Thursday, August 22, 2013

snippet - orang bodoh vs orang pandai

Orang bodoh selalu merasa dirinya pandai dan bijak.
Orang pandai selalu merasa dirinya tak cukup ilmu. 

Orang bodoh selalu mengaku dirinya pandai dan bijak.
Orang pandai diam-diam aja, tak payah nak hebah-hebah.
 
Orang bodoh selalu sukakan pujian.
Orang pandai takut dengan pujian. 

Orang bodoh suka cakap besar dan pandang rendah pada orang lain.
Orang pandai selalu memandang orang lain sebagai cikgu. 

Orang bodoh guna mulut bila bercakap.
Orang pandai guna akal bila bercakap.


2 comments:

  1. mahu jadi yang mana? jadi bodoh kah? atau jadi pandaikah???

    ReplyDelete