Sunday, July 21, 2013

Snippet - mulut celupar dan suka percaya membabi buta

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujura : 6]

Sekadar mencoret. Sekarang ini ramai pula orang yang begitu mudah percaya kepada berita-berita tertentu tanpa membuat penyelidikan dulu. Ada juga yang gemar menuduh-nuduh dan membuat andaian-andaian tersendiri. Tak kiralah berita tentang apa pun. Apa nak di kata, mentaliti orang melayu agak sukar untuk dihapuskan dari hasad dengki dan cemburu buta terhadap saingan mereka. Bersainglah dengan cara yang sihat, jangan gemar mewujudkan suasana tidak baik. Mulut dan ayat penulisan perlu di jaga juga. Kerana mulut badan binasa. Orang mulut celupar, telinganya nipis, kata suami saya.

Harap-harap pembaca dan penulis dapat sama-sama menjaga mulut masing-masing. Semoga kehidupan kita lebih bahagia di dunia dan akhirat. Amin

No comments:

Post a Comment