Thursday, May 30, 2013

Pengalaman di Cameron Highland - Part 2 - Perjalanan ke Cameron Highlands



Dalam entry terdahulu lalu saya menceritakan kenangan-kenangan saya di Cameron Highland sewaktu kecil.
Entry kali ini adalah untuk mereka yang mungkin kali pertama datang ke sini. Bagi yang sudah biasa dan otai, tidak perlu diperkenalkan lagi tentang Cameron Highland. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah blog yang menceritakan secara terperinci tentang Cameron Highland dan tips-tips di sana seperti di sini. Saya turut menulis pengalaman saya sendiri sebagai tambahan untuk para pencari maklumat.

Beberapa minggu yang lepas saya telah mendapat arahan untuk menghadiri sebuah bengkel yang agak penting untuk industri pertanian di Negara ini disamping melawat beberapa tapak projek.
Kali ini pergi saya hanya bersama-sama rakan pejabat kerana belum cuti sekolah dan tidak dapat membawa keluarga sekali.

Kami pergi menaiki kereta pejabat jenis 4WD Fortuner. Harap maaf kerana saya tidak sisipkan perbelanjaan fuel di sini kerana kereta itu menggunakan bahan bakar diesel, disamping pembayarannya adalah menggunakan kad khas yang diprovide oleh majikan. Jadi saya tidak tahu berapa jumlah sebenar diesel/fuel yang akan digunakan untuk mendaki ke Cameron Highland itu.

Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 9 pagi untuk mengambil seorang pegawai lagi di Gombak. Kemudian terus masuk ke Highway Utara Selatan. Terdapat dua cara untuk naik ke Cameron, samada melalui Jalan Tapah atau melalui Simpang Pulai. Pemandu mencadangkan dua jalan tersebut kepada kami. Tetapi saya memilih jalan Tapah kerana mengikut maklumat, jalan itu lebih dekat berbanding jalan Simpang Pulai.
Walau bagaimanapun pemandu telah memberitahu kami, Jalan Tapah akan melalui selekoh-selekoh tajam dalam masa yang agak panjang. Jalannya sepeti ular kena palu, tetapi masa yang diambil tidaklah selama jalan melalui  Simpang Pulai.
Pemandangan sepanjang perjalanan
Sungai yang hampir tercemar
Namun jika dari utara, ikutlah laluan Simpang Pulai. Saya mencadangkan jalan ini jika anda tidak mahu melalui pengalaman yang mengerikan melalui selekoh-selekoh tajam dalam jangkamasa yang panjang, berselisih dengan lori-lori besar/bas-bas perlancongan/lori tangki selain menghadapi masalah mabuk kenderaan (seperti di Jalan Tapah). Tetapi saya tidak dapat memberi jaminan kerana tidak pernah melalui jalan itu, ia adalah nasihat dan pengalaman dari pemandu kami, begitupun, katanya jalan di Simpang Pulai juga ada yang berselekoh-selekoh,
cuma ia tidak sehebat Jalan Tapah itu.

Sebenarnya ada beberapa jalan lagi yang boleh dilalui untuk sampai ke Cameron highland, dua jalan yang saya sebutkan di atas adalah dari pantai barat. Manakala jika dari Pantai timur pula boleh mengikuti jalan dari Sungai Koyan, Daerah Raub atau jalan Gua Musang-Cameron Highland.
Saya mencadangkan petrol diisi siap-siap sebelum mula mendaki gunung Cameron kerana sepanjang  pendakian, saya tidak nampak stesen menjual Petrol. Pastikan juga kenderaan berada dalam keadaan baik kerana ada beberapa kenderaan menghadapi masalah sepandang berada di atas gunung ini, termasuk kenderaan yang berasap-asap.

Sepanjang pendakian dikiri dan kanan terdapat gerai-gerai orang asli yang menjual hasilan-hasilan hutan, antaranya rebung, petai, madu dan kraf-kraftangan. Anda boleh membeli produk-produk ini semasa turun nanti. Terdapat juga kawasan air terjun yang boleh disinggahi untuk mandi-manda. Ia terletak betul-betul ditepi jalan menuju ke Cameron highland. Airnya sangat sejuk dan dingin.

Anak-anak orang asli di depan rumah mereka
Air terjun
Selepas melalui banyak selekoh yang menyebabkan saya pening-pening lalat, kamipun berhenti di Ringlet untuk minum. Gerai itu milik Bharat Tea kalau tidak silap saya, terletak betul-betul ditepi ladang teh. Pemandangan agak cantik juga. Tetapi ada kawasan minum yang lebih cantik dari ini, nanti saya ceritakan. Dr Lim, pegawai yang bersama-sama kami memesan teh herba masalla. Malangnya teh itu tidak begitu sesuai dengan tekak saya dan tidak mengurangkan rasa pening yang dialami. Kepada yang pertama kali sampai, ini bukanlah tempat perhentian minum teh yang paling terkenal di Cameron Highland seperti yang selalu kita lihat dalam gambar-gambar. Ada lagi satu tempat. Sila tunggu, saya akan ceritakan.

