Tuesday, July 23, 2013

Pengalaman di Sabah - Keningau dan Tambunan - pengalaman menarik


Ini adalah pengalaman pertama saya pergi Keningau. Saya pergi bersama-sama pegawai dari Sabah. Tidak banyak berhenti dan juga bukan pergi untuk bercuti. Maka pengalaman yang ada mungkin sedikit berbeza atau tidaklah membantu seratus peratus bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Apapun saya tetap paparkan kalau-kalau ia masih membantu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang ada di Keningau. Memanglah dari mata kasarnya macam tidak banyak tempat untuk di lawat di sini, tetapi bagi saya, Sabah adalah sebuah negeri yang sangat kaya dengan alam semulajadi. Saya sangat suka dengan tempat-tempat yang hijau. Ada beberapa kawasan perlancongan di sini, tetapi lebih baik mencari banyak informasi dari Sabah Tourism dulu sebelum datang.






Pekan Keningau terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Banjaran yang melintang di kawasan ini adalah bersambung dengan banjaran di gunung Kinabalu yang masyur itu. Ia dipanngil Banjaran Crocker. Terdapat sebuah kawasan peranginan di sini bagi peminat-peminat alam sekitar. Sumber utama ekonominya selain dari kayu balak, adalah pertanian. Saya dimaklumkan, ada penduduk mendapat rezeki dari tanah-tanah yang diteroka dan dibeli balaknya oleh tauke-tauke balak. Harga balak  sangat mahal di pasaran bergantung kepada jenis kayunya. Mungkin juga dari hasilan balak itu mereka memulakan projek pertanian. Antara kegiatan pertanian yang sangat terkenal di Keningau ialah kulit kayu manis. Selain itu ia turut terkenal dengan rusa payaunya (rusa liar).

Untuk sampai ke pekan Keningau terdapat dua jalan utama. Satu melalui papar-keningau (highway Kimanis-keningau) dan satu lagi melalui Tambunan. Semasa pergi kami melalui jalan papar keningau dan balik kami melalui Tambunan. Kedua-dua jalan agak ok dan tidak bermasalah, kecuali masalah-masalah kecil serta jalan yang berselekoh-selekoh. Ada bas ekpress dari Kota Kinabalu yang pergi ke Pekan keningau ini. Anda boleh juga menyewa kereta atau teksi.

Pekan Keningau

Pekan Keningau tidaklah besar sangat. tetapi ia boleh dikira sebagai sebuah bandar kecil juga. Sudah banyak kemajuan. Jangan fikir negeri Sabah ini negeri miskin yang penduduknya tinggal di atas pokok. Apa yang ada di K.K atau di semenanjung, terdapat juga di sini. Keluasannya mungkin kecil sedikit dari bandar Kajang tetapi ia mempunyai banyak hotel tempat untuk menginap, jadi anda tidak usah risau kalau datang ke sini.













Laluan lama ke K.K dari Keningau

Ini lagi satu pengalaman menarik. Pernahkan anda lalu di sebuah jalan yang digenangi air umpama banjir sepanjang masa? Anda lihatlah sendiri seperti gambar yang saya tempel di sini. Sebenarnya kawasan lawatan saya itu adalah di kampung Apin-Apin dalam daerah Keningau juga. Dari kampung ini terdapat sebatang jalan lama yang boleh tembus ke jalan raya Tambunan  menuju ke Kota-Kinabalu. Kata pegawai di sini, lama dulu, sebelum highway wujud, inilah laluan utama jika hendak ke Kota Kinabalu, penduduk tidak ada pilihan. Mula-mula sampai saya agak terpinga-pinga, betulkah laluan itu pernah jadi laluan utama ke Kota Kinabalu? Jalannya jalan tanah merah yang dikelilingi hutan. Apapun, sekarang sudah ada jalan utama, namun ia masih diguna pakai sebagai jalan short cut ke Tambunan. Saya suka dengan kawasan ini, terasa macam dalam filem-filem lama pula.




Laluan atas air. Ini bukan Banjir


jalan lama utama ke Kota Kinabalu


Ini jalan yang lebih lama, sudah ditinggalkan




Pengalaman menarik - graviti terbalik di highway Kimanis-keningau

Diantara highway Kimanis-keningau, ada terdapat satu kawasan anti graviti. Anda berhentikan kereta disini, tarik hand break hingga berhenti dan kemudian lepaskan semula hand break itu, anda akan dapati kereta bergerak sendiri ke belakang seperti ditarik, sedangkan jalan ini adalah jalan rata, bukan menurun. Tidak logik ia boleh bergerak dengan laju sendiri kebelakang, tambahan pula kenderaan itu berat, macam kenderaan kami, Toyota Hilux. Kawasan ini di kilometer 28.2.

Sebenarnya fenomena ini sama seperti yang berlaku di satu tempat di Pulau Jeju Korea. Dari segi logiknya, ia mungkin terjadi di sebabkan medan magnet atau anti graviti yang berlaku. Tidak ada hantu yang menarik kenderaan itu dari belakang. Usah percaya kepada perkara tahyul. Saya sangat teruja, tak payahlah ke Pulau Jeju di korea. Negara kita pun ada banyak tempat menarik juga. (saya akan upload video di you tube kemudian)- video di facebook


Jalanraya Penampang-Tambunan

Saya tidak singgah di Pekan tambunan. Hanya lalu sahaja. Ia adalah sebuah pekan kecil dengan produk pertanian utamanya halia. Untuk sampai ke Tambunan dari K.K haruslah melalui jalanraya Penampang Tambunan. Jalannya tidaklah teruk, cuma ia mempunyai selekoh yang banyak. Pemandu saya kata, pegawai yang datang buat lawatan sebelum ini mabuk dan muntah-muntah ketika melalui jalan ini. Suami saya yang pernah ke Keningau juga beritahu dia dan kawannya mabuk di jalan ini. Tetapi lain pula dengan saya. Saya sangat excited. Ia adalah sebuah kawasan alam semula jadi yang masih terpelihara. Suasananya sangat sejuk, malah lebih sejuk dari Cameron Highland! Sepanjang jalan itu saya menyaksikan sungai-sungai yang indah dan pohon-pohon hijau yang menyegarkan. Kami langsung tidak buka air-cond (atas permintaan saya) dan membuka tingkap. Sejuknya...

Di beberapa kawasan di sepanjang jalan terdapat peniaga yang menjual sayur-sayuran. Mujurlah saya dari semenanjung, Kalau tinggal di sini memang sudah borong habis sayur-sayur itu. Untung juga kawasan ini tidak tercemar dengan kegiatan penarahan gunung seperti yang berlaku di Cameron Highland, jadi ia masih kekal segar dan menenangkan. Saya sangat teringin membawa anak-anak datang kemari. Tetapi ada satu perkara yang ingin diterangkan, di sini ramai penduduk beragama Kristian. Mereka membela banyak anjing sebagai haiwan kesayangan atau penjaga. Anjing-anjing berkeliaran di merata tempat seperti kucing. Hati-hati memandu, jangan sampai terlanggar.

Sepanjang melalui Jalanraya ini, terdapat beberapa tempat yang menarik boleh disinggahi. Ada taman rama-rama dan pusat penyelidikan Raflessia. Dikiri kanan juga banyak kawasan penanaman padi dan sungai-sungai mengalir indah belum tercemar.


Pekan Tambunan



Laluan yang segar dan sejuk













10 comments:

  1. terbaik...kalau ada masa datanglah ke Zon Sandakan dan Zon Tenggara (Tawau)...pasti ada yang membuat anda teruja di sana...

    ReplyDelete
  2. info yang berguna.sgt tertarik dengan tempat anti graviti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia di KM 28.2. Jangan lupa! Kerana bukan semua orang Sabah tahupun tentang jalan yang ada anti graviti ini...Saya sudah banyak kali ke Sabahpun hanya tahu tentang jalan ini masa hari kami ke Keningau itu

      Delete
  3. @kancil 8349, saya pernah pergi ke Tawau dulu, untuk sebuah konferens yang berkaitan dengan biodiversiti. Ya, Tawau memang sebuah tempat yang menarik alam sekitarnya. Ok, seluruh Sabah pun memang menarik. Tetapi saya sangat ingin nak ke Maliau Basin. Belum ada kesempatan lagi. Entah ada rezeki atau tidak

    ReplyDelete
  4. saya disini ingin menjelaskan tentang kawasan anti gravity tersebut.. ianya bukan disebabkan oleh tarikan medan magnet.. ia sebenarnya ilusi optik.. jalan tu sebenarnya x lurus.. tp kawasan persekitaranya membuatkan mata manusia npk jalan raya itu lurus.. but actually jalan raya tu x lurus.. boleh google gravity hill untuk maklumat lanjut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo..begitu ke, terima kasih atas penjelasan. Tapi kenapa pula kenderaan atau barang yang diletak di atas jalan raya akan bergerak sendiri ke belakang ye? nak tahu juga. Dan jalan itu nampak menurun

      Delete
  5. sy pun suka keningau sbb hotelnya murah. jln keningau-kimanis memang unik, paling menarik pemandangannya.

    btul kata kancil, jom la dtg sandakan...klu bleh naik
    kenderaan darat dr kk ke sandakan, boleh singgah di
    kundasang dan ranau.

    ReplyDelete
  6. wahh, terima kasih atas info menarik ini. Hari tu, ada juga saya tengok dokumentari pasal Jalan anti graviti tu di TV3. memang menakjubkan.

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...