Monday, July 15, 2013

Berbuka bersama-sama keluarga

Bila sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri memang agak sukar untuk mengumpulkan adik-beradik. 
Apatah lagi bila tinggal berjauhan. 
Tapi kasih sayang takkan luntur sama sekali. 
Saya bersyukur kerana emak kami masih ada dan kampung kami juga masih ada. 
Hari minggu lalu kami berkumpul untuk bersahur dan berbuka puasa bersama-sama. 
Kemeriahannya macam kami sedang hendak menyambut raya pula. 
Rumah emak saya tidaklah cantik dan mewah, 
tapi keramaiannya itu yang menjadikannya 'mewah dan cantik'. 
Penulis berharap pembaca juga dapat merasai kemeriahan bulan puasa ini bersama keluarga masing-masing. Jadikanlah bulan puasa sebagai bulan untuk merapatkan lagi kasih sayang, 
bukan bulan untuk menunjuk-nunjuk dan bermusuh-musuhan sesama keluarga. 
Kalau dapat berkumpul, berkumpullah, jika itu lebih baik. 
Tak ada gunanya pada bulan yang mulia ini kita hasut-menghasut sesama saudara mara kita.


syukur dengan rezeki dari Allah


menunggu waktu berbuka
anak saya bersama bapa saudaranya


suami tersayang bersama kami yang ke tiga
hari jadi anak saudara. Kek dibuat oleh kakaknya yang pandai memasak

No comments:

Post a Comment