Friday, July 5, 2013

mengajar anak bermain tangga

Bukan semua ibubapa berani membiarkan anak-anak mereka bermain tangga. Terutama bagi rumah yang bertingkat seperti rumah saya ini. Saya sendiri pernah melalui pengalaman anak jatuh tangga sampai bengkak dahi. Rasanya itulah perkara yang paling ingin dielakkan oleh mana-mana ibubapapun .

Walau bagaimanapun, selepas melahirkan anak ke tiga saya mendapat satu idea. Bimbang jika dia jatuh tangga seperti abangnya yang agak aktif itu, saya mengajar anak ketiga ini memanjat tangga seawal usia 9 atau sepuluh bulan lagi. Sengaja saya tidak bina penghadang ditangga itu. Pada pendapat saya, penghadang tangga ini hanya akan menimbulkan minat anak-anak untuk memanjat, kerana naturalnya, anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Oleh itu, selagi dihalang, selagi itu mereka akan lebih berusaha untuk tahu.

Setiap hari saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya dua kali untuk mengajar dia memanjat tangga. Caranya, ikut sahaja dari belakang dan biarkan dia berusaha memanjat sendiri  sampailah ke atas mata yang terakhir, dan pastikan juga dia tahu bagaimana untuk mengimbangi badannya sehingga mata yang terakhir itu. Selain itu, ajar dan tunjukkan juga bagaimana hendak berpaut kepada besi penghadang tangga.

Alhamdulillah, sehingga kini umurnya sudah 2 tahun lebih, dia tidak pernah jatuh tangga. Harapan saya semoga dia sentiasa selamat walau di mana-mana atas kekuasaan Allah. Mungkin ibubapa lain boleh juga mengikut tips yang saya berikan ini. Kita akan merasa lebih yakin kalau anak kita dapat melakukan sesuatu perkara dengan selamat. Terlalu menakut-nakutkan anak-anak kadang-kadang boleh membawa sahsiah yang kurang baik dan anak tidak boleh berdikari.









6 comments:

  1. effort yang berkesan la.. pendekatan yg bagus utk bina keyakinan kat anak2... budak2 ni lagi ditegah lagi di buat... hmm... syabas kak... pas ni ajar dia panjat gunung plak.. mana tau... bleh panjat everest bila besar.. hehhee

    tuan blog... blog kamu sy masukkan dlm bloglist Gerila Penulisan Kreatif sy ye.. senang nak update dari kamu melalui http://thetimelines2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. comelnya ...geram tang pipi tu

    ReplyDelete
  3. terima kasih sam dan kak tie....mana-mana yg baik elok kongsi je..kan..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Farah baru plan nk beli penghadang tangga.. sekali dok search jumpa blog nie..hehehe..
    Btw good tips.. nnti farah nk try ajar emir jugak la.. ;)

    ReplyDelete