuatu benda dilakukan. Walaupun kadang-kadang ada antara ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak yang saya sangat tidak suka cara mereka memerintah, tetapi bagi saya orang Islam masih perlu bersatu. Sekali lagi, tiada halangan untuk kita beragama dalam negara ini. Apa yang perlu dibising-bisingkan. Didik sahaja mereka bagi yang mampu, jangan tahu bercakap dan mengutuk sahaja.







3 comments:

  1. singgah sini melalui blog Ben Ashaari..

    ReplyDelete
  2. sy singgah dri blog ben ashaari..=) sy juga brpendpt sperti awak...dlu penah sy buat entry ttg rukun negara...tp ada pembaca yg xpuas hati...ckp itu undang2 barat..dia brcakap lbh kearah politik sdgkan sy xsentuh hal politik...dia kata dia lbh pro sbb blaja law...xpela sy biarkan dia nk komen pe pun...senyum je baca..tp yg klakar ckp berdegar2 tp guna anonymous...xbrani nk tnjuk dri tu spe...ceh...

    ReplyDelete
  3. Dulu sayapun tak faham, kenapa litar sepang dibina sedangkan bukan semua orang boleh masuk ke litar itu, biarpun pada hari pertandingan, kerana tiketnya sangat mahal. Begitu juga saya merasakan program angkasawan yang agak sia-sia membazirkan duit. Tetapi rupanya ada agenda disebalik kedua-dua program itu, walaupun nampak membazir, ia adalah pelaburan jangkamasa panjang. Negara-negara miskin tidak mampu berbuat seperti kita. Kalau anda seorang peniaga, anda hanya akan berurusan dengan peniaga yang anda yakini dan ada kredibiliti kan? Sewaktu pertandingan F1 dan MotoGP berlangsung, siaran langsung akan disiarkan di seluruh dunia dan nama Malaysia akan terpampang di situ sebagai penganjur. Ia adalah salah satu bentuk pengiklanan jenama Malaysia di mata dunia. Begitu juga dengan kedatangan PSY, ia adalah pengiklanan secara halus, tambahan selepas itu PSY men'tweet' dalam twitternya perkataan 1Malaysia. Orang-orang yang berhati dangkal susah menerima perkara-perkara yang positif didalam hidup mereka. Malang sekali Najib PM kita tidak begitu bijak menjawab isu PSY ini, tidak seperti Mahathir.

    ReplyDelete