Thursday, April 18, 2013

Pengalaman di Langkawi

Kali terakhir saya datang ke Langkawi adalah kira-kira 4 tahun yang lalu. 
Ketika itu ada mesyuarat di sana. Pergi pun naik kapal terbang. 
Mesyuarat itu saya yang selaraskan manakala jemputannya adalah semua pegawai di seluruh Malaysia yang terlibat dengan program Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (untuk Jabatan kami). 
Untuk Ibu Pejabat, saya adalah merupakan urusetia bagi program ini. 
Oleh itu harus berkerja keras kerana semua laporan pada akhirnya akan dihantar ke Ibu Pejabat juga.
Masa itu sibuknya usah cakaplah, 
lepas balik dari kerjapun kadang-kadang masih ada panggilan telefon 
dan selalu kena balik lambat. 
Kalau Ketua jabatan harus berjumpa menteri, 
maka kami harus standby dengan laporan-laporan terkini, 
kerana selalunya laporan itu akan disiarkan kepada umum. 
Mesyuarat di Langkawi pula di adakan kerana kami perlu melawat 
dan memantau beberapa projek yang terlibat dengan program itu 
dan melihat perkembangannya. 
Antaranya ialah projek kerbau susu yang menghasilkan mozarella cheese yang sangat enak.

********************************

Kedatangan saya kali ini ke Langkawi pula adalah untuk membawa anak-anak bercuti.
Itupun selepas habis mesyuarat. 
Hari sebelumnya saya menempah tiket feri dari pihak hotel.
Boleh juga beli terus dari jeti, tetapi memandangkan masa itu cuti sekolah dan ada begitu ramai pengunjung yang akan pergi ke Langkawi jadi saya memilih untuk membeli melalui hotel sahaja.
Hari sebelumnya semasa dalam perjalanan untuk melawat projek kami telah lalu dihadapan jeti dan saya melihat barisan pengunjung yang sangat panjang untuk membeli tiket feri.
Kebetulan, pameran LIMA sudah bermula di Langkawi, lagilah ramai pengunjung.
Perjalanan dari Hotel Putra Brasmana ke Jeti Kuala Perlis hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.



agak sedikit jakun kerana pertama  kali menaiki feri





Keluar dari jeti kuah, kami dihurungi oleh penyewa-penyewa kereta. Pada mulanya saya ingin menyewa kancil sahaja untuk separuh hari. Tetapi kancil tiada pada masa itu, yang ada cuma Nissan Sentra. Satu hari RM60. Oklah, tapi tuan penyewa memang kedekut pahit. Kereta itu hanya lepas untuk beberapa km sahaja petrolnya agaknya. Jadi kami terpaksa dengan segera mencari stesen petrol di sekitar pekan.
Waktu keluar dari jeti kami sudah dapat peta seluruh Langkawi.




sempat posing atas racing car, sebelum dapat kereta sewa

Destinasi pertama kami adalah LIMA langkawi yang berdekatan dengan Airport. Sepanjang-panjang perjalanan ke sana ada begitu banyak kereta ditepi jalan yang berhenti untuk melihat
pertunjukan pesawat-pesawat tempur.
Anak-anak saya sudah tentu merasa teruja melihat pelbagai aksi mencemaskan pesawat-pesawat ini.
Yang kurang best ialah, hari kami pergi itu bukan hari untuk pengunjung awam, jadi hanya dapat melihat dari luar sahaj.
Tetapi ada satu perkara yang sangat menarik telah berlaku.
Kami termasuk ke dalam sebuah kawasan parking larangan,
hanya VIP dan mereka yang ada pas sahaja boleh masuk.
Mulanya kami sangka tempat itu adalah untuk awam kerana tiada siapa yang menghalang ketika masuk. Dalam kawasan parking itu pula ada sebuah gerai yang menjual hot dog.
Jadi saya pergilah membeli roti sosej.
Kebetulan seorang lelaki Singh juga sedang membeli,
tetapi dia tidak berkenan dengan sosejnya yang telah ditabur mustard yang banyak,
lalu saya menawar diri untuk mengambil sosej itu
dan meminta peniaga memasak yang lain untuk beliau.
Rupanya beliau sangat menghargai 'jasa' kecil saya
dan membenarkan kami duduk di dalam kawasan parking tersebut sebentar.
Rasa agak bertuah juga.
Dalam satu pertunjukan, sebuah pesawat MAS yang baru berlepas dari airport telah diiringi oleh jet-jet tempur yang sedang membuat pertunjukan. Kalaulah saya penumpang yang ada dalam pesawat MAS itu, pasti rasa sangat teruja.
Gambar-gambar yang diambil tidak begitu jelas kerana pesawat-pesawat ini bergerak dengan laju dan kamera saya bukanlah dari jenis yang sangat advance.




