Friday, August 16, 2013

Masalah dan cabaran umat Islam

Seorang kawan sekolah telah mengupdate statusnya di facebook. katanya, sepanjang bertahun-tahun berkahwin sebelum mendapat cahayamata beliau telah dihina dengan pelbagai hinaan yang mampu menghiris hati. Katanya lagi, dalam masa kekelaman itu, beliau banyak bersabar dan tabah dengan dugaan Tuhan. Alhamdullillah, beberapa tahun lepas, beliau telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan cukup sifatnya. Terhapus sudah segala kesedihan dan hinaan yang di alami selama ini.

Komen saya dalam hal ini, manusia sering sahaja berlagak seolah-olah mereka adalah lebih pandai dari seorang nabi dan lebih mulia dari seorang malaikat. Apa sahaja kesusahan yang dilalui oleh manusia lain mereka akan menganggap itu adalah Balasan Tuhan. Ya, saya juga selalu beranggapan, kesusahan yang dilalui oleh manusia ini seperti bala bencana, perperangan dan sebagainya adalah balasan Tuhan. Tetapi dari segi peribadi, adalah tidak adil untuk kita mencerca dan menghina mana-mana individu seolah-olah mereka sendiri itu maksum sangat. Tidakkan mereka percaya dengan Qada' dan Qadar dari Tuhan? Kalaupun mereka percaya seseorang individu itu sedang menerima pembalasan dari Tuhan, siapakah mereka untuk menjatuhkan hukuman sindiran dan hinaan itu. Dan lagi, adakah mereka benar-benar percaya bahawa individu itu benar-benar ada membuat dosa? Nampakkah mereka dosa-dosa orang lain?

Ini adalah masalah umat Islam. Masalah dimana-mana negara Islam dan merata-rata. Suka menyindir dan menghina walaupun mereka tidak ada kelayakan untuk berbuat demikian. Pengalaman saya, sewaktu susah dulu ada juga yang terasa dirinya macam senang memandang rendah pada kami. Saya bukan tidak tahu dan nampak. Tapi saya biarkan sahaja. Ada rezeki masing-masing dalam dunia ini. Tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Tetapi bila mereka dalam kesusahan, tidaklah sampai hati kami untuk menuduh-nuduh mereka itu sedang dibalas Tuhan. Kerana adalah tidak adil untuk berbuat demikian

Gemar sangat menghina dan mencaci orang lain, kalau kena pada batang hidung sendiri apa pula rasanya.
Apa sahaja kesusahan yang terjadi kepada orang lain, janganlah dengan mudah sekali menjatuhkan hukuman. Ambillah ikhtibar dan doakan saja yang baik-baik. Mana tahu, ujian yang Tuhan turunkan kepadanya adalah satu pencuci dosa. Yang kita pula sibuk hendak menambah dosa.

Semoga kita dilindungi dari sifat-sifat yang tidak baik dan tidak adil.


2 comments:

  1. wah...xsangka induk blogger rupe2nya..haha,dh follow blik..

    ReplyDelete
  2. Manusia susah nak jaga mulut.. Susah jaga mata.. Susah jaga telinga... Lagi susah jaga hati.... Semoga terpelihara dari sikap mengata dan mencerca lagi menghukum org lain.... Allah maha adil...

    ReplyDelete