Monday, July 15, 2013

Jerebu 2013 dan bala peringatan

Alhamdulillah, hampir tamat sudah masalah  jerebu yang melanda negara beberapa minggu yang sudah. Anggaplah masalah jerebu itu sebagai satu peringatan untuk kita bagi negara yang aman damai ini. Tolong jangan sangkal. Negara ini masih aman, tetapi memerlukan penambahbaikan supaya menjadi lebih aman. Bukan menambah kepada kekusutan yang dilalui sejak beberapa bulan ini.

Usah kata jerebu itu bukan bala. Bagi saya ia satu bala kecil yang diturunkan untuk semua orang. Kita kena tahu, sikit orang buat dosa, bukan orang itu sahaja yang akan ditimpa bala. Keseluruhan masyarakat juga akan menerima tempias. Banyak pembaikan harus dilakukan untuk negara ini. Tak kira dari mana-mana pihak. Jangan asyik menunding jari sahaja, sana salah, sini salah. Sama-sama harus memperbaiki kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Jerebu ini adalah antara yang terburuk dilalui oleh negara sejak tahun 1997 sehingga memaksa sekolah-sekolah ditutup di kebanyakan tempat.  Dalam tahun itu 1997 juga, negara menghadapi bermacam-macam krisis dan kekacauan politik seperti sekarang ini. Jadi sama-samalah kita merenung kembali, apakah yang telah kita lakukan sehingga dua kali amaran telah diturunkan oleh Allah Yang Maha Esa, disamping amaran-amaran lain di Utara sana. Kalau tidak sedar lagi, marilah kita bersama-sama menanggungnya. Jangan menyalahkan Tuhan.

pemandangan dari ofis



Hujan rahmat yang Tuhan turunkan selepas beberapa hari jerebu

No comments:

Post a Comment