Sunday, August 25, 2013

Berbuat baik sesama makhluk - jangan potong misai kucing

Kucing dibawah agak kerap datang ke rumah kami. Tetapi dia tidak pernah masuk atau berak merata-rata. Suami sayapun rajin melayan kucing ini, memberinya makan atau susu. Saya faham, ada sesetengah orang tidak suka kucing. 
Mungkin takut kucing itu berak merata, beranak, alergik kucing dan sebagainya.

Hari ini kucing ini datang lagi, tapi kami dapati misainya telah di potong. Saya terasa agak geram dengan orang yang telah memotong misai kucing ini. Mungkin mereka tidak tahu, misai adalah satu pertahanan kepada kucing ini. Kucing yang dipotong misai akan melalui satu keadaan tidak selesa dan hilang kawalan keseimbangan. Mereka mungkin membuat anggaran yang salah apabila melompat atau ingin melalui lubang dan sebagainya. Banyak lagi masalah-masalah yang akan dihadapi oleh kucing apabila misainya di potong, 
ibarat mata manusia yang dicungkil keluar, begitulah. 

Pencinta kucing menganggap manusia yang sengaja memotong misai kucing sebagai zalim. Saya pula, walau pun bukan pemelihara atau peminat kucing, tetap tidak bersetuju dengan tindakan memotong misai atau berkelakuan tidak wajar terhadap binatang ini

Mujurlah kucing ini misainya dipotong sedikit sahaja. 
Bertimbang rasa dan berbuat baiklah sesama manusia dan binatang.
Tetapi biarlah kebaikan yang dibuat itu bertempat dan kena dengan caranya. 
Bukanlah dengan anjingpun hendak makan sepinggan dan tidur sebantal. 
Binatang masih binatang, manusia adalah kalifah.
 Sebagai orang Islam, memang betul, perlu berbuat baik sesama makhluk, 
tetapi tidak boleh samakan taraf binatang dan manusia.
















10 comments:

  1. kesian kucing ni..dah la comel :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, comel dan baik. Tapi di Putrajaya lawnya tidak boleh pelihara haiwan kesayangan di rumah kuaters. Jadi kami tak pelihara. Cuma kami selalu juga beri kucing ini dan burung-burung makan. Tapi kadang-kadang kena fikir jiran juga, takut ada jiran yang tak puas hati pula.

      Delete
  2. kucing tu nampak blur je.. mesti dia bingung... mencari-cari mana tuan dia... kenapalah dibuat mcm tu kat kucing tu... kalau tak nak bela.. meh bagi kat saya... kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada tuan, sebab selalu nampak dia di kawasan sini, bulu diapun nampak kemas tu. Tapi yang potong misai kucing tu mungkin orang lain..Biasalah, kucing kan suka merayau

      Delete
  3. comelnye kucing ni. kadang orang main buang sesuka hati je kann.

    ReplyDelete
  4. wow...jagalah dengan baik ya..Kucing ni kalau betul penjagaannya memang best, dan boleh bagi manfaat juga

    ReplyDelete
  5. Siapalah gerangan yang potong misai kucing tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahlah, tapi nasib baik sikit je...Tu pun husband bising

      Delete

Hai, Nama saya Zila, silakan...