Sunday, June 16, 2013

Pengalaman di Universal Studio Singapura - Part 2 - tips-tips

Sambungan dari sini

Universial Studio Singapura adalah tempat idaman bagi pencinta-pencinta taman tema  outdoor yang hunky funky dan moden , selain menjadi tempat idaman untuk ibubapa membawa anak-anak berseronok di musim cuti sekolah. Tetapi ada banyak perkara yang harus diketahui sebelum kita ke tempat ini. Perancangan yang teratur akan memberikan kepuasan bercuti dan terasa berbaloi membayar harga tiket yang amat mahal. Sebelum anda mula menikmati banyak permainan di sini saya ingin nasihatkan, 
  • BACA pelan dan map di keseluruhan pusat ini. Kalau tidak anda akan rugi kerana terlepas banyak permainan. 
  •  Ada 7 section keseluruhannya. Setiap section itu mempunyai sekurang-kurangnya 1 atau dua permainan yang besar, tidak termasuk permainan-permainan yang kecil-kecil dan tempat-tempat menarik untuk bergambar.
lost world/jurassic park
ancient egypt/the mummy return
sci-fi/transformer
new york/sesame street
hollywood
madagascar
far-far away/shrek
  •  Adalah lebih baik anda tiba di taman ini pada waktu PAGI. Terutama ketika musim cuti sekolah.
  • Bagi yang berkemampuan, belilah tiket Express. Kalau tak mampu tak apa, tapi kenalah beratur lama, paling cepat 45 minit. Dapat main 10-15 minit untuk Q selama 1 jam lebih, ok ke?
  •  Sila bawa botol air sendiri. Minuman sangat mahal di sini hokeh. Terdapat banyak water cooler di setiap attraction.
  •  Terdapat sewaan stroller untuk bayi. Tapi sangat mahal. Saya tak pasti.
  •  Terdapat juga bilik menyusu bayi
  •  Makanan sangat mahal di sini, harap maklum. Pandai-pandailah.Tidak semua kedai makan di sini halal. Ada label, sila cari di Map. Saya hanya makan di restoran Oasis di section The Mummy return.  Boleh tengok gambar.
  •  Saya nasihatkan mula berjalan dari sebelah kiri dan akhiri dengan section sci fi kalau anda seorang yang mabuk dan penakut naik roller coaster. Jiran sebelah rumah saya beritahu (dia pergi seminggu sebelum kami pergi), seorang rakannya pengsan di section ini, mungkin terlalu terkejut atau penat atau lemah semangat. Whatever, tapi anda jangan lemah semangat, rugi ok?
  • Tidak semua permainan kanak-kanak boleh bermain. Ada had ketinggian. Boleh semak semula. Sebab itu lebih baik pergi berkumpulan. Gilir-gilir jaga anak.
  •  Ada mini roller coaster di  section far-far away. Kalau anda steady dan tak takut langsung di section ini, boleh teruskan ke section Sci Fi punya roller coaster atau di The Mummy Return..
  • Pada sebelah petang dalam pukul 5 lebih akan bermula perarakan maskot-maskot dan idola-idola hollywood. Crowded. Anda kena tunggu awal kalau bersungguh-sungguh nak tengok.
  •  Ada lagi satu tips yang kami lakukan di sini. Untuk beratur memang mengambil masa yang sangat lama, jadi yang ada anak-anak kecil ini, pergilah berehat di mana-mana, biarkan salah seorang sahaja samada suami atau isteri yang beratur, jadi anak-anak taklah penat sangat. Bila tiba giliran, barulah kita pergi ke sana.
  •  Pada sebelah malam akan ada pertunjukkan bunga api. Ia bermula jam 8.
Akhir kata, selamat bergembira bersama keluarga tercinta. Berjalan-jalan bersama keluarga memang sesuatu yang sangat indah. Janganlah memandang dari sudut yang negatif sahaja bila cerita tentang berjalan-jalan. Berjalan selalu memang membazir. Tetapi berjalan sekali-sekala itu adalah untuk membuka mata dan meluaskan minda, bukan menjadi katak di bawah tempurung yang asyik terperap lalu merasakan dirinya sahaja yang hebat walhal ia tidak pernah nampak dunia sekelilingnya.  Kalau tak mampu berjalan jauh-jauh, berjalanlah di kawasan perlancongan yang dekat-dekat sahaja. Tak perlu menunjuk-nunjuk kita mampu bercuti di sana-sini. Ia mungkin akan menimbulkan perasaan annoying atau kurang senang pada orang lain. Berjalan-jalan bersama keluarga juga akan lebih mengeratkan kasih-sayang dan mengukuhkan perhubungan. Ia mengajar erti kesabaran, kecekapan, ketelitian dan bermacam-macam lagi perkara positif.

sekian terima kasih

lain-lain entry berkaitan : 

pintu masuk utama. Tiket akan di scan di sini.
tempat wajib bergambar bila dah sampai di sini


roller coaster section sci-fi, cyclon dan human
section mummy return
penjaga tyrannosaurus
beratur panjang
dalam Istana shrek
menunggu tayangan 3Dshrek


sebelum menaiki mini roller coaster di far-far away section. Inipun saya mengelabah. Sci Fi? Hmmmm
kung fu panda yang peramah

No comments:

Post a Comment