Thursday, May 30, 2013

Pengalaman di Cameron Highland - Part 3 -tempat-tempat menarik - ladang strawberri

Untuk entry ini juga saya pisahkan kepada beberapa bahagian. Jadi saya straight to the point. Ada sebuah blog yang membekalkan maklumat dengan lebih lengkap tentang Cameron Highland iaitu MrKumai Blog (saya sudah sertakan link sebelum ini). Penulisan saya pula adalah dari pandangan dan pengalaman saya yang mungkin boleh dijadikan panduan tambahan kepada maklumat mrkumai tersebut.

Ladang Strawberri

Strawberry secara tidak langsung adalah merupakan satu trade mark kepada daerah Cameron Highlands. Tujuan utama pelancong ke sini selain ingin merasa udara yang nyaman adalah untuk melihat sendiri bagaimana buah strawberri itu dipetik dari pokoknya. Ada dua ladang yang saya lawat di sini. Tetapi harap maaf, tuan puan hanya boleh pergi ke ladang KHM yang diceritakan sahaja (atau lain-lain ladang komersial). Ini kerana satu lagi ladang yang dilawat itu, saya dibawa oleh seorang rakan yang kenal dengan pemiliknya. Ladang itu tidak dibuka kepada umum untuk lawatan.

Ladang Strawberry KHM Kampung Taman Sedia

Ada banyak ladang strawberry di Cameron Highland. Boleh dikatakan di merata-rata tempat. Kebanyakannya adalah milik peladang cina. Walau bagaimanapun terdapat sebuah kawasan perkampungan melayu iaitu Taman Sedia yang menanam strawberry secara komersial dan juga boleh membuat lawatan ke dalamnya. Semasa kami melawat itu strawberry tidak berbuah dengan lebat, tambahan musim hujan, jadi pengeluaran agak perlahan. Yang menariknya di ladang KHM ini, mereka menjual Ais krim yang sangat sedap dengan harga yang sangat murah! Kalau anda adalah peminat Fruiti Tutti, saya sangat menyarankan datang makan ais krim di tempat ini. Mereka juga menjual buah strawberri yang segar dan kalau kena dengan musim, anda boleh petik sendiri buahnya. Bayaran yang dikenakan saya tak pasti pula, kena tanya mereka. Selain itu terdapat produk-produk strawberri lain seperti Jam, Sirap, Acar dan Jus pekatan strawberri. Mereka juga menjual scone dengan jem strawberri.



 

Cara untuk pergi ke sini

Dari Tanah Rata, anda teruskan menghala ke Brinchang. Selepas beberapa kilometer anda akan temui satu lagi pekan kecil dengan bangunan BN (Barisan Nasional) paling tepi, boleh nampak dari jalanraya (harap maaf, ini bukan page politik, saya hanya nampak bangunan itu sebagai landmark). Selepas dari sini, sila perlahankan kenderaan sehingga berjumpa satu selekoh dengan pintu gerbang yang bertulis Kampung Taman Sedia. Anda teruskan sahaja perjalanan ke dalam kawasan kampung itu, kerana ada banyak ladang strawberri di sini dan kebanyakan pengusaha membuat perniagaan strawberri. Untuk ke ladang KHM, ia tidak nampak dari jalan utama, sebaliknya anda harus membelok ke kiri dan naik ke atas. Parking agak susah, tidak ada tempat parking. Di sebelah bawah ladang adalah homestay. 

Produk-produk

Aiskrim dan sirap strawberri (RM2.00/mangkuk)
 
 

Scone dan Jem strawberry (RM3.00/piece)
 

Buah Strawberry (peket kecil dan besar) 
- sila beli pada masa nak balik (RM10 kecil/RM15 besar)
 

Jem strawberry - dua jenis berlainan kualiti 
(Botol tutup putih-RM 6.50/botol / Botol tutup kuning - RM 5.50)
-Botol tutup putih mengandungi serpihan-serpihan buah, manakala tutup kuning hanya jem sahaja
-Jika beli lebih dari enam harga adalah RM 6.00 tutup putih/RM5.00 tutup kuning sebotol
- sila simpan dalam peti sejuk, ia cepat rosak jika dibiar lama diluar
-jem ini agak mahal diluar, kalau jumpa di sekitar Tanah Rata atau Brinchang harganya adalah lebih kurang RM8-8.50 sebotol

Sirap strawberry
-sedap dimakan dengan aiskrim atau penkek
Acar Strawberry
-tidak beli
Jus pekatan Strawberri
-sebagai sirap
Strawberri dan salutan coklat
-tidak beli

mungkin ada produk-produk lain yang saya tidak perasan. Anda boleh lihat sendiri.
Gambar-gambar sekitar Kebun dan kedai KHM

 
     
 
 
 


Best Harvest Agri Farm

Ladang ini adalah dimiliki oleh seorang usahawan bernama Law. Oleh kerana kawan saya kenal dengan beliau, maka kami dibenarkan masuk ke dalam kawasan ladangnya yang sangat jauh ke dalam dan menempuhi jalan yang sangat teruk. Sampai satu tahap, Fortuner kami tidak mampu mendaki bukit yang sangat cerun. Mungkin saya sangat berat agaknya, maka terpaksalah saya dan kawan turun dari fortuner itu sampai ia mampu mendaki tanpa penumpang. Oh aduhai : )
Hanya kenderaan seperti jenis jip tentera sahaja yang banyak di sini.
Tidak banyak cerita yang dapat saya ceritakan, hanya gambar sahaja.

Fortuner tersangkut







Buah strawberri kembar


Saya cuba satu, makan di sana. Mmmm, manis.
sepanjang perjalanan dipenuhi kawasan penanaman



5 comments:

  1. kata orang kao nak makan stowbery yg manis...cari yg tak cntik bentuknyer....salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, betul juga, rupa cantik buah cantik, tapi kalau ikut pengalaman, strawberry ni buah yang betul-betul besar dan merah baru manis...

      Delete

Hai, Nama saya Zila, silakan...