Friday, May 31, 2013

Pengalaman di Universal Studio Singapura (USS) Pulau Sentosa- Part 1- Perjalanan pergi, penginapan dan bajet



Universal studio bukan satu nama asing lagi pada kebanyakan orang. Ia terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Banyak sudah blog yang memaparkan pengalaman-pengalaman merekadi sini. Tetapi saya masih ingin menceritakan serba sedikit pengalaman saya kerana mungkin ada diantara pengalaman itu berguna kepada orang lain.

1. PENGINAPAN

Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di dalam Singapura atau di J.B. Tetapi harus diingat, nilai matawang Singapura adalah hampir dua kali ganda setengah dari duit Malaysia. Jadi kesemua perbelanjaan dalam Singapura adalah lebih dua kali ganda. Saya memilih untuk menginap di JB sahaja, di sebuah hotel sederhana murah. Turut bersama-sama kami ialah sepupu sebelah suami dan keluarganya. Hotel tempat kami menginap itu ialah hotel Grand Court, terletak di jalan Tun Abdul Razak. Oleh kerana musim cuti sekolah, kebanyakan hotel habis penuh ditempah. Mujurlah saya telah membuat tempahan kira-kira dua bulan yang lalu.

Untuk ke Hotel ini, Land Marknya ialah Danga City Mall, atau kalau terjumpa Hotel Tropical Inn dan kompleks kastam juga sudah hampir dengan Hotel Grand Court (land mark ialah zeng zeng hotel, sebaris sahaja). Jarak dari tropical Inn atau kompleks kastam ke sini ialah dalam 1-2 kilometer. Berikut adalah kedudukan hotel melalui pandangan satellite :



Ada juga hotel bajet lain seperti Tune hotel yang siap menyediakan pengangkutan terus ke USS.

2.PENGANGKUTAN/PERJALANAN
Kami bertolak dari Putrajaya pada pukul 10 pagi dengan harapan dapat masuk ke singapura pada sebelam malam untuk melawat night safari. Tapi malangnya jalan jam dan hanya tiba di Johor pada pukul 8 malam. Jadi tak dapatlah ke singapura kerana telah terlalu lewat.
Esoknya awal-awal pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk ke sana. Sebenarnya ada beberapa cara biasa untuk masuk ke USS Singapura. Melalui 

  1. kereta personal,
  2. keretapi,
  3. teksi/kereta sewa,
  4. bas
  5. kapal terbang.
Kami memilih untuk menaiki bas. Kalau menaiki bas pula ada beberapa cara, samaada
  1. Terus dari kuala lumpur (kalau bermalam di singapura),
  2. Menaiki bas ekpress dari tune hotel (hanya dua kali sehari, sebelah pagi sahaja)
  3. Menaiki bas henti-henti dari terminal dua berdekatan JB. Land mark ialah bangunan Public Bank. Boleh tanya pada pihak hotel atau kawan-kawan yang tinggal di JB. Tempat ini tidak jauh dari Kompleks Kastam CIQ, tapi jalan kaki sangat jauh.
3.BAS HENTI-HENTI BIASA (TERUS KE SENTOSA)

Yang ini saya terpaksa cerita lebih bagi yang nak naik bas lompat-lompat. Basnya bernama Transtar, bewarna merah dan bertulis resort world
  1. Tambang hanya RM5 sahaja. 
  2. Menuju terus ke USS, pulau sentosa
  3. Untuk naik bas ini harus pergi ke terminal dua dahulu. 
  4. Bas adalah setiap sejam, dengan paling awal pukul 5. 
  5. Di nasihatkan ambil bas sebelum pukul 7 jika anda pergi pada musim cuti sekolah atau hari cuti apa-apa.  

Kalau hari biasa, boleh naik pukul 8, takde masalah. Sebabnya, pada hari cuti, RAMAI ORANG. SANGAT RAMAI ORANG. Anda kena beratur, berebut dan sebagainyalah. Menyebabkan pemeriksaan kastam dan proses menaiki bas sangat lambat. Kalau naik bas pukul 8 pagi masa cuti, anda akan sampai ke sana dalam pukul 12 tghari. Rugi masa. Kalau terlepas bas ini, boleh tunggu lagi satu jam.
Ada juga satu cara lain untuk lebih cepat.
  1. Terus naik teksi dari hotel ke kompleks Kastam  (CIQ johor), 
  2. Siap-siap cop passport dan isi borang putih (IMM 27E) (maklumat  ada di bawah)
  3. Tunggu bas di entrance bas. 
  4. Bila bas transtar bertulis resort world (warna merah) sampai, bayar RM 5. 
Dengan cara ini anda tak perlu berlari banyak kali. Kerana semasa di singapura nanti kena berlari lagi sekali di kastam mereka untuk kejar bas ini. Kalau terlepas tunggulah satu jam.
* Saya mencadangkan anda menaiki bas dari Tune hotel sahaja jika membawa ramai ahli keluarga. Tapi harus keluar sangat awal pagi kerana bas itu hanya pergi ke sentosa 2 kali sahaja sehari. Paling awal pukul 7 dah gerak kalau tak silap. Tambangnya ialah RM25 pergi balik.

