Sunday, April 28, 2013

Kuala Lumpur yang sesak dan sivik memandu di jalanraya


Ya, semua orang tahu akan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Siapa yang harus melalui kesesakan ini mesti menjadi seorang hero, seorang crook dan sebagainya.

Saya baru habis berkursus di INTAN Bukit Kiara. Kursus yang bertajuk Kepimpinan Barisan Hadapan. Macam hebat bunyinya, tapi sebenarnya ia adalah kursus Customer Service. Walau bagaimanapun bagi saya semua kursus-kursus yang dianjurkan oleh INTAN adalah kursus-kursus yang hebat. Saya sudah menghadiri dua kursus sebelum ini iaitu Kursus Asas Pengurusan Perniagaan dan Kursus Dasar Ekonomi Negara, oleh itu saya tahu akan kualitinya. Jika anda adalah seorang kakitangan awam, maka cubalah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh mereka. Memang bukan semua kakitangan bernasib baik dapat menghadiri kursus-kursus di sini, tetapi janganlah berhenti mencuba. Selalulah mengisi borang-borang di Online.

Untuk perserta yang duduk di Lembah Kelang dan Putrajaya memang penginapan tidak disediakan, kecuali atas budi bicara pihak INTAN. Jadi kenalah berulang dari rumah.

Perjalanan dari Putrajaya ke Bukit Kiara kalau tidak mengambil kira kesesakan lalulintas hanya dalam kira-kira 30 minit. Tapi pada hari-hari berkerja ia boleh mengambil masa sampai hampir satu jam setengah dan kadang-kadang kalau tak kena gaya, boleh jadi hampir dua jam.

Oleh sebab itu untuk mengharungi kesesakan lalulintas ini kita haruslah menjadi seorang hero atau seorang yang begitu mementingkan diri sendiri. Tak kira apa bangsa, cina, melayu, india, mat salleh, orang asli dan sebagainya sama. Kereta paling kecil di pasaran mahupun kereta paling mahal pun begitu juga. Semuanya mesti peka cilok mencilok, atau berkelakuan ganas agar diberi ruang untuk memotong. Pada masa ini sivik semua orang akan jatuh kebawah tapak kaki masing-masing. Tidak ada seorangpun yang bersivik ketika memandu dalam kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Baik yang berkopiah setinggi gunung mahupun yang botak boleh bercermin muka malah orang yang berpendidikan paling tinggi atau tiada pendidikan langsung, semuanya sudah tiada sivik lagi.

Penyakit rendah sivik dikalangan pemandu ini seperti tidak ada ubatnya lagi. Saban hari ada saja nyawa yang terkorban. Entahlah, bila akan berakhir, sayapun tak tahu.







No comments:

Post a Comment