Habis melihat pertunjukan LIMA, kami singgah di Padang Beras Terbakar.
Rumah milik penghulu itu masih wujud, malah didiami oleh pewarisnya. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat rumah ini, tetapi kawasan sekitarnya penuh dengan gerai-gerai tumpuan perlancongan.








Kemudian kami ke Langkawi Cable Car. Kedatangan kali pertama dulu saya tidak menyinggah di sini kerana agak sibuk. Dengan Nissan Sentral itu kami mendaki ke bukit untuk menaiki Cable Car yang menjadi salah satu  tarikan utama perlancongan di Langkawi. Shahrukh Khan pernah membuat penggambaran filem di sini.
Sebelum sampai kami melalui pantai Chenang dan sebuah perlabuhan untuk kapal-kapal layar mewah. Pemandangannya amat menarik.
Disekitar kawasan  ini juga ada banyak tempat yang menarik untuk perlancongan.
Antaranya ialah Oriental Village. Ada kedai-kedai ala-ala klasik gitu.
Juga terdapat kuda yang boleh ditunggang. Tetapi saya tidak berminat dengan penunggangan kuda di sini.
Nampak kudanya cedera dan saya begitu bersimpati .Tuan kuda pula tidak begitu menghiraukan luka itu.


Kemudian saya membeli tiket untuk menaiki Langkawi Cable Car.
Harga tiket untuk dewasa ialah RM15 dan untuk kanak-kanak RM10.
Masa yang diambil untuk turun dan naik ialah kira-kira 30minit sahaja. taklah lama sangat.
Tetapi saya pula yang merasa gayat bila memandang ke bawah. Dulu saya pernah menaiki cable car di Genting, tetapi tidaklah segayat ini.
Ok, saya akui, saya memang agak gayat bila menaiki terbang,
oleh itu bila naik cable car pun terasa gayat juga.
Kawasannya menghijau dengan hutan-hutan.
Boleh nampak air terjun telaga tujuh sayup-sayup dari cable car. Tapi kami tidak pergi ke air terjun ini.


air terjun telaga tujuh


muka gayat





gambar-gambar ini diambil oleh sekumpulan Mat Salleh dari Netherlands











Sebenarnya, yang menarik di kawasan bukit atas ini hanyalah untuk orang-orang yang menghargai 
alam sekitar. 
Bagi orang yang tidak menghargai alam sekitar,
mereka tidak akan terasa apa-apa malah terasa membazir dan membuang masa sahaja. 
Hutan di Langkawi usianya adalah kira-kira 550juta tahun. Jika khazanah ini tidak dipelihara dengan betul, maka tidak ada apa-apa lagi yang boleh diwariskan kepada generasi akan datang.
Turun dari Cable Car suami saya bercadang untuk pergi ke Pantai Pasir Hitam, tapi setelah menelek-nelek peta, kami dapati pantai itu agak jauh, sedang kami harus menaiki feri terakhir dari jeti iaitu pukul 7 malam.
Ada banyak juga tempat perlancongan yang kami tidak singgah di Langkawi ini, antaranya ialah Tasik Dayang Bunting yang terkenal dan Makam Mahsuri. Masa satu hari tidak mencukupi sebenarnya.
Selain dari tempat-tempat perlancongan, Langkawi juga terkenal dengan kawasan bebas cukai. 
Barangan bebas cukai yang selalu jadi tumpuan pelancong ialah coklat dan pinggan mangkuk.
Saya sempat membeli sedikit coklat dan beberapa jenis mangkuk dan kuali di kedai bebas cukai terkenal iaitu Hj Ismail Group. Kedai ini mempunyai banyak cawangan di sekitar Langkawi.
Saya tidak ambil gambar selepas itu kerana bateri kamera sudah habis.
Berikut adalah anggaran perbelanjaan kami di Langkawi sebagai asas panduan kepada pembaca yang ingin berkunjung di sini.Sewa hotel telah saya nyatakan dalam entry perjalanan ke Perlis. Kami tidak bermalam di Langkawi. Tapi usah risau ada pelbagai hotel di sini. Kalau bajet lebih, ambillah hotel yang mahal, kalau bajet kecil carilah hotel bajet juga

