Friday, July 5, 2013

Krisis Khidmat Pelanggan 2



Entry yang ini adalah sangat berkaitan dengan entry krisis khidmat pelanggan yang saya tulis sebelum ini. Tujuan saya menerbitkannya adalah sebagai pengajaran kepada peniaga-peniaga melayu. Sebagaimana yang kita tahu, banyak perniagaan orang melayu adalah tertumpu kepada perniaagaan makanan. Perniagaan lain tidak begitu berjaya atau menonjol di kalangan mereka. Banyak sebab mengapa orang melayu kurang berjaya dalam perniagaan. Perkara yang biasa dikaitkan ialah, kurang strategi, tidak pandai mengurus, customer servis yang kurang baik dan bermacam-macam lagi. Agak lama juga saya terlibat secara tidak langsung dalam dunia perniagaan. Mungkin saya belum begitu mahir, tetapi bekerja dengan masyarakat dan perniagaan yang pemiliknya bukan melayu banyak menyedarkan saya tentang keperluan SMART  Goal. Peniaga melayu harus menghapuskan sifat-sifat pendendam, riak dan takbur, iri hati, sombong masa berniaga dan malas. Sebaliknya harus memperbaiki Emotional Intelligence dengan selalu berkursus dan membaca. Nota berikut saya perolehi dari sebuah FB. Sayapun dah lupa page yang mana, kerana ada banyak page yang saya telah like.

7 Sikap orang melayu bila berniaga. Sila cadangkan penyelesaian dan nasihat bagi masalah dibawah ini:

1.Bila dah kita duduk ramai-ramai, bawa kad menu sekeping dua saja padahal dekat kaunter ada banyak lagi kad-kad menu. Kita pun terhegeh-hegeh la jenguk sebelah sana-sini untuk baca menu tu. Tak boleh ka kasi sorang satu jadi proses nak ambil order tu jadi cepat sikit.

2.Masalah dengan kad menu pun perbagai:
-Plastik luminate yang dah hancur, melekit sana-sini dan ada yang berbau macam tong sampah.
-Satu lagi, bila order itu..tak ada, dah habis. Order ini...tak ada dah habis. Baik tak payah kasi menu.

3.Bila kita dah ready nak order, muka pelayan masih ketat, tak senyum lansung. Kita sebut apa yang kita nak, dia cuma tulis tanpa mengulangi apa yang kita dah order. Nanti bila dah hantar dan dihidangkan...ada saja minuman dan makanan yang salah.

4.Kita tahu, bila kita makan di kedai Melayu, bukan lah kita makan kat 5 star hotel tetapi perbaiki la sikit mutu perkhidmatan. Pelayan bila hantar air dan makanan, dia akan pilih satu sudut sahaja. Dekat situ la dia letak segala jenis minuman dan makanan. Pandai-pandai la kita susun atur siapa punya minuman dan makanan.

5.Pasal meja makan. Meja tu bila dilapkan, pelayan gunakan tuala yang sudah kotor kuning melekit baunya dekat meja tu. Lepas tu ditolak jer saki-baki makanan ke lantai. Rezeki kucing katanya. Bekas kicap dan lada tu kekadang dah berkulat. Saya tidak akan guna-pakai kicap, cili dan tomato sauce ni semua sebab hujung pembuka botol plastic tu semua adalah tempat lalat-lalat bertenggek selepas baru saja balik dari longkang atau lubang tandas.

6.Kualiti minuman dan makanan masih ditakuk yang amat tidak sempurna. Dalam gambar dekat menu nampak macam cantik dan menarik tetapi bila dah sampai di meja makan, sayur nampak kecut, ikan masin seketul dua, kailan dah lembik, ayam dan daging boleh dikira dengan lima jari dan guna beras hancur yang mat bangla dok beli kat kedai tu. Nasi bau hapak segala.

7.Kebersihan. Pakaian pekerja yang berbau macam kain tidak kering, bontot gelas yang hitam berkulat, sudu garpu yang bengkok bila hendak potong ayam, kertas tandas digunakan sebagai tisu lap mulut.

8.Bila sudah selesai makan, samada kita kena ke cashier kaunter atau panggil ke meja kita. Bila dah sampai, cashier akan minta kita ulang balik apa yang kita dah makan. Hai...kalau 20 jenis hidangan dan 20 jenis minuman, kita ingat ker nak ulang balik. Lepas tu terkial-kial baru nak kira. Bila dah bayar, tak ada duit kecik pulak.

No comments:

Post a Comment