Monday, June 3, 2013

Pengalaman di Cameron Highland - Part 3 -Tempat-tempat menarik - Taman Lavender, Pasar Malam Brinchang, KEA Farm dan lain-lain

Taman Lavender

Cameron Highland punyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, tetapi terpulang kepada hari lawatan anda. Lawatan pada hari cuti sekolah adalah amat sesak dan mungkin anda tidak dapat menikmati sepenuhnya apa yang ingin dinikmati. Taman Lavender adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Tetapi saya ingin menegaskan, bunga unggu di Taman ini bukanlah dari Varieti Lavender yang sebenar. Tidak ada penanaman bunga Lavender secara komersial di negara ini. Bunga lavender yang anda lihat itu, fizikalnya memang menyerupai lavender apabila ditanam secara kelompok yang banyak, tetapi ia tidak mengeluarkan bau seperti lavender yang sebenar. Walau bagaimanapun ia tetap cantik dan menarik. Itu yang penting. Taman ini ditutup pada pukul 5 petang. Semasa saya sampai ia sudah hampir nak ditutup, jadi tak dapat masuk, penjaga cuma membenarkan saya bergambar dekat bunga yang berhampiran pintu. Bayaran masuknya ialah RM 5. Untuk menceritakan pengalaman dalam taman itu, harap maaf, mungkin anda boleh mengoogle blog lain.

Masa masuk : 8-5 petang
Bayaran : RM5








Ini bunga original Lavender. Sila bandingkan

Pasar Malam Brincang

Pasar malam ini menjual segala macam produk pertanian dari Cameron dan mungkin juga dari dari luar. Bukan semua produk di Cameron adalah berasal dari Cameron. Saya ingin mencadangkan kepada yang ingin membeli jagung, silalah beli di kedai 88 yang terletak di salah satu selekoh selepas pekan Tringkap kalau tak silap saya. Jagung di sini manis. Ada jagung yang dibawa dari bawah tetapi didakwa di tanam di cameron. Madu juga tidak semua berasal dari Cameron. Kalau hendak merasa madu Cameron, pergilah ke ladangnya sendiri, iaitu di ladang Bee (saya tidak pergi). Ada juga keledek manis yang memang betul-betul manis, tak perlu makan atau rebus dengan gula. Di pasar malam itu juga banyak menjual makanan goreng rangup seperti cendawan, kincam, makanan laut dan lain-lain. Pasar malam ini dibuka dua hari seminggu iaitu Jumaat dan Sabtu. Parking amatlah susah dan jalan amatlah jam.









KEA Farm

Ada banyak tempat membeli-belah produk pertanian di Cameron, antaranya ialah KEA Farm. KEA Farm ini terletak berhampiran dengan Hotel Equitorial. Tepi-tepi jalan sepanjang kawasan ini selalu penuh dengan kenderaan yang berhenti dan pelanggan yang membeli-belah. Saya ingin nasihatkan, bukan semua produk murah di Cameron Highland. Ada yang sama sahaja harganya seperti di kawasan bawah. Jadi pilihlah dengan betul, bukan dengan nafsu. KEA Farm ini juga mempunyai beberapa lagi kawasan perniagaannya. Tak mengapa, kalau anda datang kesini anda akan temui banyak tempat menjual produk-produk pertanian, boleh pilih. Di pasar ini juga ada menjual bunga-bunga segar yang amat menarik. Ada bunga yang katanya boleh tahan sehinga 2 tahun. Tapi entah betul atau tidak, tak tahulah. Bagi yang teruja hendak membeli Strawberry, jangan beli pada hari anda datang, beli pada hari anda hendak balik. Strawberi adalah produk buahan yang cepat rosak. Ia hanya sesuai di kawasan sejuk. Banyak juga produk-produk hiliran seperti gula-gula, buahan kering dan bermacam jeruk dijual, tetapi saya dimaklumkan bukan semua produk ini berasal dari Malaysia, jadi berhati-hatilah.

Salah seorang peniaga di Pasar KEA Farm

















Lain-lain tempat.

Bukan semua tempat saya kunjungi di Cameron Highland. Ada tempat yang saya kunjungi itu pula Tuan/Puan tidak boleh kunjungi tanpa kebenaran pemilik ladang. Tetapi saya tulislah mana-mana yang saya tahu di sini. Lain-lain, tuan-puan boleh google atau bertanya sendiri kepada rakan-rakan lain
  1. Ladang lebah
  2. Pusat penyelidikan MARDI
  3. Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja
  4. Taman rama-rama
  5. Cactus Point 
  6. Air terjun Lata Iskandar




4 comments:

  1. Salam .. itu bukan bunga lavendar .. itu namanya Ajuga... warna sahaja sama,.... tricky sungguh pengusaha ini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya tahu sham, saya belajar juga tentang tanaman

      Delete
  2. Lavender garden memang cantik. Kawasanya padat. Setiap inci tanah digunakan sepenuhnya.Kunjungan pada 4 Dis 2015 rasanya tak puas kerana agak tergesa gesa akibat tak plan betul betul. Pengalaman pertamaa memandu ke atas. Sampai dah agak petang. Di situ anak remaja yg boring asalnya, sangat happy rasa macam nak duduk relax lebih lama. Surau juga disediakan.

    ReplyDelete
  3. Macamana saya nak ke lavender garden? Dah google maps dari hotel tapi tak jumpa.

    ReplyDelete