Monday, August 12, 2013

suasana hari raya di Perak

Berikut adalah suasana hari raya yang dilalui di kampung suami saya.

Kampung suami saya terletak, Kampung Kota, Hutan Melintang Perak. Walaupun berada di dalam kawasan Perak, tetapi pusat utama kampung ini ialah pekan Sabak Bernam. Kebanyakan aktiviti ekonomi penduduk sekitar ialah pertanian. Tanaman utama yang diusahakan termasuklah kelapa sawit, pisang, dan kelapa. Terdapat juga aktiviti minor nelayan.

Untuk sampai ke Sabak Bernam, terdapat dua laluan utama, iaitu melalui Teluk Intan atau Kuala Selangor. Saya lebih suka melalui laluan Kuala Selangor kerana terdapat banyak kegiatan penduduk di sepanjang jalan seperti jualan hasilan pertanian atau produk-produk makanan tempatan. Terdapat juga pemandangan sawah padi dan lain-lain tanaman yang menarik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini hanya mengambil masa tidak lebih 2 jam, jika jalan tidak sesak. Jalan yang paling mudah adalah melalui lebuhraya PLUS, kemudian masuk ke lebuhraya LATAR dan keluar di Kampung Asam, Kuala Selangor.

Kegiatan perlancongan yang berhampiran pula ialah :

  1. Kelip-kelip Kampung Kuantan
  2. Pantai Bagan Nakhoda Omar
  3. Homestay rumah melayu
  4. Muzium Sabak Bernam
  5. Aktiviti-aktiviti Agro Perlancongan
  6. Bukit Melawati Kuala Selangor
 Suasana hari raya di sini tidak jauh beza dengan kebanyakan tempat lain di dalam negara kita. Pagi raya, penduduk sarapan bersama keluarga dan kemudian sembahyang raya, barulah ziarah menziarahi sanak saudara. Tapi untuk keluarga kami, makan pagi beramai-ramai adalah selepas sembahyang raya. Sebelum sembahyang itu makan secara tidak formal sekadar untuk alas perut sahaja.















































2 comments:

  1. raya di mana-mana pun disambut meriah.... alhamdulillah... berbaju raya... makan hidangan raya di pagi raya... bermaafan... anak2 gembira dpt duit raya... semuanya sama kan... syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Syukur kerana masih ada kampung, keluarga dan kemampuan untuk meraikan bersama-sama hari raya ini. Selamat hari raya Sam, terima kasih kerana sudi singgah!!

      Delete