Saturday, March 2, 2013

Hubungan dengan mertua

Semalam TV3 menyiarkan secara langsung rancangan bual bicara berkenaan hubungan mertua dan menantu. Ada sebuah buku yang pernah diterbitkan bertajuk man from mars, woman from venus. Maksudnya perhubungan antara lelaki dan wanita itu sebenarnya adalah sesuatu yang sangat asing, apatah lagi perhubungan dengan orang lain. Namun, maksud kata-kata ini sesuai juga untuk menggambarkan hubungan yang bukan berasaskan darah daging. Urusan perhubungan dengan ibubapa mertua dan ipar duai memanglah perkara yang amat sensitif. Begitu banyak masyarakat yang mempunyai hubungan yang kurang harmoni bersama ipar duai dan mertua mereka atas pepatah man from mars, woman from venus itu. .

Ya, dalam apa-apa urusan atau dalam mana-mana keluargapun, memang emak dan ayah akan lebih mengutamakan anak lebih dari menantu. Tidak kiralah walau bagaimanapun kita mahu menafikannya, namun ia tetap menjadi kenyataan yang tidak boleh disangkal, kerana sebagai ibubapa kita juga  mempunyai bonding yang amat kuat terhadap anak-anak sendiri. Maklumlah, kita yang melahirkan mereka, oleh itu, haruslah kita memahami bonding ini

Sebagai anak menantu, perlulah untuk menghormati ibubapa mertua yang telah melahirkan suami/isteri kita. Tidak patut bercakap kasar apatah lagi menunjuk-nunjuk dan bercakap besar dihadapan mereka, sedangkan anak mereka yang menjadi suami /isteri kita itu telah dilahir dan dijagainya sejak dari kecil. Kalau sedikit pergeseran itu kadang-kadang tidak harus disimpan terlalu lama, kelak ia akan menjadi pekung yang bernanah.

Dalam berkeluarga kita tidak perlu  menjadi terlalu celupar dan sombong terhadap mereka. Elakkan membuat perkara-perkara provokasi yang boleh menimbulkan pergaduhan. Emak dan bapa mertua yang cerewet bukanlah satu penyakit yang terlalu besar. Cuma kadangkala dalam hidup ini perlu sedikit terbuka.  Rata-rata mereka ingin anak menantu mempunyai hubungan yang baik.  Apapun selagi kita berlapang dada, hidup akan selalu gembira dan harmoni.

No comments:

Post a Comment