Selepas habis minum itu, kamipun memulakan perjalanan semula. Aktiviti perniagaan di Ringlet tidak sebanyak di Tanah rata dan Brinchang, walaupun ia mempunyai sebuah pekan kecil.


Ladang teh
Teh Masalla yang berasa rempah
Gerai-gerai di Ringlet
Hotel tempat berlangsungnya bengkel itu ialah di Tanah Rata iaitu Heritage Hotel. Ia sebuah hotel sederhana mewah. Mungkin berbintang 4 atau 5. Tetapi ada beberapa kelemahan, seperti permaidani dalam biliknya agak tidak bersih. Ataupun mungkin hanya bilik saya sahaja begitu. Hotel ini dilengkapi bilik perpustakaan dan bilik permainan kanak-kanak selain taman dengan landskaping yang menarik.
 




Pagi hari pertama - pemandangan dari balkoni hotel
Pagi hari kedua - pemandangan dari balkoni hotel
cafe hotel
Pemandangan pada waktu malam
Taman
Perpustakaan
Jarak Perjalanan
Kuala lumpur - Tapah = +-150km
Putrajaya - Tapah = +-190km
Tapah - Cameron Highland  = +- 50km

Tol 
Putrajaya - Tapah = RM24.30
Jalan Duta - Tapah = RM19.40

Hotel dan penginapan di Cameron Highland
1. Mungkin maklumat saya tidak begitu sempurna. Terdapat banyak hotel di Cameron Highland. Ada yang Mahal dan ada yang murah. Rumah tumpangan dan Home Stay juga ada banyak. Ada beberapa blog yang menyediakan maklumat penginapan seperti di sini, di sini dan di sini. Pada musim cuti sekolah harga hotel akan meningkat beberapa peratus.

2. Hotel tempat saya menginap itu ialah Hotel Heritage. Maklumat harga seperti berikut :
Bilik Deluxe : RM 269 hari biasa/ RM 392 Cuti sekolah
Bilik Standard : RM 211 Hari biasa/RM334 Cuti sekolah.
Ia terletak di atas bukit di Tanah Rata. Sebelah bawahnya ialah Sekolah Convent. Jarak dari hotel ini ke pekan Tanah rata tidaklah begitu jauh, hanya beberapa ratus meter sahaja.

3. Ada beberapa hotel yang sangat strategik di Brinchang, seperti hotel Rosa Passadena dan Hotel Star Regency. Hotel-hotel ini terletak benar-benar berhampiran Pasar Malam. Harus diingat, Pasar Malam di Brinchang sangat sesak dan jam. Kalau anda menginap di Tanah Rata atau sebelah bawah Brinchang (bukan di pusat bandar) anda akan mengalami masalah lalulintas dan parking yang teruk walaupun kawasan itu mempunyai kawasan parking berbayar. Terdapat dua hari Pasar malam di Brinchang, iaitu hari Jumaat dan hari Sabtu. Selain itu, hotel-hotel ini juga akan memudahkan destinasi anda kerana ia terletak di tengah-tengah Cameron highland dan dekat dengan banyak kawasan perlancongan.

pemandangan pekan Brinchang
Perjalanan balik
 
Perjalanan balik melalui Jalan Pahang-Tapah rupa-rupanya lebih mencabar. Kerana menurun bukit, kenderaan bergerak lebih laju. Bila banyak sangat melalui selekoh tajam dengan kelajuan yang tinggi saya mula menjadi loya dan mabuk. Rupa-rupanya bukan saya seorang yang loya dan mabuk, kawan yang sama-sama pergi itupun turut mengalaminya. Apa lagi, lembik la kami muntah-muntah di tepi jalan. Kawan saya muntah dua kali, kesian dia. Tapi yang lawaknya, kami muntah betul-betul depan tangga rumah orang asli! Aduhai, kesian keluarga orang asli itu dengan bau muntahan kami.


Berhenti di hentian Gopeng dan terbaring di surau highway dalam keadaan yang lembik

Lain-lain entry berkaitan :

Pengalaman di Cameron Highland Part 1
Pengalaman di Cameron Highland Part 3-tempat menarik
Pengalaman di Cameron Highland Part 3-tempat menarik 2 
 Pengalaman di Cameron Highland Part 3-tempat menarik 3
pengalaman percutian lain

No comments:

Post a Comment