Tuesday, August 20, 2013

Menyimpan gambar di dalam laman internet

Bukan sedikit orang yang gemar memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan sebagainya. Sekali sekala saya juga menyimpan gambar di dalam laman-laman yang di sebutkan.

Dulu ada timbul isu bahawa penyimpanan gambar di dalam laman sosial ini tidak selamat dan boleh di manipulasi pihak tertentu. Walaupun ramai yang mengetahui, tetapi ramai juga yang mengabaikannya dan terus memuat turun gambar masing-masing.

Mungkin benar juga dakwaan tentang penyalahgunaan gambar yang dimuat turun itu. Tetapi sehingga ke hari ini, belum ada lagi dakwaan serius tentang pencerobohan akaun yang telah diperibadikan secara ketat. Kalau adapun, ianya datang dari pengguna laman yang cuai, yakni tidak memasang sistem keselamatan di dalam laman internet milik mereka atau membiarkan kata laluan diketahui oleh pihak kedua. Ada juga terjadi laman yang terlupa hendak di log out selepas menggunakannya di siber cafe.

Seorang rakan sekerja bercerita kepada saya, menantunya diterima belajar di sebuah Universiti di amerika Syarikat, namun terpaksa di tolak apabila suaminya (anak rakan tadi) tidak diluluskan visa. Selepas memohon beberapa kali, mereka cuba mendapatkan kepastian sebab-musababnya di tolak. Difahamkan permohonan visa itu tidak diluluskan apabila didapati rakan saya ini (bukan anaknya itu) mempunyai penampilan seperti Taliban lama dahulu! Yakni berjanggut, berjambang dan gemar memakai serban. Sedangkan dia sudah lama tidak berpenampilan sedemikian. Katanya mungkin agen perisikan USA dapat mengecam penampilannya itu melalui laman sosial internet miliknya. Tetapi itu hanya agakan beliau sahaja.

Namun begitu, penyimpanan gambar dalam laman internet masih ada kebaikannya. Ia boleh jadi sebagai back-up kepada gambar sedia ada kita didalam stor penyimpanan seperti thumb-drive dan hard disk. Penyimpanan seperti ini mempunyai risiko juga. Pernah beberapa kali tumbdrive saya hilang atau hard disk rosak. Mujurlah saya ada membuat pendua. Bayangkanlah jika saya tidak ada pendua, habislah semua gambar-gambar kenangan itu. Pasti sangat kecewa. Bagi yang ada menyimpan dalam laman media seperti Facebook, Instagram, Blog dan apa-apalah, tidaklah terlalu terkilan kalau gambar didalam thumbdrive atau hard disk rosak. Sekurang-kurangnya masih ada salinan. Dari situlah saya nampak kebaikan penyimpanan dalam laman media ini.

Walau apapun usahlah menyalah gunakan laman media sosial ini. Ada orang memuat turun gambar-gambar yang tidak senonoh, akhirnya termalu sendiri. Ada orang pula memuat turun semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Itupun tidak dikira tidak senonoh juga. Apapun, bersederhanalah dalam hidup ini. Dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung.

2 comments:

  1. kena berhati-hati la... ade pros dan cons... pengguna internet perlu bijak.. jgn kerana sekeping gambar... punah segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang simpan gambar lucahlah, gambar mengarutlah, mula-mula memang tak kantoi, lepas 2-3 tahun org jumpa, jadi isu, lepas tu, mengelabahlah..Nak tarik, org dah copy dan sebarkan ke seluruh laman maya...

      Delete