Monday, July 29, 2013

Pengalaman di Sabah - Bandar Kota Kinabalu 1 - tempat-tempat menarik

 Pengangkutan
Perjalanan dari Airport ke bandar KK tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai 20 minit. Dari airport ini pengangkutan utamanya ialah teksi atau kenderaan yang disediakan hotel. Mungkin ada bas, tetapi saya tidak pernah menaikinya. Sewa teksi bergantung kepada jarak destinasi. Kalau anda hendak ke Centre Point (pusat bandar sabah) kadarnya RM30, manakala jika hendak ke UMS, tambangnya ialah RM40.

Saya sudah beberapa kali ke Kota Kinabalu. Pernah ke Kota Belud dan Pulau Gaya juga. Tapi masih tidak rata perjalanan  ke K.K itu. Ada banyak tempat yang saya tidak pergi lagi. Negeri Sabah punyai banyak tempat yang menarik. Tetapi entry saya kali ini adalah hanya untuk menceritakan sekitar Bandar Kota Kinabalu sahaja. Saya bercadang untuk bercuti di sini nanti, 
menyewa kereta dan berjalan di sekeliling Kota Kinabalu. 
Barulah puas hati.

Penginapan
Saya hanya memberi panduan serba ringkas tentang penginapan di K.K. Terdapat banyak hotel di sini, hotel bajet, hotel mewah, atau apartment hotel, semuanya ada. Anda boleh melihat-lihat dari laman web ini atau di sini.
Hotel-hotel yang saya pernah menginap pula ialah
1.Hotel Imperial International/The Klagan
2.Imperial Boutec
3.Promenade Hotel

Untuk The Klagan dan Promenade tarafnya ialah 5 bintang, manakala Imperial Boutec pula hotel tiga bintang sahaja. Saya mencadangkan untuk nilai ekonomi, pilihlah hotel Imperial Boutec. Ini bukan kerana ia hotel bajet, ia kerana perkhidmatannya sama saja dengan perkhidmatan di Promenade mahupun The Klagan cuma harganya jauh lebih rendah. Namun dari segi makanan, memanglah tidak dapat menandingi Hotel Promenade yang sangat mewah itu.
Ketiga-tiga hotel ini pula terletak di tempat yang sangat strategik. Berdekatan dengan pasar Filipina, jeti Jeselton dan sebagainya.

Hotel Imperial Boutec
Hotel Imperial International
Hotel Promenade

Pasar Filipina
Saya pun tidak tahu mana yang spesifiknya tentang pasar filipina ini. Namun ia terletak dalam satu kawasan yang menghadap laut. Ada beberapa bahagian di sini. Ada pasar mutiara, pasar menjual ikan masin/keropok amplang dan pasar yang menjual bahan-bahan makanan atau gerai-gerai. Kesemuanya terletak berdekatan sahaja.

Pasar Mutiara

Datang ke Kota Kinabalu jika tidak pergi ke pasar ini memang tidak sah. Kalau tidak belipun apa salahnya mengambil pengalaman. Banyak mutiara dijual di sini. Tetapi bagi saya yang sudah beberapa kali berkunjung  tidak ada lagi nafsu yang besar untuk membeli belah, hanya sekadar melihat-lihat. Bukan semua mutiara itu tahan lama. Kalau hendak beli yang berkualiti, mahal pula harganya. Mutiara ini ada bermacam gred juga. Kena pandai tawar menawar. Kalau pergi berkumpulan lebih baik, kerana pembelian dalam jumlah yang banyak biasanya akan mendapat harga yang lebih rendah.



Gerai makanan

Sebut Pasar Filipina, ia memang sangat terkenal dengan makanan laut. Bersepah-sepah peniaga menjual makanan laut yang sudah siap dibakar. Sotong, udang, ikan dan bermacam lagi dengan harga yang munasabah. Tetapi awas! Saya tidak galakkan beli makanan laut yang sudah terdedah lama. Takut-takut sakit perut pula. Pandai-pandailah pilih. Banyak gerai di sini tidak begitu menjaga kebersihan.

Ada satu gerai yang menjual makanan laut fresh yang di masak di situ. Yang ini lebih selamat. Anda boleh pilih apa makanan yang hendak dimakan. Mereka akan masak masa itu juga. Tetapi harganya agak mahal sedikit berbanding yang dah siap di masak seperti di atas.

Selain makanan laut, gerai-gerai di sini banyak juga menjual makanan tradisional Sabah seperti manisan. Ada yang rupa berlainan tapi rasanya sama seperti di semenanjung. Bagi saya, pergi ke mana-manapun cubalah rasa makanan tradisional tempat itu. Kalau tak mampu makan banyak, makanlah sedikit sahaja.

