Friday, April 19, 2013

Balasan Tuhan 2

 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Buat baik tak semestinya di balas baik. Tapi tak apa, yang penting, kalau betul, Tuhan akan balas dengan perkara baik juga. Pengajaran, kalau orang buat baik dengan kita, jangan sekali-kali tak mengenang budi. Takut-takut Tuhan balas dengan musibah pula. Buat jahat/hati jahat dah tentu kena balas jahat, kalau tak dengan Manusia, dengan Tuhan.

Sebenarnya entry seperti ini telah saya terbitkan lama dahulu seperti di sini. Dan ini adalah tambahan kepada entry itu.

Tidak ada manusia yang sempurna didalam dunia ini melainkan Nabi-Nabi dan Wali-Wali Allah sahaja. Kalau adapun kita memang tidak akan pernah tahu siapa orangnya. Oleh itu, tidak ada dalam sejarah manusiapun yang suka akan hidup dalam kesusahan, kerana kesusahan itu begitu sinonim dengan ketidaksempurnaan.

Janganlah dengan mudah apabila melihat manusia lain yang dalam kesusahan untuk menyabitkan mereka dengan balasan Tuhan. Ada manusia gemar tersenyum apabila melihat manusia lain dalam kesusahan, tambahan pula bila manusia itu pernah menjadi musuhnya lalu dengan senang ia berkata, itulah, dulu sipolan-polan ini begitu, ha, sekarang lihat, Tuhan telah menurunkan balasan kepada dirinya. JANGAN sekali-kali begitu.

Mungkin bila ada musibah yang sedang berlaku, Tuhan sedang menurunkan Rahmat ke atas dirinya kerana mahu ia hidup dengan lebih tenang dan bahagia. Kita pula sebagai menusia yang marhaen ini gemar berburuk sangka dengan Tuhan. Apalah sangat dengan kuasa mulut kita kalau nak dibandingkan dengan kuasa Tuhan Yang Maha Esa.

Kita tidak pernah tahu dengan dosa pahala yang kita miliki, lalu dengan pangkat apakah kita hendak menilaikan kehidupan seorang manusia yang lain. Jangan mudah berburuk sangka dan mencipta andaian sendiri. Mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan ketika orang didalam kesusahan adalah satu sikap yang sangat buruk.

Saya bukanlah seorang manusia yang terlalu sempurna. Tetapi sedikit pengalaman yang dilihat, terdetik pula dihati untuk saya kongsikan bersama-sama. Semoga saya bukan orang yang sebegitu dan semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dari catatan yang tidak seberapa ini.

1 comment:

  1. Perkongsian yang baik.. Teruskan memulis entry2 mcm ni... Banyak memotivasikan..

    ReplyDelete