Tuesday, July 2, 2013

Pengalaman di Muzium Alam Semulajadi Putrajaya

Kami mempunyai rancangan lain sebelum pergi ke Muzium Semulajadi ini pada asalnya.
Rancangan awal kami ialah ingin membawa anak-anak mandi manda di kolam renang yang berhampiran dengan rumah. Tapi sudah ditakdirkan jerebu menyerang negara dalam index IPU yang sangat tinggi, maka saya pun memujuk anak-anak untuk berjalan-jalan ke kawasan tertutup. Syukurlah mereka setuju. Hasilnya, di Muzium ini dan Alamandalah tempat kami sekeluarga menghabiskan masa hujung minggu yang lalu, semasa jerebu

Muzium alam semulajadi terletak di Presint 15 Putrajaya. Bagi yang datang ke Putrajaya untuk melancong adalah rugi jika tidak melawat ke semua kawasan. Banyak tempat-tempat menarik, walaupun Putrajaya ini kecil sahaja.

 Berikut adalah sedikit maklumat asas mengenai muzium ini :

Tempat :  Presint 15 Putrajaya

Tiket : RM 2-dewasa, kanak-kanak percuma

Masa : 9 pagi -5 petang

Parking : dalam dan luar bangunan

Pengangkutan awam : Bas dan teksi

Kemudahan : Muzium berhampiran dengan kedai dan restoran

Tempat-tempat perlancongan lain berhampiran :

Taman Botani
Taman Warisan
Wetland Putrajaya
Boat Cruise Putrajaya
Masjid Sultan Mizan dan Masjid Putrajaya
Jambatan Wawasan
PICC


Muzium ini kecil sahaja dan terbahagi kepada dua tingkat. Dalam masa setengah jam sudah habis melawat. Tetapi mereka menyediakan rancangan hiburan untuk kanak-kanak ditingkat dua.
Tingkat satu adalah pameran haiwan-haiwan, manakal tingkat dua sekarang ini sedang berlangsung pameran serangga dan katak.
Pada pendapat peribadi saya, Barang pameran perlu di tambah dan skop pameran juga perlu diperluaskan selain tema haiwan. Buat seperti muzium negara, ada pameran tetap dan ada pameran berkala. Anak saya siap bertanya, kenapa hanya pameran binatang, kalau sebut pameran alam semulajadi, mestilah tanah, pokok-pokok dan lain-lain tu alam semulajadi juga kan? Apapun, kami enjoy hujung minggu kami.








































2 comments:

  1. pernah bermalam di persint 15,namun tempat makan jauh sket,tambah bila malam..macam sunyi je...toleh kiri kanan ,macam x de kelibat manusia...terpikir gak akak,agaknya macam ni keadaan hidup dibandar,jauh beza hidup dikampung...

    .namun Putrajaya banyak tempat2 menarik utk dikujungi...teringin lagi kesana

    ReplyDelete
  2. sekarang dah banyak kedai kak tie...tempat tu develope macam cendawan tumbuh. Rumah2 takyah cakap lah. Kalau datang 2-3 tahun lepas memang boleh compare...

    ReplyDelete