Tiket Feri : 
2 dewasa x18=36
1 kanak-kanak x15=15
Pergi balik = RM102
kanak-kanak bawah 6 tahun tidak dikenakan bayaran

Sewa kereta-bergantung jenis kereta :
(kena minta setengah hari, kalau sebut satu hari anda akan dicas penuh, kecuali jika bermalam)
RM60

Makan minum satu hari 
(termasuk kudap-kudapan dan air):
RM50

Tiket Cable car :
2 Dewasa x 15 =30
2 kanak-kanak x 10=20
RM50

Coklat :
(Terpulang)
Saya membeli 3 peket Hersey, dua kotak besar kinder bueno, 3 peket Daim, 
5 peket Almond Gold dan tiga gulung (satu gulung ada 6) Toblerone
berharga kira-kira  
RM200

Pinggan mangkuk :
Yang ini tidak boleh cerita, tetapi kuali Tefal memang sangat murah. 
Suami bising kerana ambil kuali yang kecil, sedang beza harga cuma RM10 dengan yang besar. 
Dia memang peminat kuali Tefal, silap saya kerana tak bawa dia masuk ke dalam kedai Hj Ismail itu semasa membeli.

Keluar dari Jeti Perlis hari sudah hampir pukul 8.30 malam, berhadapan dengan jeti terdapat deretan kedai, dan ada restoran KFC. Kata anak buah saya, ada satu restoran di lot paling akhir menjual laksa Kuala Perlis yang enak. Tetapi anak-anak saya tidak makan laksa, sebab itu kami beli KFC sahaja. Lagipun hari sebelumnya kawan-kawan saya sudah membawa makan laksa di sebuah restoran di pekan Kuala Perlis, iaitu restoran kak Su namanya. Agak ok juga bagi peminat laksa. 
Saya pula makan laksa, tapi bukanlah peminat tegar.
Habis makan kami terus balik berjalan kaki ke hotel yang tak sampai beberapa minit dari jeti itu.






5 comments:

  1. menarik.. baru plan nak pergi second time.. dulu pergi join mmber seminar x sempat nak pusing-2.. ni nak bagpack travel je.. hope bajet mencukupi. tq for da info

    ReplyDelete
  2. menarik.. akan mengunjungi tempat-2 tersebut. Tq

    ReplyDelete
  3. salam kepada sesiapa yg ingin ke Langkawi cuti nie.. sy ada homestay btoi2 tgh pekan kuah.. 3 bilik full aircond,, pantry.. ruang tamu.. semalam hanya rm250.. 2 mlm ke atas hanya rm210.. keistimewaan homestay ini adalah hanya berada dpan bangunan haji ismail groupp.. so leh jalan kaki jew.. dekat dengan uptown utk anda cuci2 mata mlm2 tgk beli mkanan n pkaian.. kalau dtg hari rabu n sabtu berdakatan psar mlm.. kedai mkan hanya bersebelahan sahaja!!! selain itu dekat dgn bank islam maybank cimb bank ~yang menariknya ialah anda akan mendapat include sekali pakej mangrove hanya rm180 sahaja satu bot yg anda xkan dpt kt mna2.. krn depa akn bg rm250... ~island hopping plak hnya rm230 satu bot !!!! mesej atau kol trus na untuk penempahan 0134569984

    ReplyDelete