Wednesday, March 27, 2013

Bulan yang sangat sibuk

Bulan Mac dan April adalah bulan yang sangat sibuk bagi sayan pada tahun ini. Dalam masa dua minggu satu program akan berlangsung di pejabat saya. Tidak mudah untuk menjadi pengurus sesebuah majlis, tambahan pula sebuah majlis rasmi yang mengambil masa selama dua minggu. Terlalu banyak perkara yang harus diambil kira tambahan dengan bajet yang sangat kecil, saya terpaksa turun naik department-department tertentu untuk memohon peruntukan-peruntukan yang bersesuaian dengan program itu. Saya merasa terhutang budi dan terharu dengan semua bantuan yang telah diberikan.

Banyak juga cabaran yang terpaksa dilalui. Perkara mengurus kerja kahwinpun tidak sesukar ini. Namun setakat ini segalanya masih berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari lain-lain department. Saya berharap dengan bantuan Allah agar program itu akan berlangsung dengan lancar sepanjang dua minggu ini.Walaupun ia agak meletihkan tetapi saya gembira dengan kerja-kerja begini kerana  ia banyak memberi pengalaman, pengetahuan, ilmu, etika berurusan dengan orang ramai dan berbagai-bagai lagi. Tidak dinafikan, saya merasa sedikit cuak dan berharap semuanya selesai secepat yang mungkin dengan sebaiknya. Semoga segalanya akan menjadi baik-baik sahaja.

No comments:

Post a Comment