Wednesday, April 3, 2013

Hidup bersyukur

Pesan emak mertua saya:
Kalau sudah senang sedikit, usah asyik memandang ke langit sahaja sampai lupa rumput yang dipijak. 
Kelak ia memakan diri.
Lalu saya menjadikannya sebagai satu ikhtibar. 

Usah menjadi bongkak dan sombong bila Tuhan mengurniakan sedikit rezeki 
sehingga menyangka kitalah yang terkaya dikalangan yang terkaya 
dan kerap memandang rendah serta remeh temeh kepada orang lain.  

Dengan sedikit rezeki yang telah Tuhan kurniakan, saya merasa bersyukur yang amat sangat. Walaupun tidak dikira mewah dan berada, tetapi ia amatlah menyenangkan. 

Orang yang hanya sedikit rasa bersyukurnya akan kerap mengeluh. 
Orang yang kerap mengeluh memang tidak ada rasa bersyukurnya. 

Kata seorang Usahawan yang berjaya pula, orang yang paling miskin adalah orang yang tidak bersyukur. Miskin itu bukan dari harta benda sahaja, budi bahasa, amalan dan kasih sayang juga diukur nilai menggunakan parameter miskin dan kaya.

Menjadi orang yang kaya tetapi tidak bersyukur tidak berguna, menjadi orang yang miskin tetapi tidak bersyukur juga tidak berguna.

No comments:

Post a Comment