 

Pasar ikan masin/keropok amplang

Sebelah pasar mutiara terdapat sebuah lagi pasar yang menjual khusus ikan masin, udang kering, ikan bilis, rumpai laut, kopi tenom, keropok amplang dan bermacam snek lagi. Di sini pun kena pandai tawar menawar juga. Ada pelbagai ragam penjual. Ada yang marah kalau tidak beli dari kedai mereka. Kena pandai pilihlah. Yang kedekut pun ada juga. Sudah beli taknak beri kotak pula. Habis, takkan nak jining dengan plastik dalam kapal terbang? Memang kalau datang lagi, kakak tu saya akan banned. Tapi tak semua peniaganya kedekut, ada juga yang baik hati dan tidak berkira. Peniaga yang baik selalunya kita akan recommend pada kawan-kawan kita yang lain pula.


 Pangkalan Jesselton (Jesselton Point)
Pangkalan ini antara tempat kapal berlabuh untuk membawa penumpang ke Pulau-pulau di sekitar perairan Kota Kinabalu, terutamanya Pulau Gaya  Pemandangannya amat cantik. Kalau hendak ke Pulau Gaya boleh semak dari sini berapa bayarannya. Saya pergi dulu (tahun lepas) atas urusan kerja jadi tidak ada bayaran dikenak.






33 comments:

  1. pasar filipin tu merupakan tempat orang - orang filipin berniaga...dan kawasan tersebut tidak boleh diusik atau diambil oleh kerajaan persekutuan atau negeri tu sendiri kerana sudah termaktub oleh UNESCO...tapi jika diubahsuai...barulah boleh...kalau ada masa...datanglah ke pantai timur Sabah..terutamanya Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Kunak

    ReplyDelete
  2. Tawau saya sudah pergi. Lahad Datu, buat masa ini suami saya tidak benarkan, tetapi saya tahu, Semporna memang menarik. Mungkin bagus juga cadangan itu, kalau ada rezeki lebih saya akan ke sana suatu hari nanti....dan berjumpa dengan Sang Kancil! hehehe

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat kesana...dulu masa akak tinggal di Tambunan,bila cuti akak sekeluarga selalu ke Kimanis,Papar.ada keluarga angkat disana..penduduk disitu semuanya berketurunan Melayu Berunai...menyambut raya disana,mmg pelik..siang semuanya memerap dirumah,manakala aktiviti menziarah dilakukan diwaktu malam hinggalah kesubuh,kiranya mmg x tidur la satu malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. x juga.. maybe tengok orang juga.. saya bangsa brunei juga.. memang keluar time raya esp 1st 2nd 3rd raya..gaya hidup berbeza kot

      Delete
  4. Memang kak, walaupun Tambunan tu pekan kecik, tapi sejuk je...tu yg seronok...Kak tie penah tinggal kat Tambunan? Speechless!!! Best giler

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, bestnya! tahun depan insyallah sheila pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..ni pergi sebab kerja ni, mana ada yg ingat tu akak catatkan..

      Delete
  6. pasar filipina (biasa org sini sebut 'pasar pelipin' ) paling sesuai klu nak beli kraf2 atau mutiara. tp kena
    pandai tawar2 harga sbb kdg2 peniaga di sana slalu
    bagi harga yg mahal. klu nak beli mutiara, beli di kk plaza
    byk kedai mutiara dlm tu. paling unik pasar pelipin
    ni ada tailor bergerak...hehe

    ReplyDelete
  7. mana nak cari mutiara yg dijual dengan harga murah ye di sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat pasar filipina tu ada banyak mutiara yang murah-murah. Tapi di mana-mana sekeliling kota kinabalu juga ada ramai penjual mutiara

      Delete
  8. Nk tny sis..I nk pergi kk nov ni.pengangkutan mcm mana? Lebih baik sewa kereta atau naik kenderaan awam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadngkan sewa kereta. Sebab banyak tempat yang kita boleh pergi di Kota Kinabalu ni. Kalau pakai pengangkutan awam boleh juga, tapi sukar kalau tak tahu tempatnya dimana, nak berhenti dimana dan sebagainya. Tapi elok jugak kalau sewa teksi yang boleh bawa kita jalan-jalan satu hari. Better ambik teksi di town, bukan di airport. Charge airport sangat mahal

      Delete
  9. Assalamualaikum...
    maaf menganggu d blog ini,
    sy Roslan pemandu Taxi Limousine d negeri Sabah, jika sesiapa yg dtg ke Sabah utk Bercuiti boleh lah berhubung terus dgn sy,
    sy akan memberikan kepuasan percutian anda bila ke negeri Sabah,
    Roslan (+6016 8392919)
    terima kasih sy ucapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg biasa bwk org jln2 Mcm mana kira harga?

      Delete
    2. Abg biasa bwk org jln2 g mana je? Mcm mana Kira harga?

