Friday, August 23, 2013

Bersalin di Hospital Swasta atau Kerajaan

Ada kawan yang bertanyakan pendapat, bersalin di hospital manakah yang terbaik, hospital swasta atau kerajaan.

Ada berbagai pendapat dalam isu ini. Bagi yang berkemampuan sudah pastinya akan mencadangkan bersalin di hospital swasta. Kerana katanya servis perkhidmatan yang lebih memuaskanlah, makanan yang lebih sedaplah, cepatlah (tidak perlu que lama) dan begitu begini lagi seribu macam kebaikan.

Ada pula yang lebih setia dengan hospital kerajaan kerana jaminan rawatan perubatan dan kepakaran lebih diiktiraf serta pengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis kes. Tetapi ramai juga yang pergi ke Hospital Kerajaan kerana perbelanjaannya lebih murah

Bersalin dimana-manapun sakitnya sama sahaja. Tetapi lumrah manusia, memang mahukan semuanya yang terbaik. Tambahan pula selepas sakit melahirkan, lagilah memerlukan layanan yang sewajarnya. Sebab itu ada ramai ibu-ibu diluar sana memilih untuk bersalin di hospital swasta. Walau bagaimanapun ada juga yang memilih bersalin di hospital swasta untuk glamour. Glamour yang macam mana entahlah. Rupa-rupanya peristiwa dan proses bersalin juga boleh dijadikan kayu ukur untuk tahap mewah seseorang. Tapi pada saya, tidak ada gunanya menggunakan hospital sebagai kayu ukur pada kemewahan. Siapa yang memandang?

Memanglah kalau bersalin di hospital kerajaan banyak kekurangannya dari segi khidmat pelanggan. Tapi zaman ini keadaan itu sudah beransur-ansur pulih. Saya sudah tiga kali bersalin di hospital kerajaan. Tidak pernah bersalin di hospital swasta melainkan hospital Putrajaya yang dianggap seperti hospital swasta juga perkhidmatannya. Alhamdulillah, semuanya selamat dan sihat. Jururawat dan doktor juga memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Semasa bersalin di Hospital Putrajaya saya telah memilih kelas satu bilik seorang, semuanya ok. Lain kali kalau bersalin lagi, saya juga mengharapkan yang baik-baik di hospital kerajaan ini.

Lihat pula petikan komen dari seorang rakan nurse yang saya dapat di FB:

“As a staf nurse at gomen, akak suggest awk bersalin kat gomen je... Mmg kalu ade komplikasi swasta akan tolak ke gomen... Kalu nk dpt nama n nmpk hebat sket g lah swasta tu haa.... Untuk makluman, ubat swasta n gomen sama je sy rasa.... Beza pada nama je kot....”

Apapun, pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau mampu apa salahnya. Lagipun pilihan bersalin di hospital swasta akan mengurangkan lagi kesesakan di hospital kerajaan. Tidak ada apa salahnya bersalin di hospital kerajaan atau swasta. Biasalah dalam dunia ini, ada kelebihan di sana, ada juga kekurangan di sini. Tidak semuanya sempurna. Tuhan memvariasikan dunia ini dengan pelbagai warna agar kita menjadi lebih memahami antara satu sama lain.

Selamat bersalin bagi ibu-ibu yang bakal bersalin!!!


Nur Azizatul Husna Zaili
Nuri Sufia Zaili


Aminudin Hilmi Zaili


1 comment:

  1. Salam kak...comel nya....eeee geram.....mau cubit sikit

    ReplyDelete