4.BORANG PUTIH (IMM 27E)

Sampai kastam Singapura, kena beratur panjang untuk pemeriksaan imigresen (hari cuti). SILA ISI BORANG PUTIH SEBELUM BERATUR, kalau tak penat beratur nanti. Borang ini boleh dapatkan di situ juga. Ia umpama visa untuk masuk ke Singapura. Borang ini boleh juga didapatkan di hotel tempat kita menginap. Siap isi dari hotel pun tak apa.

5.BAJET KE USS
(kadar tukaran wang semasa saya pergi ialah 2.5, sila periksa sebelum anda pergi jumlah tukaran wang)

Berikut adalah bajet yang perlu di ambil kira :

  1. Passport -untuk yang kali pertama keluar negara
  2. Perjalanan pergi ke Singapura/Johor
  3. Penginapan
  4. Tiket masuk
  5. Makan Minum
  6. Cenderahati (Optional)

1.Pasport

Dewasa = RM 100
Kanak-kanak = RM 80

*Passport untuk 2 tahun. Passport untuk 5 tahun berharga RM300

2.Perjalanan Pergi balik ke Johor

Fuel = RM60 x 2 =RM120
Tol Skudai = RM 39.60 x 2 = RM 79.20
Tol Kempas = RM 1.70 x 2 = RM 3.40
Makan dan kudapan = RM 50 

3.Penginapan

Hotel Golden Court (33, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 1/1, 80000 Johor Bahru)

Bilik Family = RM 128x 2 = RM256

*bilik standard tidak sampai RM100 -mungkin RM90 sahaja
*Hotel menyediakan sarapan pagi yang sederhana dan halal -sarapan bermula pukul 7

4.Perjalanan pergi ke Singapura 

Tiket bas dari Terminal 2 =RM 5 (dewasa)
                                       =RM 2.50 (kanak-kanak)
Tiket bas dari USS = SGD 5 x 2.4 = RM 12 (dewasa)
                              = SGD 2.5 x 2.4 = RM 6 (kanak-kanak)

5.Tiket 

USS

Dewasa = SGD 74 x 2.5= RM 185
Kanak-kanak = SGD 54 x 2.5 = RM135 

S.E.A Aquarium

Dewasa = SGD 33 x 2.5 = RM 82.50
Kanak-kanak = SGD 23 x 2.5 = RM 57.50

*Belian secara online tanpa promosi 
*Belian melalui hotel atau agen selalunya mempunyai diskaun sebanyak 10 peratus

6.*Makan minum di JB dan Singapura

JB = RM90
Singapura = SGD 180 x 2.5 = RM 450 

*5 orang untuk 3 hari
*sila bawa air sendiri untuk lebih murah di USS. Air di sana sangat mahal. Bawa air dalam botol mineral atau botol apa-apalah. Ada banyak water cooler boleh isi air.

7.Cenderahati

T-Shirt SGD 23.9 x 2.5  = RM59.75
Topi SEA Aquarium = SGD 13 x 2.5 = RM32.50
Topi USS =SGD 23.9 x 2.5 =RM59.75
Key Chain = SGD 13 x 2.5 = RM 32.50

Tujuan saya menyisipkan perbelanjaan ini satu persatu adalah untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat dan merancang bajet. Mungkin ia tidak terlalu tepat, tetapi masih boleh dijadikan asas panduan. Becuti ke Singapura memerlukan bajet yang agak tinggi juga. Oleh itu haruslah mengira dengan baik sebelum pergi.

ditengah-tengah jambatan menuju ke Singapura

Tempat wajib bergambar bagi sesiapa yang telah hadir ke sini

Roller Coaster yang kami sekeluarga tak sanggup nak naik


di section The Mummy Return
Salah satu restoran menjual makanan yang halal












Menunggu tayangan Shrek







































Roller Coaster di bahagian far-far away kalau tak silap. Yang ini rendah sikit dari yang biru dan merah itu












5 comments:

  1. Assalamualaikum, saya bak pi US pada 5 dis ni, boleh saya dptkan no phone hotel tersebut

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya nak pi US 5 Dis ni...boleh saya dptkan no. Talipon hotel golden court tak? Tq

    ReplyDelete
  3. Entry yang sangat bagus! Siap dengan bajet. Thumbsup dari saya :)
    _____________________
    aswanism
    Blog Truskemata

    ReplyDelete
  4. pulau sentosa cocok untuk liburan
    thanks infonya...

    ReplyDelete