Tuesday, July 16, 2013

Fantasi dan realiti perkahwinan


Tadi sebentar saya bercakap dengan seorang kawan sekolah suami atas satu urusan. Sambil-sambil itu dia bertanya, berapa lama you all kahwin dah? (maklumlah, dulu-dulu tak ada facebook.) Masa kami kawin tu, suami saya terputus hubungan dengannya. Saya kata, dah dekat 10 tahun. Dia menjawab, "bertuah u dapat dia". Lalu saya ketawa. Ok, saya faham apa maksud dia, saya pernah describe tentang suami saya di sini (Lain dari itu tak perlu saya terangkan). 

Mungkin kata-kata saya ini agak sedikit kasar, tapi beginilah, kita kahwin bukan atas tujuan di atas katil sahaja. Banyak pertimbangan yang perlu dibuat. Suami isteri mesti boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik. Dan mesti sama-sama boleh terima kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Saya ada satu cerita, tapi tak tahulah cerita ini cerita benar atau tidak, sayapun dengar dari org lain juga, ada seorang lelaki, berkahwin dengan seorang wanita yang cukup serba serbi dan sangat warak orangnya. Pendek kata, wanita idaman matalah...Tapi mereka bercerai juga. Bila ditanya kawannya, kenapa kau bercerai dengan wanita sebaik itu? Dia menjawab, aku tak boleh tahan, setiap kali aku cuba bergurau atau tersilap apa-apa, dia akan menjawab, "Qo la Rasulullah......" dengan serius. 

Bukan maksudnya apa yang dikata si isteri itu salah, maksudnya hidup ini adalah seperti pelangi yang berbagai warna. Perkahwinan itu juga umpama pelangi yang berwarna warni atau puzzle yang harus di matchkan dengan baik untuk mendapat gambaran sebenarnya. Jadi berkahwinlah dengan puzzle pelangi yang betul, supaya kita akan selalu ceria dengan perkahwinan itu. 

Lambat atau cepatnya jodoh bukan urusan kita, yang penting berusaha. Suami saya pun berumur 32 tahun semasa kami berkahwin. Mungkin ada asam garam perkahwinan, tapi kami selesa bersama. Jadi jika bercinta dengan seseorang, dari awalpun sudah boleh menilai, sama ada kekasih itu puzzle yang sesuai atau tidak untuk diri kita. 

Cuma hati sahaja yang akan menentukan pilihan itu. Kadang-kadang ia agak berat, tetapi pilihlah puzzle yang betul untuk mendapat pelangi yang ceria.

Sekian terima kasih







2 comments:

  1. tulisan ini buat saya ke? terima kasih banyak2... ni satu renungan yang baik untuk saya... betul la... perkahwinan tu untuk jangka masa yang panjang.. sampai ke hujung nyawa... dalam mencari pasangan hidup, harap2 kita bertemu dengan puzzle yang betul2 match dengan kita... baru la hidup perkahwinan tu... tq banyak2....

    oh ya... kalau mendapat keizinan... sy mohon untuk share tulisan ni di blog saya ye.. nnti sy credit tuan penulis tulisan ni di bawah entry tu... mohon ya..

    ReplyDelete
  2. boleh saja sam..pengalaman yg sedikit kalau dikongsi apa salahnya jika memberi faedah kepada orang lain...:)

    ReplyDelete