Tuesday, April 30, 2013

Penyelaras Program

(entry ini adalah entry tertangguh)

Melaksanakan satu tugas rasmi dibawah kapasiti kewangan yang sangat kecil amatlah mencabar. Memang ramai yang memberi cadangan begitu dan begini. Bukan ia tidak boleh dipakai, tetapi bagi yang menjalankan program akan lebih memahaminya. Kadang-kadang ada diantara cadangan yang diberi itu tidak mungkin berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Banyak juga pertanyaan yang saya terima seperti kenapa tidak seksyen itu yang buat kerja ini dan kenapa tidak mohon peruntukan dari seksyen sekian-sekian yang mempunyai banyak duit. Saya menghargai kesemua cadangan dan pertanyaan yang diberi. Namun ada perkara yang berlaku amat sukar untuk diterangkan didalam alam perkerjaan ini terutamanya yang melibatkan duit dan tugasan. Tugasan yang telah termasuk di dalam senarai tugas kami mana mungkin dengan begitu senang dipertanggungjawabkan pula kepada orang lain. Walaupun program ini tidak sehebat program MAHA atau sebagainya, tetapi ia tetap mempunyai cabaran tersendiri.

Selama bertahun-tahun saya diberi tugasan seperti ini, ia telah memberi kesan dan pengalaman yang bukan sedikit, terutama tentang sikap-sikap dan sifat-sifat manusia. Semalam (10 April 13) adalah hari terakhir program itu berjalan dan saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar sehingga penghabisan. Bantuan dan kerjasama rakan-rakan dari sekerja amatlah saya hargai. Kesemua yang berlaku bagi saya adalah pengalaman yang menarik. Sekali lagi saya amat berterima kasih kepada ketua yang memberi sepenuh ruang dan kebebasan untuk menjalankan program ini tanpa ada masuk campur yang keterlaluan. Mereka kerap memberi nasihat dan pandangan tetapi tidak mengarah-ngarah pada tahap yang saya merasa annoying. Kebanyakan aktiviti adalah saya rangka sendiri, tapi dari aspek perlaksanaan dan teknikal saya tetap memerlukan kerjasama kawan-kawan.

Saya tidaklah merasa hebat sangat dalam menguruskan program ini, kerana tanpa bantuan rakan sekerja siapalah saya. Ramai lagi pegawai yang boleh menyelaras program yang lebih besar dan hebat dari saya. Tetapi sedikit pengalaman boleh dijadikan ilmu dan menerbitkan keinsafan dalam diri. Segala yang berlaku dalam program saya dan program orang lain akan saya jadikan sebagai satu panduan dan ikhtibar. Usahlah bercakap besar dan mendabik dada. Tidak rugi bertanya dan mendengar pendapat orang lain. Bukan semua pendapat kita itu betul sahaja setiap masa. Berbaik-baik dan menjaga mulut sesama insan juga adalah penting walau sepenat mana kita bekerja.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program berlangsung selama lebih seminggu. Sambutan dari tadika dan sekolah disekeliling dan berhampiran Putrajaya adalah amat menggalakkan. Ada guru yang sanggup menelefon saya memohon agar dimasukkan sekolah mereka ke dalam aktiviti ini. Ia amat menarik.

Usah risau kerana keselamatan kanak-kanak ini terjamin semasa pertunjukan berlaku. Terdapat penguatkuasa yang menjaga keselamatan mereka dan doktor yang bertugas. Pertunjukan adalah bertujuan untuk memberi ilmu kepada kanak-kanak bahawa anjing adalah binatang kesayangan yang jika dilatih dan dijaga dengan betul boleh memberikan manfaat kepada manusia. Untuk Audien yang lebih dewasa pula penerangan diberi bahawa bukan semua jenis anjing boleh dibela sebagai pets, anjing pekerja adalah anjing pekerja, anjing pets adalah dari jenis lain. Anjing pekerja jika dibela sebagai pets boleh mendatangkan bahaya.

































































































No comments:

Post a Comment