Friday, May 10, 2013

PRU 13

Saya tidak begitu berminat sebenarnya bercerita tentang politik dalam blog ini.

Tetapi seiring dengan kemeriahan piliharaya baru-baru ini, apa salahnya sedikit ulasan dari kacamata sendiri.

Terlalu lantang berkata-kata kadang-kadang boleh membinasakan diri sendiri.

Politik punya hal kawan-kawan boleh bertekak, jiran-jiran boleh bermasam muka, kalau tak kena gaya, saudara mara juga boleh terputus hubungan atau hubungan tidak harmoni.

Itulah politik.

Keputusan politik baru-baru ini mengalami perubahan yang sangat ketara, hampir sama seperti keputusan PRU 12 pada 2008.

BN bukan lagi satu dominasi besar dalam tampuk kepimpinan negara. Kekalahan yang agak besar sejak ia mula ditubuhkan. Saya kata kekalahan kerana sebelum-sebelum ini tidak pernah BN menguasai parlimen kurang dari 2/3, dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah zaman Tun Dr Mahathir.

Sebaliknya parti yang baru sahaja ditubuhkan pada 2008 sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim keluar dari penjara (atau beberapa ketika sebelum keluar penjara) telah mula mendapat perhatian dari rakyat, terutamanya golongan muda dan rakyat di bandar besar.

Banyak faktor yang menyebabkan peralihan kuasa dari BN kepada PKR ini. Rakyat berbangsa cina juga telah mula bersatu dan memilih DAP sebagai parti pembela mereka, bukan lagi MCA.

Sebelum pilihanraya lagi telah ternampak akan kelemahan parti-parti komponen utama BN. Pemimpin dari parti MIC/MCA kurang diberi perhatian terutamanya melalui media-media. Yang kerap memberi perhatian kepada kaum cina ialah pemimpin-pemimpin melayu dari BN sendiri. Ia seumpama mencari populariti, tetapi ternyata tindakan yang diambil itu tidak begitu berbaloi. Rakyat cina masih mahu bangsa mereka sendiri yang memberi perhatian ke atas mereka. Bukti boleh dilihat melalui laman-laman sosial.

Disebalik itu juga dapat dilihat sokongan padu bangsa melayu kepada BN masih utuh dibeberapa negeri sehingga PAS hanya mendapat undi untuk tidak sampai 30 buah kerusi serta menjadi parti pilihan tercorot dalam Pakatan Rakyat. Ramai diantara mereka masih memilih BN atas faktor kerelevanan dan sumbangan-sumbangan yang telah diberi sejak sekian lama bermula dari zaman awal kemerdekaan. Isu-isu yang dikeluarkan oleh PAS dan PKR juga agak tidak digemari dan tidak begitu relevan terutamanya yang berkaitan ekonomi. Kebanyakan dakwaan PKR dapat ditangkis dan dijawab dengan baik berserta fakta.

Walaupun banyak isu timbul selepas pilihanraya kali ini, tetapi kita mestilah harus sentiasa rasional dan berfikir panjang. Setiap tindakan atau kepercayaan yang dicurahkan kepada mana-mana parti politik yang di sokong haruslah dikaji dan disertai dengan fakta dan bukti yang jelas. Sikap terburu-buru mempercayai satu-satu rumours atau khabar angin bukanlah satu sikap yang baik dan hanya akan menyusahkan serta merugikan diri sendiri. Ia juga tidak dituntut dalam mana-mana agama.

Ambillah sedikit masa jika benar-benar berminat dengan politik, kajian harus dilakukan sebelum bulat-bulat menerima atau mempercayai satu-satu pertuduhan. Kita harus menjadi orang yang boleh menerima pendapat orang lain dan boleh melihat dari pelbagai sudut pandangan. Pilihlah jalan yang terbaik, jangan mudah melatah. Jika kita dari pihak pembangkang, maka harus bersedia melihat kepada jawapan  pihak penyokong. Begitu juga jika kita dari pihak penyokong, haruslah melihat jawapan dari pandangan pembangkang. Usahlah terlalu taksub sampai hilang pertimbangan untuk berfikir dengan waras tentang baik-buruk dan rasional sesuatu perkara.

Di dalam media komunikasi ada banyak laman-laman web, sumber facebook/twitter dan sebagainya  (dari kedua-dua belah pihak). Maka dapatkanlah sumber dari kedua-dua belah pihak. Jangan melihat kepada pihak tertentu sahaja. Jawapan yang datangnya hanya dari satu pihak akan menyebabkan kita menjadi berat sebelah dan sukar untuk merumus apa yang sedang terjadi. Orang-orang yang cerdik pandai sentiasa menilai, menganalisis dan melihat jawapan kepada semua persoalan dari semua sumber, bukan mempercayai buta tuli dari sebelah pihak sahaja. Jangan kelak kerana hanya satu jawapan yang kita benar-benar percaya,  tanpa ada penilaian, kajian dan timbangtara dari sumber lain, maka kita tergolong dari orang-orang yang tidak adil serta rugi di dunia dan akhirat.

Berikut adalah gambar-gambar suasana pilihanraya yang sempat di rakam di Putrajaya :







Bayi comel baru berusia 4 hari yang menemankan ibu dan ayahnya mengundi
Penandaan dakwat kekal untuk pilihanraya





No comments:

Post a Comment