Thursday, May 30, 2013

Pengalaman di Cameron Highland - Part 3 - Tempat-tempat menarik - Ladang Teh Boh Sungai Palas

Kalau pergi ke Cameron Highland memang tidak sah jika tidak berkunjung ke ladag-ladang tehnya. Selain Strawberri salah satu trade mark untuk Cameron Highland ialah Teh. Terdapat dua syarikat penanaman teh utama di sini iaitu Bharat Tea dan Boh Tea. Ladang Teh Bharat (Cameron Valley) terletak di Ringlet dan Ladang Teh Boh terletak di Sungai Palas Brinchang.

Ladang Teh Bharat

Dalam entry Perjalanan ke Cameron, saya menceritakan kami singgah di sebuah cafe di tepi jalan. Cafe itu ialah cafe Teh Cameron Valley. Ia dibina betul-betul di tepi jalan menuju ke Tanah Rata. Tidak susah mencarinya. Pemandangan agak menarik juga. Ada jalan susur keluar ke ladang di tepi cafe bagi yang sangat ingin bergambar dengan daun-daun teh. Di sini juga menjual teh pelbagai perisa. Semasa singgah itu Dr Lim memesan teh Masalla untuk kami. Rasanya seperti berempah. Cafe itu juga ada menjual pelbagai jenis biskut dan manisan lain. Diluar cafe pula terdapat gerai-gerai menjual pelbagai produk Cameron Highland








Ladang teh BOH sungai Palas

Ini adalah antara ladang teh yang paling popular untuk pengunjung di Cameron Highland. Untuk sampai ke sini, haruslah melalui jalan utama (jika dari Tanah Rata) dan melepasi pekan Brinchang. Ladang ini memang terletak di Brinchang. Selalu kita melihat pemandangan ladang teh yang cantik dari sebuah cafe yang menawan di dalam gambar-gambar atau Televisyen. Inilah tempatnya. Disini juga mempunyai sebuah galeri sejarah, kilang memproses teh dan sebuah kedai menjual teh pelbagai jenis. Kilang memproses ditutup kepada pelawat pada pukul 4 petang. Cafe dan kedai pula ditutup pada pukul 5

Cara untuk ke Ladang  Teh BOH Sungai Palas

Sign Board untuk ke Ladang ini agak kecil dan seperti tidak menonjol. Dari pekan Brinchang haruslah memandang dengan teliti sebelah kiri kepada sign board yang dipacak supaya tidak terlepas. Apabila sudah masuk disimpang ini hendaklah memandu dengan berhati-hati. Jalannya sangat sempit dan berliku-liku tajam. Apabila sampai dimana-mana selekoh tajam, silalah bunyikan hon dan pasang lampu. Pada musim cuti sekolah jalan ini sangat jam dengan kenderaan. Dari simpang utama hendak masuk hanyalah kira-kira 3 km. Kawasan kelilingnya memang sangat cantik dengan panorama daun-daun teh. Kami sangat bernasib baik kerana semasa pergi itu bukan musim cuti sekolah, jalan tidak banyak kenderaan dan pelawatpun tidaklah penuh sangat. Bagi yang datang bukan dengan anak-anak pada musimcuti tertentu,
saya mencadangkan jalan kaki sahaja atau datang pada awal pagi.
Cafe di sini menjual pelbagai minuman teh dan pastri.
Keindahan ladang teh dari atas cafe ini memang sangat memukau.

Sign Board Jalan masuk








di anjung cafe yang selalu jadi rebutan tempat duduknya

saya minum teh biasa sahaja
suasana dalam cafe

salah satu tempat yang boleh berhenti untuk mengambil gambar dan pemandangan

Jalan sekitar ladang. Bukan semua jalan ok. Ada bahagian yang sangat sempit, berhati-hatilah



suasana antara cafe dan kedai teh
cafe turut menjual pastri
Sebenarnya ada banyak lagi ladang-ladang teh di Cameron Highland.
Cuma yang paling popular ialah dua ini. Boh mempunyai dua kawasan ladang yang popular dan biasa dikunjungi pelawat, satu lagi di Ringlet. Saya tidak ke sana. Ladang teh Sungai Palas pun sudah mencukupi. Disinilah biasanya tempatnya pengambaran filem-filem dan drama tempatan dilakukan.

 Entri-entri lain berkaitan :

Pengalaman di Cameron Highland Part 1
 Pengalaman di Cameron Highland Part 2
 Pengalaman di Cameron Highland Part 3 -tempat menarik 1
 Pengalaman di Cameron Highland Part 3 -tempat menarik 3
pengalaman percutian lain

1 comment: