Wednesday, July 10, 2013

Selamat menyambut ramadan

Hari ini adalah hari pertama Ramadan. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan dengan harapan semoga puasa kita diterima dan diberkati.

Saya berharap agar negara ini akan sentiasa aman dan sejahtera.

Saya berharap agar umat islam di mana-mana di dalam dunia ini seperti di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya dan sebagainya agar segera berhenti ditindas dan berhenti berbalah

Saya berharap agar orang melayu khususnya lebih bersatu dan bekerjasama.

Semoga bulan Ramadan pada tahun ini akan menjadi bulan Ramadan yang terbaik antara bulan-bulan Ramadan yang pernah kita lalui.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang telah singgah dan mendapat manfaat dari entry-entry yang diterbitkan.

Sekian

No comments:

Post a Comment