Saturday, June 22, 2013

Kelas Mengaji Al-Quran dan Asas Bahasa Arab secara personal di Nilai, Bangi, Seremban, Putrajaya dan sekitarnya

(ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, DIMAKLUMKAN KELAS YANG DIKENDALIKAN OLEH ANAK SAUDARA SAYA TELAH PENUH DAN SAYA TERPAKSA MENDELETE NOMBOR TELEFON BELIAU. DENGAN ITU, RIBUAN KEMAAFAN DIMOHON OLEH KAMI SEKELUARGA. SEKIAN TERIMA KASIH)

Saya telah menerangkan dalam entry sebelum ini tentang anak saudara saya, Mohammad Hussaini bin Mahmur, seorang Qari. Dengan kelebihannya itu, beliau ada membuat kelas membaca Al-Quran dan belajar bahasa Arab secara personal. Dibawah adalah butiran bagi yang berminat. Bagi sesiapa yang ingin maklumat lanjut, boleh juga berhubung dengan saya di *********. Bagi saya, tidak rugi belajar dengan beliau ini, kerana dia seorang yang sangat penyabar dan tidak pandai marah-marah. Bukan kerana dia anak saudara saya, saya hendak promote, tapi karakternya itu memang disenangi oleh ramai orang. Tanyalah pada sesiapa sahaja yang mengenali, hatta kanak-kanak kecilpun suka dengan beliau. Sepupu-sepapatnya sering bertanya, bila nak jumpa abang Hussaini, mana abang Hussaini dan sebagainya. Iyalah, Tuhan memang kurniakan kakak saya dengan anak yang baik, sayapun tumpang berbangga dengannya.

Area           :     Bangi/Nilai/Putrajaya/Seremban 

Masa         :     Terpulang kepada tuan rumah hendak hari dan masa sesuai (boleh berbincang)

Bayaran     :     Sila berbincang dengan tuan badan  

Kelayakan  :     Juara remaja tilawah Negeri Sembilan, Johan Tilawah ASEAN, Finalis  Akademi  Al-Quran ke Lima, Mahasiswa di USIM dalam Ijazah Bahasa Arab dan Komunikasi 

Kaedah     :     Talaqi 

Contact     :    *******(Hussaini Mahmur)

Beliau boleh mengajar mengaji dengan Tarannum dan Tajwid dan juga boleh mengajar Bahasa Arab Asas

5 comments:

  1. terima atas perkongsian ini..anak saudara anda memg baik sgt..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini...usatz husaini memg baik sgt..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum leh sya dpt no telefon utk dihubungi

    ReplyDelete
  4. wassalam, kelas itu telah penuh, harap maaf ya, sebab itu saya deletkan nombornya, saya tidak padam entry kerana ia adalah hak cipta

    ReplyDelete
  5. Assalmualaikum.skrang ade lgi ke?trannum d bngi... bnar2 mahu blajar. syukroon

    ReplyDelete