Monday, July 15, 2013

Nasib bangsa melayu - Rakyat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati bangsa lain



Selama hidup di dalam negara ini sehingga tahun 2008 amat jarang sekali saya mendengar peristiwa hina-menghina dan caci mencaci antara antara kaum. Kesemuanya terkawal dan kita hidup dalam negara yang harmoni. Rakyat dari mana-mana kaum tidak berani menyentuh sensitiviti kaum yang lain. Kesemua masing-masing ada tugas dan berbangga menjadi rakyat Negara ini.

Bila mantan perdana menteri TDM bersara tahun 2003, keretakan hubungan itu berlaku sedikit-demi sedikit, bermula dari HINDRAF dan tuntutan-tuntutan lain serta menjadi lebih buruk apabila ada sebilangan yang menuduh-nuduh secara tidak berasas tentang isu kependatangan kaum dinegara ini.

Pada tahun 2008, apabila ada sebilangan ahli politik yang mencampur adukkan isu perkauman dan agama dalam agenda politik mereka, menjadikan masalah ini lebih parah. Hubungan yang mesra dan harmoni, mula menimbulkan sempadan ‘berjaga-jaga’ dan syak wasangkan sesama rakyat sendiri. Sebilangan rakyat yang tidak bertanggungjawab mula mengeluarkan pelbagai isu-isu panas yang memainkan sentimen perkauman di laman-laman media.

Apabila pilihanraya ke 13 berlangsung baru-baru ini, lebih banyak masalah dan sifat-sifat tidak bertanggungjawab ini terserlah.

 

 

 
Saya tidak menyalahkan seratus-peratus kepada kerajaan mahupun pembangkang. Mereka adalah ahli politik yang bekerja untuk misi masing-masing. Tetapi sifat-sifat tidak bertanggungjawab banyak ahli politik ini telah mewujudkan satu ruangan kepada ‘musuh’ untuk bertindak lebih aktif dan cuba mewujudkan suasana yang tidak baik kepada perkembangan negara.

Gejala-gejala tidak sihat ini juga mula menghakis sikap jati diri rakyat Malaysia dan mewujudkan suasana yang tidak seimbang di antara kaum. Saya tidak percaya kekerasan fizikal sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini. Tetapi kerajaan harus lebih bertegas atau lebih SANGAT TEGAS. Satu mekanisme baru perlu dirangka untuk menyelesaikan masalah ini. Kita tidak boleh lagi asyik tunggu dan lihat.

Kepada parti pembangkang, haruslah menjadi lebih bertanggungjawab dan menilai semula apa-apa kerosakkan yang berlaku sejak dari tahun 2008. Pilihanraya ke 12 dan 13 sesungguhnya telah banyak melemahkan dan menjadikan nasib orang melayu tidak menentu. Sebelum PRU 12, walaupun terpisah kerana parti politik, tetapi bangsa melayu masih dihormati. Bangsa ini cuma semakin dipandang rendah selepas itu dan sehinggalah kini.

Saya tidak menyalahkan bangsa lain, kerana puncanya adalah dari orang melayu juga. Sentimen keagamaan yang diwujudkan telah banyak memecahbelahkan orang melayu. Kepercayaan tanpa kaji selidik juga menyebabkan banyak orang melayu terperangkap dalam dunia ‘bangsa dan agama ‘ mereka sendiri. Sikap terburu-buru yang tidak rasional dan gemar menjatuhkan hukuman tanpa usus periksa juga menyebabkan bangsa dan agama yang dianuti ini semakin dipandang jelek. 










 

 
 

2 comments:

  1. mmg sukar dibendung keadaan sekarang ni... makin lama makin teruk jadinya...

    ReplyDelete
  2. Kita menghadapi masalah dengan bangsa kita sendiri Sam. Bukan dengan bangsa lain. Bangsa kita sendiri yang melemahkan diri sendiri. Tak suka usul periksa. Tak suka berfikir. Suka tuduh menuduh. Suka percaya babibuta. Islam tak salah. Yang salah ialah penganutnya. Selalu sangat rasa maksum. Selalu rasa lebih dari Nabi

    ReplyDelete