      Delete
  10. waw baca entry ni..teringat masa pergi kk dulu..
    saya memng suka baca blog yg pasai travel..
    sabah best..kawasan menarik.. tambah2 dekat kundasang,
    lagi sejuk dari cameron higland.. tapi satu je masalah mkanan
    dekat sana agak mahai.. tambah2 bg saya yg suka travel bajet..
    mybe lpas ni leh wat entry2 tempat2 yg murah mkan dkat sana :)

    ReplyDelete
  11. tgh google tmpt2 menarik di kk jmpa blok akak. syok dua hari lepas tidur di kundasang. mmg best.. kami sewa kereta so puas jalan, first time ni dtg sini, kami pakai waze je utk petunjuk jln dan belum sesat dari kk ke kundasang dan ke ranau jg. ni 2 mlm di kk pulak. esok balik semenanjung. dah smpi sini x jalan2 rugi. selain pasar filipina mana agaknya tempat menarik ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada zoo Atau TMpt Pulihara haiwan, tp saya lupa DiMana. Did tambunan Ada TMN Rama2 dan pusat penyelidikan raflesia.

      Delete
  12. Replies
    1. Kundasang memang Antara tempat Menarik disabah. Gunung kinabalu dekat Sana. Selamat bercuti

      Delete
  13. Best2!!!..salam kenal awak..ain cdg nk g hnymoon kt KK..tp ain xtau sbnr'y tmpt pe yg best kt KK..awk leh cdgkn x tmpt mane yg ptt sy pegi??n satu lg..ain ske nk duk tpi pantai or kt pulau yg ada rumh kayu yg comey2 g2..cm chalet kot lebh kurg..kt ne ye kt KK ada tmpt cm2???

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, terima kasih sudi singgah di blog saya. KK ada banyak tempat menarik, kalau nak duduk tepi pantai, saya cadangkan Beringgis resort, boleh check kat internet. Ada pulau-pulau juga, pulau Gaya macam yg awak minat, tapi mahal sikit, boleh cecah rm1000 satu malam, boleh survey, tp mungkin ada yg ada pakej. Saya cadangkan sewa kereta, memang banyak tempat menarik di sabah, gunung kinabalu kundasang(2jam dari KK), taman rama-rama dan pusat penyelidikan raflesia tambunan(2 jam), Lok Kawi Wild life Park Penampang (30 min), Pulau-pulau yg dekat dengan KK(pulau sapi/manukan/mamutik, boleh naik dari dua jeti, sutera harbour atau Jesselton jeti. Ada satu lagi resort, Kasih Sayang resort, di tempat sejuk, sangat sesuai untuk honeymoon, pemandangan pun cantik. Actually Sabah sangat hijau. Saya suka sepanjang pemandangan di Tambunan, lebih cantik dan sejuk dari Cameron. Sungainya, aduhh. Sayang sekali banyak anjing.

      Delete
  14. As slm...klu kt sabah byk jgk tmpt bole g..ada muzium sabah..kolam air panas PORING..kt poring tu ada tmn rama2, air terjun...taman kinabalu..haa kt tmn kinabalu kita bold berjln kaki di keliling tmn bole dpt sijil lgi...so far nk crita memg byk tmpt2 yg best

    ReplyDelete
  15. As slm...klu kt sabah byk jgk tmpt bole g..ada muzium sabah..kolam air panas PORING..kt poring tu ada tmn rama2, air terjun...taman kinabalu..haa kt tmn kinabalu kita bold berjln kaki di keliling tmn bole dpt sijil lgi...so far nk crita memg byk tmpt2 yg best

    ReplyDelete
  16. Seronok plak baca bile org bercerita ttg negeri kite ni.. thanks :)

    ReplyDelete
  17. salam kak, nak tnye,,klu kite duk hotel kt sabah an,,cth bilik utk 4 org,,pastu kte duk 6 org,,sbb muat je,,smua kurus2,,,bley kan,,tp sy baca mcm kne penalti je?

    ReplyDelete
  18. nak tnye,,sy ad 6 org,,tp nak sewa hotel bilik utk 4 org,,kwn2 semua kecik je,,mmg muat,,,kt sabah bley kan?ke akn dikenankan caj bayaran sbb lbih org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok hotel kut, kebanyakan hotel tak kisah pun...Kenapa tak ambil marina court je? yang tu murah dan boleh muat ramai

      Delete
    2. Nak mendaki gunung kinabalu hubungi saya... lane bayu adventure. ..
      Saya bukan travel agency tapi... untuk membantu jer... 0133057905 / 01131595202

      Delete
  19. abe kie pernah mengajar di Papar selama 4 thn. dah 13 thn meninggalkan bumi di bawah bayu..byk yg dah berubah tu..rindu sgt nak ke sana lagi..

    ReplyDelete
  20. salam...tebaca post ni...sangat menarik n banyak informasi...saya cadangkan kalu nk honeymoon boleh ke pulau mabul...disana ada laut yang menghijau...tempat yang tenang.... sesuai sangat untuk honeymoon... yg penting boleh melihat keindahan akuamarin... colourful coral...n boleh berenang live bersama sang penyu..... Penerbangan harus ke Tawau... dari tawau ke jeti semporna mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan...sampai di jeti semporna boleh ambil boat untuk ke mabul...btw di area jeti banyak menyediakan pakej2 snorkeling atau diving....

    ReplyDelete
  21. Saya akan ke KK pada 11hb - 14hb Sept 2016. sapa blh bantu dptkan bilik budget yg murah utk 5 org.

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...